Assalamu'alaikum w.b.t
selamat hari selasa yang manis.
semoga hari ini keberkatan sentiasa bersama kita.
in shaa Allah.
2 3 ari ni aku tengok nuffnang duk promo ikea.
begitu mengujakan.
kenapa la dorang tak bukak ikea kat kelantan ye ?
aku tak pernah pergi pun ikea ni.
sobs sobs...
selama duk kat potrajaya dolu2, terasa jugak nak pergi.
tapi sebab masa tu tak biasa ngan jalan di kota metropolitan,
makanya hujung minggu lepak kat umah je, terutama bila suami datang bertandang.
atau ke alamanda sajo.
sekali sekala lepak kat umah akak aku kat kajang.
tambahan pulak, masa tu tak plan nak duk lama kat potrajaya.
kang kalau beli perabot bagai, banyak pulak barang nak kena punggah bila nak pindah.
tapi nasib betul,
selepas sebulan terbeli jugak perabot, dapat surat pertukaran ke kelantan.
hampeh betul.
terpaksa jugak sewa lori.
berbalik kepada ikea,
aku tengok barang2 dorang macam best je.
macam best sebab barang2 dorang pandai pose depan kamera kot.
photogenic kata mat saleh.
oleh kerana tak berpeluang lagi nak ke gudang dorang,
aku hanya sekodar mampu cuci mata via online je la.
orang pompuan ni, dapat tengok2 pon jadi la.
tapi kalau dapat beli lagi bagus.
hihu...
jom cuci mata
No comments:
Post a Comment