Wednesday, June 12, 2013

Lawatan sambil belajar ke Pulau Mutiara - day 1

Assalamu'alaikum w.b.t
hi dear readers.
semoga sihat walafiat dan penuh berkat pada 
hari ni dan hari2 mendatang.

hari ni nak kongsi pengalaman
lawatan sambil jalan2 
ke pulau pinang baru2 ni.
tade la baru sangat.
dah 2 minggu dah.


perjalanan bermula pukul 8.00 pagi dari rumah ummi.
perjalanan melibatkan 2 buah kenderaan.
seramai 13 orang peserta mengambil bahagian dalam lawatan ini.


faizal taher pon join sekali lawatan ni.


view dari puncak titiwangsa.
subhanallah.
sangatlah cantek awan2 ni.
rasa macam nak main lompat2 kat atas awan tu.
kenyataannya,
kalau ko lompat, 
pastinya jatuh bedebuk ke bawah dan 
bukannya ke atas.

antara peserta lawatan.
berskirt ala2 hindustan lagi.
(eh, harry potter pon ada ?)


semua peserta lawatan teruja melihat keindahan alam ciptaan Allah.
masa kitorang sampai kat puncak titiwangsa tu,
jam lebih kurang 10.30 pagi.
matahari dah mula menayangkan wajah ayunya dari balik bukit.
tapi suhu kat atas puncak ni memang menyamankan.
sejuk... mungkin macam kat tempat mat saleh kot.
verangans la sikit.

salah seorang peserta lawatan iaitu novya delisha munawwarah 
telah dengan redhanya memulakan perjalanan tanpa 
memandikan diri.
sebab itu beliau memalingkan muka dari kamera kerana
tidak mahu wajahnya yang ayu tapi berair liur basi diambil. 


peserta lawatan yang akan ditinggalkan di pulau pinang.
bukan yang kecik tu, 
tapi yang dewasa tu.
motif ke pulau pinang pon kerana dia la. 
(kalau tinggalkan yang kecik tu, meraung la mak.)





seronok melihat keindahan alam semulajadi sepanjang jalan.
tengoh aku pulak sebagai pemandu,
dengan gigih dan bertabah memandu walaupun jalan berbukit bukau
dan naik turun bukit.
semangat untuk berjalan2 ke Pulau Pinang mengatasi segalanya.
cayalah tengoh !
pasni boleh la pergi legoland pulok.




alhamdulillah...
akhirnya sampai ke Pulau Pinang.
ini buktinya.



setibanya di Pulau Pinang,
melilau cari tempat menginap.
penginapan untuk di Kepala Batas dah setel seperti
yang untuk di Pulau Pinang ni tak setel lagi. 
yang mana aku contact sume penuh.
berkebetulan dengan cuti umum dan cuti ujung minggu.

dengan kepenatan dan perut kelaparan,
dengan bertabah kami mencari hotel yang berpatutan.


banyak hotel dan rumah yang dibina di batu feringgi ni. 
tapi sumenya memang mahal dan tak mampu kot.
hish... kalau la aku ada duit,
aku nak beli satu.
jadi istana singgah aku bila mai jalan2 Pulau Pinang.
verangans part ii.

akhirnya, 
berjaya jugak kami dapat hotel bajet.
bilik kira ok la, selesa la jugak.
siap hangkut beg masuk bilik,
apa lagi...
bukak bekal makan nasik.
ummi memang selalu sediakan nasik kalau jalan jauh2.
lauk penting, ayam goreng berlado.
cukup untuk membukak selera.


rehat kat bilik barang 2 3 jam,
tengoh ajak gi jalam2 pulok.
katanya apa guna datang kalau nak terperap dalam bilik.
memang bersemangat inspira betol la tengoh aku ni.

kitorang gi jalan2 ke 
telok bahang.
mula2 tu kesesatan jugak.
nasib kami agak baik bila ada sorang pakcik tengah 
ronda2 ngan kete kancilnya,
dengan baik ati menawarkan diri untuk menunjukkan jalan.
terima kasih sangat kepada pakcik tu.


novya telah tertidur semasa rombongan lawatan kesesatan di jalanan.
makude dengan kasih sayangnya menawarkan diri 
untuk mendukung novya.
al maklum la, nantikan makude jadi orang Pulau Pinang.
dah taleh men ngan novya selalu.

ahli rombongan sedang menuju ke jeti untuk menaiki bot.
meronda2 sekitar pantai.
harga satu bot adalah RM80.

tapi bergantung kepada jarak korang nak ronda tu.
yang paling mahal RM 150++,
boleh pergi tengok penyu dekat pantai duyung.
(kalau tak silap aku la.)

ketua rombongan.
ummi dengan berhati2 melalui jeti rapuh ni.
takut jeti runtuh satu hal,
satu lagi takut tumit selipar yang runcing tu 
melekat kat celah2 papan.

herm... jangoklah mok aku ni.


muka bahagia dapat naik bot.
tapi sebenarnya tak berapa bahagia sangat.
sebab tak pakai life jacket.
tawakal semoga selamat pergi dan balik.


peace yoww !!!


syada, irsyad, irfan.


atok adalah orang yang paling bahagia pada hari tersebut.
sebab novya nak duk ngan atok sokmo.
perjalanan dari Kelantan ke Pulau Pinang pon novya 
naik kete ngan atok.






comey tak kak ton ??!!


faizal taher in the boat !!!

bot kami berhenti sampai sini je.
tapi tak turun pun. tade jeti.
jadi kami malas membasahkan kaki. 
duk je sekejap tengok anak2 monyet berlarian2 di gigi pantai.
then pusing balik ke jeti.

ahli rombongan - tak termasuk aku.


do contact him kalau rasa2 nak naik bot.


kebulatan menjelma di wajah kami.
habis selebet tudung mak.
novya masih dengan mood mengantuk.


"A grandfather is someone with silver in his hair and gold in his heart"


habis round ngan bot,
kitorang round2 area jeti tu.
rupanya jeti tu dekat dengan pintu masuk ke taman negara Pulau Pinang.


yang last tu paling best :
"tidak nampak kayu : ada orang ambil".


novya berusaha buat peace.


masih dengan peace. 


dan masih kekal peace.
alahai atok pon...
muka memang bahagia betol. 
sengeh sokmo.

ayah su dan mok teh.


berpimpinan tangan sokmo.






boleh contact nombor di atas untuk menginap.
dekat dengan kedai makan. banyak pilihan.
dan boleh jalan kaki untuk ke pasar malam, down town ke apa aku pun 
tatau dorang panggil apa.

tapi memang seronak kalau nak shopping kat situ.
tengoh dengan semangat nak jalan2nya telah berjalan ke kaki kesana 
dengan makude pada belah malamnya.
ahli rombongan yang lain dah selebet penat nak tido.

kat situ (pasar malam tu), ada tempat massage.
kaki tangan sume boleh diurut.
baju, handbag, jamtangan, aksesori,
souvenir, kedai makan, bla.. bla.. bla..
maksudnya macam2 ada.

aku memang dah surrender.
malas la nak gi. 
dengan novya yang pasti akan meragam.
bek lepak dalam bilik tengok tv.
(dalam hati memang nak ikut sangat,
tapi tade sape nak jagakan novya).

itu sahaja untuk catatan hari pertama 
lawatan sambil jalan2 kami ke Pulau Pinang.
InshaAllah akan hupdate untuk hari kedua pulak.
2 minggu dari sekarang.
muwehehe...

harap entry ni bermanfaat.







2 comments: