Monday, January 27, 2014

Place Review : Prinzpark Hotel, Kuala Ibai Terengganu

Assalamu'alaikum w.b.t
selamat hari ahad yang manis dan indah.

sebelum tadi, semangat nak hupdate membuak2.
tapi tidak berapa lama selepas tadi, tiba2 semangat tu lenyap, kering.

pendek kata mudah bicara, aku nak share pasal sebuah hotel di kuala terengganu,
atau lebih tepat lagi kuala ibai.
dan Masjid Tengku Tengah atau dikenali juga sebagai masjid terapung.

terpaksa ke sini sebab telah dilantik sebagai urusetia untuk satu kursus.
sebenarnya aku serba salah nak pergi.
feeling cam tak best je nak pergi.
orang mintak tolong, kalau rasa mampu tolong kita tolong.
sebab kita tak tau bila masa kita pulak yang perlukan pertolongan.
 tambah2 sebab dah janji ngan novya nak bawak pergi mandi kolam.

macam2 hal terjadi pada kursus kali ni. 
nanti aku ceritakan. 

mendukung aspirasi kerajaan semasa.

jalan masuk ke hotel ni macam sedikit keliru.
kalau ikut jalan betul dia memang agak jauh.
kalau nak mudah dan dekat, 
korang amik jalan untuk ke masjid terapung. 
selepas masjid terapung tu akan ada jalan sebelah kiri untuk ke 
terengganu equestrian resort.
korang ikut je jalan tu dan korang akan nampak prinzpark hotel ni.

bilik memang puas hati.
cantik, selesa opkos. yang best luas mata memandang.

budak besar ni bukan main mula2 masuk macam takut2 je. 
bila pasang semua lampu, omeyged !
apa lagi. teruja. 
macam biasa ajak mak ayah main kejar2.
bukan setakat kejar mengejar, rungkas merungkas pun ada.
panjat kusi, lompat ke meja, lompat ke katil, lompat ke bawah.


suka suki ati novya cakap,
"ayah, ayah, yukisan ni same la mace yukisan adik".
sedeh jiwa lara kalau pelukis tu tengok ni.

ini kupon untuk makan di cafe.
aku lupa nak amik gambar cafe dorang. 
kupon ni untuk 3 kali makan.
sarapan, tenghari dan makan malam.
masakan kat sini bagi aku biasa2 je. tak nikmat sangat.

siaran tv ada astro. 
dan majalah wanita tu adalah best complimentary from prinzpark.
aku tau kenapa dorang baik ati sangat nak bagi free,
sebab ada artikel pasal prinzpark kat dalam majalah tu.
siap ada peraduan lagi.
boleh la dapatkan majalah wanita isu februari 2014, kot2 korang nak cuba nasib.
 tarikh tutup peraduan 28 februari 2014.

bilik air ala2 seksey gitewww
dan tandas novya yang dipunggah ke sana ke mari.


dalam almari pakaian siap ada peti besi. 
bagus jugak sediakan peti besi camni. 
tapi nak simpan apa la sangat. 
biasanya kalau jalan jauh, jarang kot orang bawak barang berharga. 



peti ais pun ada.

pengering rambut. dalam tandas.

sepah menyepah memang menyeronokkan.

untuk keselamatan keluarga dan negara,
kitorang merapatkan katil single tersebut.

satu yang tak best tentang hotel ni,
dorang tade kolam renang sendiri.
mengharapkan kompleks sukan yang mengadap ngan hotel dorang ni untuk mandi kolam.
tetapi, dikenakan bayaran.
harga dari rm5-12.
ada jugak aktiviti lain di kompleks sukan seperti bowling, gym, apalagi ye. aku lupa. 
huh !
kalau korang datang dengan pakej kursus, 
mungkin dorang boleh kawtim dengan pihak kompleks sukan ni.
macam aku, dapatlah free. 
tapi tak lama pun novya main kolam.
duduk dalam kolam tak sampai sejam dah terketar2. 

yang tak best kat kolam ni, 
orang dewasa lelaki, tak boleh pakai baju bila mandi kat area 
kolam dalam. pakai seluar sajo.


kesimpulan untuk hotel ni:
bilik : luas dan selesa. 
makanan : ada pilihan, tapi masakan biasa2 je.
kolam renang : TAKDOK.
lokasi : strategik. banyak tempat2 menarik sekitar hotel.
persekitaran : cantik, menghadap laut.
dewan untuk kursus: macam biasa2. tapi selesa. 
layanan : tiptop. mesere dan sentiasa sedia membantu.
kebanyakan pekerja di sini terutama cleaning department adalah 
warga indonesia. 
ada sorang tu nama sejibik nama aku. 
ejaan je yang berbeza.

sesuatu yang jarang terjadi pada penghuni hotel adalah
terputus bekalan elektrik. dari pukul lebih kurang 4 pagi hingga 6 pagi.
nasib baik cuaca sejuk, tak terasa terperangkap sangat dalam bilik.
dan suasana lebih sunyi sebab tiada bunyi aircond.
kalau tak memang satu masalah dalam bilik ialah bunyi aircond terlalu kuat.

dah, jom balik !

tiba2. 
apakah ini ?
tapak kaki kedua toilet novya dah sampai. 

2 comments: