Wednesday, December 28, 2016

Resepi Shell Out yang Sangat Sedap

Assalamualaikum wbt.
hari rabu yang indah hari ni. 
besok last kerja untuk tahun 2016.
dan bahagianya rasa bila 2 minggu terakhir 2016 ni
suami yang menghantar ke tempat kerja dan menjemput pulang.

takde penat2 nak memandu sendiri. 
tapi takde la penat sangat2 pun sebenarnya memandu sendiri. 
tapi lebih kepada boleh rileks sikit dan 
yang penting masa untuk kami luangkan bersama2 
tu lebih sikit. 

dah alang2 suami hantar, 
sarapan pun suami yang temankan. 
ke aku yang temankan suami ?
mana2 lah. 

hari ni menyarapankan diri di warung pokloh milo tunggeng. 
warung yang agak tersohor dikalangan pelancong2 dalam dan luar kelantan. 
setahu aku, pokloh ni pelopor untuk idea buat air milo dan 
menaburkan milo2 diatasnya.

dan beberapa lama kemudian ditiru oleh pengusaha2 lain. 
ada yang bagi nama air milo jumbo, air milo dinosaur, 
dan lain2. 

kenapa air milo pokloh dikenali dengan nama milo tunggeng. 
kerana pada tin milo tu dibuat lubang kecik, 
kemudian ditunggeng untuk mengeluarkan milo dan berteraburlah mereka 
di atas bancuhan air milo.

kalau taknak air milo tabur pun takpe,
air milo biasa pun ada. 
air2 lain pun ada. 

dan bermaciam2 aneka jenis nasik, kueh mueh santapan untuk
mengenyangkan perut di pagi hari. 
yang  dah tak perlu dimaklumkan pastinya
nasik berlauk kg. air dingin tumpat. 

kalau tak tau macamana rupa keadaan kedai 
pokloh ni, 
korang guggel la ye. 
type je pokloh milo tunggeng.  

ini dia milo beng tabur. 
nak milo panas tabur pun boleh. 
nak teh beng milo tabur ?
boleh jugak kot. 

close up sikit. 

dah lama rasanya tak buat kerja meratah milo. 
ni'matnya. 

okeh, tajuk shell out, 
tapi cakap pasal milo. 
berlari2 sangat isu nya kan. 

kamis lepas suami mengajak lunchdate di sebuah restoran di kawasan cherang
yang menawarkan menu shell out. 
dengan harga RM 43 untuk 3 orang makan. 
terus aku whatsapp nombor tertera dan booking order. 

kerana dah lama sangat suami aku bersuara nak merasa shell out, 
dan aku tak buat2 jugak. 
maka makan di kedai la jawabnya. 

"kita makan kat kedai dulu. 
nanti boleh jadi penanda aras rasa shell out yang akan uci masak", 
kata suami aku. 

namun, 
kalau dah tertulis takde rejeki,
walau yang dah ada dalam mulut pun boleh terkeluar, kan. 
kerana kekangan masa dan urusan pada hari khamis lepas, 
kami terpaksa batalkan booking tersebut. 
mujurlah tuan punya restoran itu tidak mengepek dan memaki hamun 
kami yang bersikap tidak berpegang pada janji ini. 

demi tidak mahu mengecewakan selera suami, 
"meh la uci buat shell out. 
balik ni kita singgah beli barang", kata aku dalam hati yang ragu2,
kang tak menjadi, mati la nak...

singgah tf value mart, 
ada beberapa makanan laut. 
ketam udang sotong dan kerang.
boleh la. 

selepas berhempas pulas di dapur lebih kurang 2 jam, 
dengan suami yang datang sekejap2 dan berkata, 
"masa ada 30 minit lagi", masterchef -_-
maka masaklah shell out aku. 

(kira ok la kan masak 2 jam dengan bahan2 belum disiang, 
bawang2 belum dikopek, 
dan lain2nya. 
kan ? )

dengan beberapa olahan daripada resepi asal. 

contoh bilangan bawang dikurangkan, 
bilangan daun kari dilebihkan, 
sukatan cili kering dikurangkan, 
penambahan air rebusan makanan2 laut digunakan, 
dan beberapa sentuhan magis dan kasih sayang. 
giteww... 

dan sayur mayur takde. 
suami cakap taknak, 
so tak payah lah. 
dan demi untuk cut cost. 
hihu...

masak lauk pauk ni kita boleh je main masuk agak2 
ikut sedap rasa kita. 
sebab ia takkan merosakkan sangat hasilnya. 
sebab rasa dan perisanya boleh diolah setiap masa. 

kalau buat kek buat biskut kena ikut sukatan, 
kalau taknak pening kepala nak betulkan adunan. 
jangan nak memandai2 sangat. 
kang dapat kek bantat, biskut keras, 
mak tak tanggungjawapan. 

baiklah, resepi shell out yang aku buat adalah rujukan dari 
resepi puan azlita yang sangat2 indah mencipta kek. 

boleh rujuk blog resepi asal untuk resepi yang lebih bergambar. 

nama resepi memang yakin diri tahap 10. 

aku copy paste resepi kat sini supaya
bila aku dah tua, 
anak2 cucu2 nak merasa maktok masak shell out, 
aku belek je blog kudusku ini. 

maktok ke ?
erm... 
akan dipertimbangkan semula. 

