Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Thursday, May 2, 2013

resepi simple : kek coklat kukus kelembapan berganda !

Assalamu'alaikum w.b.t
Salam kasih sayang wahai insan2 cantik dan kacak.
semoga hari korang bahagia dan gumbira.
kalau tak gembira, cuba lupakan kejap masalah yang ada.
dengan melupakannya sekejap.
hahaha !!!

memasak adalah salah satu cara untuk 
membuatkan kita lupa akan masalah yang ada.
- tapi mungkin akan menimbulkan masalah lain 
sekiranya masakan kita tak menjadi. 
=p

 coklat adalah salah satu masakan yang
membantu merawat jiwa duka kepada gembira.

oleh itu, 
hari ni aku nak share resepi mudah, sedap, bahagia.
seperti korang sedia maklum, 
aku suka masak resepi mudah dan sedap.
ini kerana faktor darah kemalasan banyak terkandung di dalam aku. 
halassaann...

baiklah, tanpa lengah masa dan lengah tenaga,
jom cekidaut resepi yang pasti membuatkan korang bahagia ni.

bahan A:
3 biji telur (size b)
1 cawan gula perang


bahan B :
1 cawan susu pekat
1 cawan air panas mendidih
1 cawan minyak jagung.
(aku guna minyak masak)

bahan C:
1 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko (aku guna brand van houten)
(aku masukkan 1/2 st je. sebab memang tak suka bau mereka ini 
bila kek dah masak).
- bahan2 ini digabung, meletop !
sila ayak bersama2 ye. 
kenapa perlu ayak ?
supaya kek menjadi lebih ringan.


cara penyediaan adalah seperti berikut :

1. rebus air dengan pengukus - sediakan awal2, 
bila adunan dah siap nanti, boleh kukus terus.

2. pukul bahan A sehingga kembang dan ringan.

3. masukkan bahan B.
pukul sehingga semuanya sebati dan bersatu hati.

4. masukkan bahan C sedikit demi sedikit, lama2 jadi bukit.
hahaaa !!
bila adunan dah sekata bersatu hati, dah sedia untuk dikukus.
(jangan ragu2 jika adunan korang sedikit cair
berbanding adunan kek yang biasa2 korang selalu buat.
dah betul la tu... aku pun mula2 rasa ragu2 jugak,
sampaikan mak aku cakap, ni coklat cair ke. walhal itu adalah 
adunan kek aku.  sigh...)



5. sapukan loyang dengan mentega bagi 
memudahkan kek berpisah dari loyang bila dah masak nanti.

baiklah,
adunan dah ready, loyang dah ready, 
air dalam pengukus dah mendidih,
makanya...

6. masukkan loyang dalam pengukus, 
dan curahkan adunan ke dalam loyang tersebut.

7. kukus selama lebih kurang 30 minit - 45 minit / sehingga masak.

tips :
- bagi mewujudkan elemen kejutan dalam kek korang :
masukkan separuh dulu adunan kek ke dalam loyang,
tutup pengukus.
lebih kurang 5 minit, adunan dalam periuk akan jadi sedikit pejal.
korang taburkan coklat cip di atasnya,
atau boleh jugak parutkan coklat masakan.
dan curahkan adunan yang selebihnya di atas taburan coklat cip tadi.

hasilnya...
bila kek dah masak nanti,
akan cairlah coklat cip ditengah2 kek tersebut,
makanya 
yummmeehh !!!
seperais sangat.

dan,
kalau korang kurang rajin macam aku,
dah tak payah susah2 nak sapukan coklat cair kat atas kek tu.
jadi tade la comot sangat bila nak makan.

tips sangat kan ?


sila tergoda untuk mencoba.

sila ke sini untuk resepi yang tak banyak iklan dan tips bagai :













24 comments:

  1. wah....
    nampak sgt sedap\
    xsabar saya nk beli pengukus/ ketuhar untuk buat kuih
    uish.... lapor la plak perut ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena masak tu aniem. ti kang kempunan baby dalam perut =)

      Delete
  2. Entertaining sungguh..sambil baca sambil tergelak pulak..

    ReplyDelete
  3. Nampak simple, kena cuba gak ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang simple. sambil2 main dengan anak je. selamat mencoba =)

      Delete
  4. Kalo tak pakai gula perang tak per ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe kot. sebenarnya gula perang bersifat lembap. jadi fungsinya dalam resepi ni untuk mengekalkan kelembapan kek. kalau guna gula pasir, kek jadi kurang lembap la kot. dah cuba nanti gitau hasilnya ye :]

      Delete
  5. tudiaaaaaa baru ku tahu senangnya nak buat kek kukus ni >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. silap hari bulan boleh buat bisnes kek coklat kukus.

      Delete
  6. tq share.. dh buat mmg super. simple tapi sedap.. gebu pulak tu family.. kawan2 ckp sedap sgt. tq sis

    ReplyDelete
  7. Kalo nak letak topping ceklat boleh kan? Saya ni memang hantu ceklat... www.villavitaminibu.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. 1st time buat kek...jadi meyhhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waahhh... seronaknya. tahniah. mesti rasa semangat nak buat lagi kan ?

      Delete
    2. waahhh... seronaknya. tahniah. mesti rasa semangat nak buat lagi kan ?

      Delete
  9. Assalam sis.. kalu tephng gandum tu saya tukar kpd tepung naik sendiri boleh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumussalam dear... rasanya boleh kot. hhihi.. kalau dah guna tepung naik sendiri dah tak perlu tambah baking powder ngan soda bikarbonat. selamat mencuba! kalau jadi jangan lupa share ye.

      Delete
  10. Terima kasih utk resipi yg simple ni, mmg sedap n simple je nak bt. Sya jgk pernah cuba bakar guna resipi ni alhamdulillah menjadi. Cuma yg kelakarnya masa first time nak bakar tu kebetulan stok minyk dah hbis so guna apa yg ada, sya campurkn minyk jgung skit, minyk msk skit n planta yg dicairkn skit. Alhamdulillah hasilnya masih lg sedap.

    ReplyDelete