Monday, January 28, 2013

resepi simple : pisang goreng kruk krak

Assalamualaikum w.b.t
2 entry sekali masuk. 
hamek kau !

dah terlebih rajin ke atau terlebih masa atau terlebih idea la ni .
tadi nak buat 1 entry je.
tapi sebab ada 2 cerita yang berbeda,
so aku buat 2 entry la ye.

kali ni aku nak ajar korang buat pisang goreng.
ore kelate panggil goreng pisang.

sebab tu pelajar2 kelantan selalu fail bila buat karangan.
bahasa baku sebut pisang goreng, kami orang kelantan sebut goreng pisang.
what the hal la...

hokaih...
meh sini nak ajar buat goreng pisang.
kalau korang rasa menjadi dan sedap boleh la jual. 

bahan2 yang diperlukan adalah : 

1 cawan tepung gandum
3 cawan tepung beras
(konsepnya macam 1:3 ye)
1 biji telur ayam
air lebih kurang segelas (tuang2 sikit2 ye.)
garam secukup rasa hati korang.

dan yang paling penting pastinya pisang.
aku guna pisang nangka pemberian ibu mertuaku.



tepung beras ye. bukan tepung pulut.
siap ada harga tu. RM 2.00 sahajo.



tepung gandum.


aku sukat pakai ice cream scoop sahajo.
apa yang penting adalah sifir  1:3 itu.


saje nak tunjuk stock telur kat rumah aku banyak.
nak guna 1 biji je pon.



contoh air.


inilah hasilnya bila dah campur 
tepung beras, tepung gandum, garam dan telur itu.
jangan pekat2 sangat tau. 
nanti tak berapa rangup. 



ini namanya pisang nangka.
nampak macam putik kan ?
sebenarnya ini dah tak putik.
dah ranum pun.
kalau nk buat pisang goreng,
gunakan pisang nangka yang putik2 manje,
yang kulit betul2 hijau tu.
sebab kalau yang dah terlampu ranum, 
nanti bila digoreng jadi lembik.


cara - cara :

1. pisang di buang kulit.
2. belah dua pisang itu.
3. celup2 dalam adunan yang kita buat tu.
4. goreng dalam kuali dengan minyak yang cukup panas.
nak lagi sedap, gunakan teknik deep frying.
(siap teknik2 bagai ye cikjah...)


dan ni rupanya pisang goreng aku.
yang rangup kruk krak...


* orang kata kalau nak lagi sedap,
tambah sedikit kelapa parut.
* boleh jugak tambah sedikit serbuk kunyit
untuk memberikan impak keemasan kepada pisang gorang korang.


selamat mencoba2.





adik nobya demam

Assalamualaikum w.b.t
hai sayang2...
macamana hari2 korang ?
semoga indah dan berbahagia. 

hari aku hari ni tak berapa bahagia.
bila mana meninggalkan anak di rumah nekma 
dengan keadaan anak bersuhu panas.

entah macamana tiba2 pagi semalam 
nekma cakap suhu badan novya tiba2 panas.

novya mintak kakak.
alamak, kakak tertinggal kat rumah pulak.

macamana mak ayah boleh lupa amik kakak.
haiishhh.... 
seharian novya tanpa kakak semalam.

takkan sebab kakak tade novya sampai demam2 ?

malam tadi novya demam lagi.
suhu badan meningkat.
2 kali muntah.
sayu layu hati mak bila tengok anak demam.

terpaksa pulak tinggalkan anak untuk pergi kerja.
bulan ni dah banyak hari terambil cuti,
so rasa tak best la nak amik cuti lagi.

harap2 novya dah ok.
sebab ayah tepon nekma tadi,
nekma gitau suhu badan dah ok.
duk tengok tv.
maruko la tu.


mak rindu kamu ketat2 sayang.
always...

* Demam merupakan satu tindakan imunisasi balas 
yang cuba menangani jangkitan bakteria atau virus.  




Wednesday, January 23, 2013

Sunnah Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum w.b.t
salam kasih sayang untuk korang, 
si cantik manis dan si segak perkasa. 

dalam entry 
kita dah kenal secara kasar tentang 
sejarah dan fizikal 
nabi muhammad s.a.w.

kali ni, 
seperti yang telah dijanjikan, 
maka aku akan cuba menepati janji untuk
post entry tentang sunnah rasulullah
yang boleh kita amalkan.

sekarang kan musim menepati janji,
so aku pon kena amalkanlah sikap menepati janji ni.
baru la di sayangi.
boleh gitu ?

antara sunnah harian rasulullah adalah :

1.     Senyuman

Abdullah bin Al-Harist Radliyallahu’anhu menuturkan, yang artinya, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam.” (Riwayat At-Tirmidzi)
.

2.     Dahulukan Kanan

Daripada Aisyah, katanya: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal (perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwuduk dan mandi.“ (Hadis riwayat Muslim)
.

3.     Berpakaian

Ummu Salamah meriwayatkan: “Pakaian yang paling disukai oleh Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalam ialah pakaian Qamis).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)
.

4.     Bercelak

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda:“Hendaklah kamu bercelak dengan menggunakan batu celak (Al-Itsmid) kerana celak dapat memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)
.

5.     Memakai Cincin

Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam memakai cincin di jari tangan kanan Baginda.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Hibban.)
.

6.     Makan

Ka’ab bin Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam makan menggunakan ketiga jari Baginda. Selepas makan  Baginda menjilati ketiga-tiganya.”(Riwayat Tarmizi, Muslim, Abu Daud dan Ahmad)
.

7.     Minum

Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan: “Ketika Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam minum, Baginda menarik nafas (menghela) dua kali.” (Riwayat Tarmizi dan Abu Syaikh)
.

8.     Bersilaturrahim

Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan? Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan, adalah balasan (pahala) orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturahmi, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah balasan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan persaudaraan.”   (Riwayat Ibnu Majah).
.

9.     Berjalan

Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Apabila Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam berjalan, tubuh Baginda tegak seperti sedang menuruni tanah yang landai.” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)
.

10.  Berkata

Anas Ibnu Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam mengulangi  perkataan Baginda tiga kali supaya lebih difahami (oleh pendengarnya).” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)
.

11.  Tertawa

Abdullah bin Harith r.a. meriwayatkan: “Tawa Nabi Muhammad  Shalallahu ‘alaihi wasalam hanyalah senyuman.” (Riwayat Tarmizi )
.

12.  Bergurau

Anas bin Malik r.a. meriwayatkan: “Betapa baiknya Nabi Shalallahu ‘alaihi wasalammenggauli kami. Baginda berkata kepada saudaraku yang masih kecil, ‘Wahai Abu Umair, apa yang sedang dilakukan oleh burung nughair?’” (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud, Nasa’i dan Ahmad)
.
13.  Tidur
Aisyah r.ha. meriwayatkan: “Setiap kali hendak tidur pada malam hari, RasulullahShalallahu ‘alaihi wasalam selalu menadahkan  kedua tapak tangan sambil membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas kemudian Baginda meniup kedua-dua tapak tangan tersebut. Setelah itu, Baginda menyapu bahagian tubuh yang terjangkau, dimulai dari kepala, wajah lalu bahagian depan tubuh Baginda. Hal itu Baginda lakukan sebanyak tiga kali.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)
.
14.  Membaca al-Quran
Ya’la bin Mamlak bertanya kepada Ummu Salamah tentang cara Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membaca al-Quran. Menurut Ummu Salamah, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membaca al-Quran dengan sangat jelas kalimah demi kalimah. (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud dan Nasa’i)
.
15.  Ibadah
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam melaksanakan solat hingga kedua-dua kaki Baginda bengkak. Beliau bertanya, “Mengapa engkau melakukan hal ini padahal engkau mengetahui bahawa Allah SWT telah mengampuni dosamu yang telah berlalu dan akan datang?” Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalammenjawab, ‘Tidakkah aku menjadi hamba yang banyak bersyukur?’.” (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Khuzaimah)
.
.

والله أعلم بالصواب

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

semoga mendapat manfaat untuk kita semua.







Monday, January 21, 2013

know your body - period calendar

assalamualaikum w.b.t
salam sayang untuk korang yang sentiasa cantik manis dan segak bergaya.
kerinduan yang amat untuk bercerita-ceriti dalam blog.
peluang untuk hupdate jarang kunjung tiba.

akhir2 ni terasa macam sesuatu yang sukar untuk melakukan ini :
sign in blogger, click new post, menaip isi kata dan 
mencurahkan idea dari minda muda aku ke dalam blog.

horait, 
selama umur korang, 
adakah korang cukup kenal siapa diri korang yang sebenarnya ?
tahu apa yang korang betul2 suka, 
apa yang korang betul2 menyamppaahh, 
dan adakah korang betul2 faham apa itu diri korang ?

persoalan2 yang aku ajukan tu dah macam 
penceramah motivasi kan ?

soalan2 tu korang jawab la sendiri.
yang aku nak share hari ni tentang apps yang mungkin 
dapat membantu korang mengenal tubuh korang.
dan apps ni sesuai untuk insan bergelar wanita.

sang jejaka kacak pon boleh je kalau nak amik tau.
sebab dalam hidup korang pasti akan ada wanita.
so boleh sharing2 kan ?

apps ni nama My Calendar.












melalui apps ni korang boleh mengenal anatomi tubuh korang.
betul ke perkataan anatomi tu ?

pada zaman dulu2, 
tade la dulu sangat.
sebelum kewujudan smart phone dalam hidup kita,
biasanya kita wanita2 yang cantik ini
mencatit tarikh period dalam buku/diari atau calendar kuda. 
kan ?
kadang2 terlupa nak catit tarikh penting tu.
bila lewat beberapa hari baru terpiki2 balik,
bila last period bulan sebelumnya.

 penting ye untuk kita catit tarikh period.
tak kira yang dah kahwin atau pun belum.


dengan kemajuan teknologi dan kemampu milikan 
 memiliki smart phone,
kita tak perlu lagi membelek2 buku atau mencari2 calendar kita 
untuk menanda dan sekali sekala nak check bila last period.

download je apps ni kat smart phone korang.
ia mudah, menarik, sangat praktikal
dan aku agak suka, 
kita boleh tanda apa perubahan2 yang kita rasa pada tubuh kita.
dan itu akan membantu kita kenal tubuh kita.

contohnya,
3-4 hari sebelum kita period,
kita terasa sesuatu yang lain dengan tubuh kita,
contohnya rasa macam penat atau emosi mudah berubah ke, 
kita boleh catit.
dan yang best ada image/icon yang menarik boleh kita pilih 
sesuai dengan keadaan kita masa tu.

so bila keadaan tu sentiasa berulang2 pada tarikh tersebut,
kita dah boleh agak apa yang akan berlaku.
so kita akan lebih bersedia untuk hadapi perubahan pada tubuh kita tu.

selain tu,
ada jugak reminder2 macam bila tempoh subur.
so bagi isteri2 cantik yang sedang merancang untuk menambah ahli keluarga,
atau yang sedang cuba untuk menjarakkan kehamilan,
korang boleh rujuk kalendar ni.

untuk permulaan korang boleh check dulu 
samada betul tak kiraan yang diberi oleh kalendar ni.
so, jika dah rasa betul, 
boleh korang merancang apa yang patut pada tempoh subur tu.

tempoh subur ni akan ditanda secara automatik pada 
calendar period ni.

apps ni macam akan memantau kitaran haid korang.
lebih kurang gitu la.

so korang tayah pening2 kepala nak 
kira bila tempoh subur atau bila next period.

jika korang mengalami kitaran haid yang teratur,
apps ni sangat sesuai.

bagi yang mengalami kitaran haid yang tak teratur ,
korang kena catit betul2 tau.
2 3 bulan seterusnya insyaallah korang akan dapat 
faham tubuh korang.


ishk,
betul ke penerangan aku ni ?
tapi apa yang aku nak citer ialah, 
apps ni sangat bagus untuk kita, wanita2 cantik.
untuk kesihatan kita jugak.

so, selamat mencoba !




hupdate paling manis :
novya mengahda2 nak duk atas riba mak.
lenguh tau.
seremban kaki mak  (puan uteq pasti tersenyum membaca ayat ini).



Thursday, January 17, 2013

upin & ipin yang betul, betul, betul !

Assalamualaikum w.b.t
Salam sayang untuk korang si cantek manis dan segak bergaya.
Semoga semuanya dalam keadaan yang baik.
Jika kurang baik, la tahzan (jangan bersedih). 
Allah maha mengetahui dengan setiap apa yang berlaku.

dah lama tak hupdate pasal ananda kesayangan,
cik noya mak.
dah 26 bulan ye usia kamu wahai anak. 

novya si peminat setia upin ipin.
macamana tak minat,
hari2 tengok cerita upin ipin.

nasib baik citer upin ipin menyampaikan
intipati yang bagus.
banyak mesej2 yang bagus untuk disampaikan kepada
kanak2 dan juga orang dewasa.
contohnya tentang agama,
 menghormati orang tua, 
semangat untuk belajar,
mencintai negara,
mencintai alam sekitar,
menghargai kawan2, persahabatan,
citer teladan dan macam2.

pengaruh upin ipin sangat kuat dalam hidup novya.
terutamanya dari segi peningkatan penggunaan tatabahasa
dan intonasi melontarkan kata2.

gara2 selalu tengok upin ipin, 
aku yang sebagai mak ni dia panggil 
akak. kadang2 cikgu.
sebab upin ipin kan selalu panggil
kak ros dan cikgu jasmin.

nasib baik tak panggil aku opah.
mayb sebab novya nampak mak muda,
maka tak sesuwai nak panggil opah.
=p

kesah satu malam,
novya sedang melukis, 
tiba2 datang kat mak dan berkata,
"cikgu, cikgu, cikgu kukis la" 
*kukis = lukis.

kesah satu ari,
aku mintak novya amik something, 
tapi mak lupa apa.
boleh pulak novya jawab,
"baik akak !".

novya, novya.

lagi satu suka betul tiru tagline si meimei yang cantik tu.
kan meimei selalu sebut,
"saya suka, saya suka !"
novya selalu sebut,
"aya sukan, aya sukan!'

kalau dikira2 banyak lagi la dialog upin ipin yang 
novya adaptasi dalam hidup dia.
yang penting,
dia siap boleh ingat dialog dalam episod upin ipin.
macamana tak ingat kalau hari2 tengok kan?

kesah satu petang,
novya duk main,
nek ma duk tengok tv.
tiba2 novya datang dekat nekma, 
sambil tongkat dagu di birai kerusi tempat nek ma duduk dan berkata, 
"nek ma namo apo?"
dengan suara tomei2 dan muka bulat comenya.

nek ma terkesima sekejap.
katanya tak pernah2 budak umur 2 tahun tanya dia macam tu.
berbunga2 la tu hati nek ma. 
hehee....

semalam novya dah tahu nama tok abah.
nama tok abah ahmad bunian,
tapi novya sebut ahmad dudian.
naseb baik bukan durian.

novya oh novya.
why you so cute ?











Wednesday, January 16, 2013

kenali muhammad bin abdullah

assalamualaikum w.b.t.
salam kasih sayang untuk korang yang cantek dan hensem (suami aku).
semoga hari ni hidup kita di rahmati Allah.

dalam beberapa hari lagi akan tiba 
tarikh kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.

marilah kita menyambut ulangtahun kelahiran Rasulullah s.a.w
dengan menghidupkan sunnah2 baginda.

sebenarnya bukan pada hari sambutan maulidur rasul saja.
seharusnya setiap hari dalam tindakan harian kita
haruslah berpandukan sunnah nabi muhammad s.a.w.

antara cara terbaik untuk kita mengingati rasulullah adalah : 
1. mentaati rasulullah s.a.w
2. berselawat ke atas rasulullah s.a.w
3. mengasihi rasulullah s.a.w
4. mengikuti sunnah rasulullah s.a.w

jom kenali muhammad bin abdullah !


BIODATA RASULULLAH S.A.W:

Nama : Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
Tarikh Lahir : Subuh Isnin, 12 Rabiulawal/20 April 571M
dikenali sebagai tahun gajah, sempena peristiwa tentera bergajah 
Abrahah yang menyerang kota Mekah.
Tempat Lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Nama bapa : 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
Nama Ibu : Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah 
(digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu Susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah
(lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

 



SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W: 

USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh 
dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’  


(sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) 
dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam 
atas urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) 
telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan 
tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab 
yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ ,
 jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu 
usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun.

 Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan 

berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai 
untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan 
barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya 
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) 
untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ 
ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan
 berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan 
menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani 
oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin,


 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W
1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)



ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’

Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti 
"bapak Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki
 yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah,
 tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa. 




Fizikal Nabi
Telah dikeluarkan oleh Ya'kub bin Sufyan Al-Faswi dari Al-Hasan bin Ali ra. katanya: Pernah aku menanyai pamanku (dari sebelah ibu) Hind bin Abu Halah, 

dan aku tahu baginda memang sangat pandai mensifatkan perilaku Rasulullah SAW, 
padahal aku ingin sekali untuk disifatkan kepadaku sesuatu dari sifat beliau yang dapat aku mencontohinya, maka dia berkata:

Adalah Rasulullah SAW itu seorang yang agung yang senantiasa diagungkan, 

wajahnya berseri-seri layak bulan di malam purnamanya, 

tingginya cukup tidak terialu ketara, juga tidak terlalu pendek, 
dadanya bidang, rambutnya selalu rapi antara lurus dan bergelombang,

 dan memanjang hingga ke tepi telinganya, lebat, warnanya hitam, 
dahinya luas, alisnya lentik halus terpisah di antara keduanya, 

yang bila baginda marah kelihatannya seperti bercantum,
 hidungnya mancung, kelihatan memancar cahaya ke atasnya, 

janggutnya lebat, kedua belah matanya hitam,
 kedua pipinya lembut dan halus, mulutnya tebal, 

giginya putih bersih dan jarang-jarang, 
di dadanya tumbuh bulu-bulu yang halus, 

tengkuknya memanjang, berbentuk sederhana, berbadan besar lagi tegap,
 rata antara perutnya dan dadanya, luas dadanya, 

lebar antara kedua bahunya, tulang belakangnya besar, 
kulitnya bersih, antara dadanya dan pusatnya dipenuhi oleh bulu-bulu yang halus, 

pada kedua teteknya dan perutnya bersih dari bulu, 
sedang pada kedua lengannya dan bahunya dan di atas dadanya berbulu pula, 

lengannya panjang, telapak tangannya lebar, halus tulangnya,
 jari telapak kedua tangan dan kakinya tebal berisi daging,

 panjang ujung jarinya, 
rongga telapak kakinya tidak menyentuh tanah apabila baginda berjalan, 

dan telapak kakinya lembut serta licin tidak ada lipatan,
 tinggi seolah-olah air sedang memancar daripadanya, 

bila diangkat kakinya diangkatnya dengan lembut 
(tidak seperti jalannya orang menyombongkan diri), 
melangkah satu-satu dan perlahan-lahan, 

langkahnya panjang-panjang seperti orang yang melangkah atas jurang,
 bila menoleh dengan semua badannya, pandangannya sering ke bumi,

 kelihatan baginda lebih banyak melihat ke arah bumi daripada melihat ke atas langit, 
jarang baginda memerhatikan sesuatu dengan terlalu lama, selalu berjalan beriringan dengan sahabat-sahabatnya,

 selalu memulakan salam kepada siapa yang ditemuinya.

sumber  : azharjaafar









insyaallah nanti
 kita share tentang sunnah2 rasulullah s.a.w
 ye =)

salam kasih sayang 
xoxo