SHELL OUT CONFIRM SEDAP
Resepi Oleh : Auntie Nani
Rujukkan Oleh : Mama to Erna
Rujukkan Oleh : Suraya Sulatin

Makanan Laut

Ketam
Udang
Kerang
Sotong
Lala
Pepahat
Remis
Kupang
Isi ikan ~ terpulang lah nak isi ikan apa. ( yang ni ita tak letak )

* Sukatan bahan makan laut ni terpulang, tapi haruslah bersesuaian dengan sukatan bahan rempah yang di sediakan.

Semua makanan laut ini di cuci bersih. Didihkan air bersama sedikit garam. Kemudian di rebus secara berasingan. Bukan rebus lama-lama tau! ala-ala macam celur aje.. sebab makan laut kalau over cooked nanti liat tak sedap! nak dia half cooked aje supaya bila masuk dalam rempah cepat aje kita masak.
Dah masak angkat dan ketepikan

Bahan Sayur-sayuran

Jagung manis ~ potong 3
Brocoli ~ di potong kecil
Kentang ~ potong wages atau belah 4
Carot ~ hiris bulat
Bunga kubis ~ potong kecil

Semua bahan sayuran ni di celur. Didihkan air dengan sedikit garam, kemudian celurkan sayur-sayuran kecuali kentang dan jagung tu kena rebus sampai empuk.

Bahan Rempah 

Bahan A ~ di kisar

20 tangkai cili kering ~ buang biji dan rendam lembut ( kalau nak pedas boleh lebihkan )
2 labu bawang besar
15 ulas bawang merah
2 labu bawang putih ( 10 ulas )
1 inc halia
1 inc belacan
1 gengam udang kering ~ rendam lembut

Satukan semua bahan bersama air dan sedikit minyak masak, dan kisar hingga halus

Bahan B ~ di tumis

6 ulas bawang putih ~ di hiris halus
6 ulas bawang merah ~ di hiris halus
1 inc halia ~ di hiris halus
5 tangkai daun kari ~ di lurut daunnya sahaja
10 biji cili padi ~ di hiris halus ( nak pedas lebihkan )
2 batang serai ~ di titik ( ita tambah )
Minyak untuk menumis
1 sudu besar butter / margerine

Bahan C ~ perasa

3 sudu besar serbuk kari ikan
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos ikan
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam
garam dan gula secukup rasa


Panaskan minyak bersama butter dalam kuali.
Masukkan bahan bahan tumis ( bahan B ) dan tumis hingga harum dan garing.
Bila dah garing, masukkan bahan kisar ( bahan A ) masak sampai garing. Masak ni biar lama-lama sikit biar cili betul-betul garing dan masak. Jika kuah terlalu pekat tambahkan sedikit air dan masak lagi
Kemudian masukkan bahan perasa ( bahan C )
Mulakan dengan rempah kari, masak kejap bagi garing, kemudian baru masukkan sos tiram, sos ikan, serbuk lada hitam , kiub ayam dan gula.
Kemudian baru masukkan garam 
* berhati-hati dalam penggunaan garam kerana sos tiram dan sos ikan dah masin.
Biarkan kuah merenih sebentar.
Angkat dan masukkan dalam periuk lain
Tinggalkan 1 senduk besar dalam kuali
Panaskan semula dan masukkan kupang, masak sebentar ~ angkat
Panaskan 1 senduk besar lagi kuah dan masukkan ketam, masak sebentar ~ angkat
Panaskan 1 senduk besar lagi kuah, masukkan sotong, udang, brokoli, bunga kubis dan karot, masak sebentar ~ angkat
Masak seafood berasingan ya, ketam dulu, kerang, kupang dan lain-lain. 
Sayur-sayuran tu ita masak sekali berasama sotong dan udang. 
Yang lain ita tak letak sayur. 
Jagung dan kentang ita tak masak dengan kuah, ita biarkan sahaja di rebus begitu.



MEDITERRANEAN BUTTER RICE
Resepi Oleh : Azrul

4 cawan beras
1 cawan  besar butter
1 cawan mix vege ( karot, jagung, kacang pea )
garam secukup rasa
Air secukupnya untuk menanak nasi

Cuci beras bersih
Masukkan beras, air secukupnya untuk menanak nasi, butter, mix vege dan garam secukupnya ke dalam periuk nasi dan tanak nasi seperti biasa
Bila dah masak, gemburkan dengan chopstik 
Sedia di hidangkan.

kena ada gambar kaklong iman, 
sebagai bukti ini mak yang masak.
suami oh suami.  

kami terlupa nak beli plastik seprah yang orang selalu
guna untuk hidang shell out, 
jadi letak atas talam je lah. 

suami cakap sedap, 
so alhamdulillah. 
hilang penat bersilat kat dapur. 
sebanyak ini boleh makan untuk 2 orang, 
dengan 3 kali makan. 

untuk anak2, 
ayam goreng. 

kenyang. 
alhamdulillah.

selamat datang 2017. 
in advance. 

2 comments: