Monday, January 2, 2017

Hari Sukan Tadika Novya 2015

Assalamualaikum wbt. 
selamat hari kamis !
haih, rajinnya hupdate blog. 

selamat tahun baru 2017.

sementara ada ruang masa marilah menghupdate.

hari ni seperti yang dijanjikan, 
mak nak cerita pasal hari sukan tadika kaklong 
yang tahun 2015.

dah setahun berlalu. 
harap2 mak masih ingat jalan ceritanya. 

Hari sukan kali ini diadakan pada bulan April. 
dan diadakan di gelanggang futsal Arena Pengkalan Chepa. 

membelek folder gambar april 2015, 
terjumpa muka ini. 
hair cut by mak. 
sori kaklong. 
dah macam abu bakar elah pulak. 
huhu...

ternampak pulak muka ini. 
hadoi... 
gigit baru tau. 
pipi kembung dengan susu mak. 
jyeeaahhh !!

ok, 
pada hari kejadian tersebut, 
kita sekeluarga bersama2 ke venue acara sukan tersebut 
yang bermula pada pukul 2 petang. 
berbeza dengan hari sukan pada tahun ini 2016 yang diadakan pada 
belah pagi. 

ini wajah budak 5 tahun tapi yang sebenarnya baru 4 tahun 5 bulan yang 
seksaited nak main sukaneka.
dah berbulan2 teacher buat latihan dengan anak2 kat sekolah. 

senyum semace. 

itu pompom girl dan pompom man. 

dah kenapa pulak ni ?
menangis. 
huhu...
masa mula2 sampai kaklong duk sama2 dengan mak. 
lepas tu teacher suruh masuk duduk dalam court. 
dan untuk sekolah kaklong, 
kaklong duduk tercongok sorang.

LC kelantan under teacher wan
ada 4 bijik sekolah di lokasi berbeza. 
TKU : Tadika Khalifah Unggul
TKU II : Tadika Khalifah Unggul 2
TCU : Tadika Cilik Unggul
TIU : Tadika Insan Unggul, kot. 

masa ni tahap keyakinan kaklong senipis kulit bawang. 
baru 4 bulan sekolah. 
dan faham2lah. 
setahun lebih kot duk menangis depan sekolah. 

kaklong mungkin berasa panik sebab 
dengan kehadiran yang ramai. 
bila duduk jauh dari mak memang tak nampak mak dan ayah. 
melilau dia mencari. 
mula2 jebek lepas tu nangis. 

haih anje mak ni.

mak datang pujuk.
kan comey senyum tu.

inilah lokasi untuk anak2 bermain sukan. 
penonton duduk kat luar di kerusi penonton. 

di sini. 
dan suhu agak panas. 
paham2lah kan. court futsal macam mana. 
dan bila beramai2 duduk dalam satu kelompok, 
udara makin nipis, suhu meningkat. 
agak tak berasa nyaman. 

itu teacher aqi. 
teacher yang banyak sangat bersabar dengan karenah kaklong
yang manje. 
teacher aqi yang gigih hari2 di pagi hari memujuk kaklong untuk masuk kelas. 
panggilan manjw teacher aqi untuk novya - yaa. 

dalam surat maklum start pukul 2. 
tapi paham2lah kan bila melibat ramai orang dan macam2 jenis orang, 
begitulah, paham2lah. 



itu novya di belakang sana dekat teacher baju pink tudung ijau itu. 
masa ni tengah nyanyi dan acara perasmian. 
ada persembahan dari budak2 6 years. 
hebat persembahan dorang. 
pasal palestin kalau tak silap mak. 


itu dak iman terlena dalam boba. 
walau cuaca panas. 
mujur mak bawak kipas. 
boleh la merasa angin sempoi2 tak berbahasa. 

mak suka gendong dak iman. 
malah sekarang pun iman dan mak masih lagi
menikmati momen2 gendong. 
kami rasa hati kami saling bertaut. 
gitewww...

apa pun, mak dan iman memang cinta dunia menggendong.

kaklong sedang bersiap sedia nak memulakan acara. 
berminggu duk praktis. 
mestilah nak buat yang terbaik kan. 

ini acara susun tin. 
dan team kaklong yang memula berjaya siapkan. 

tapi pertama ke, kedua ke, 
hadiah tetap sama. 

kenapa nampak slim pulak. 
gambar atas tadi pipi macam kembang semangkuk. 

lelaki ini sangat muka awak wahai iman. 

alahai, buat ekspresi sama pulak. 
tau la muka sama ngan ayah. 
herrgh... 

tunggu nak main bukan main lama. 
tapi main satu game je. 
dan sekejap je. 

acara pembahagian hadiah yang berupa tabungan untuk masa hadapan. 

mula2 parents agak bersabar menonton dibangku penonton. 
bila acara permainan, masing2 berasa teruja untuk
melaungkan kata2 semangat untuk anak2. 
dan yang penting jugak nak rakam momen anak2 bermain. 
mak2 zaman sekarang, 
semua benda nak didokumentasikan, 
macam aku ni. 
hermm...

dari duduk dibangku penonton, 
parents masuk join budak2 dalam court. 
bergelewatlah di dalam court itu. 
sangat gelewat. 
dan agak tidak terkawal. 
suara juruacara tenggelam didalam kerasukan kesukanan. 
puitis kan ayat mak ? 

dan oleh kerana itu jugaklah kot 
pihak sekolah merubah acara sukan tahun 2016 ke acara sukaneka family. 
anak2 bergabung tenaga bersukaneka dengan IBUBAPA, 
teachers jadi judges. 
dan juruacara duduk diam2. 





ini kawan sekelas kaklong. 
tapi bukan kawan baik. 

masa ni kaklong tak jumpa lagi bff dia. 
kawan yang dia tak kesah untuk melanggar peraturan teachers. 
betapa besarnya kesan bff kepada kaklong. 
entry kemudian2 mak citer ye.
doakan mak tak lupa. 






good job kaklong !

eh, tiba2. 
entah. 
terjumpa. 
rasa nak tepek sini jugak.

cheesekut air tangan mak.

pulut pagi air tangan tak tau sape. 

roti titab kopitiam kita air tangan adik manis di sana. 
marbellleeles.

gulai ikan air tangan nekma. 
sedap. 

tart telur air tangan pembuatnya bernama kaknor. 
sedap weh. 
serius tak tipu. 
rindu. lama tak jumpa. tart telur ini. 

ini saje coretan hari sukan kaklong untuk tahun 2015. 
dan selingan penyucian mata dengan makanan2. 

selamat tiba 2017. 
semoga hati kita terus tergantung untuk Allah. 


No comments:

Post a Comment