Wednesday, January 16, 2013

kenali muhammad bin abdullah

assalamualaikum w.b.t.
salam kasih sayang untuk korang yang cantek dan hensem (suami aku).
semoga hari ni hidup kita di rahmati Allah.

dalam beberapa hari lagi akan tiba 
tarikh kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.

marilah kita menyambut ulangtahun kelahiran Rasulullah s.a.w
dengan menghidupkan sunnah2 baginda.

sebenarnya bukan pada hari sambutan maulidur rasul saja.
seharusnya setiap hari dalam tindakan harian kita
haruslah berpandukan sunnah nabi muhammad s.a.w.

antara cara terbaik untuk kita mengingati rasulullah adalah : 
1. mentaati rasulullah s.a.w
2. berselawat ke atas rasulullah s.a.w
3. mengasihi rasulullah s.a.w
4. mengikuti sunnah rasulullah s.a.w

jom kenali muhammad bin abdullah !


BIODATA RASULULLAH S.A.W:

Nama : Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
Tarikh Lahir : Subuh Isnin, 12 Rabiulawal/20 April 571M
dikenali sebagai tahun gajah, sempena peristiwa tentera bergajah 
Abrahah yang menyerang kota Mekah.
Tempat Lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Nama bapa : 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
Nama Ibu : Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah 
(digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu Susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah
(lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

 



SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W: 

USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh 
dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’  


(sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) 
dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam 
atas urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) 
telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan 
tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab 
yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ ,
 jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu 
usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun.

 Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan 

berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai 
untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan 
barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya 
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) 
untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ 
ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan
 berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan 
menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani 
oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin,


 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W
1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)



ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’

Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti 
"bapak Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki
 yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah,
 tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa. 




Fizikal Nabi
Telah dikeluarkan oleh Ya'kub bin Sufyan Al-Faswi dari Al-Hasan bin Ali ra. katanya: Pernah aku menanyai pamanku (dari sebelah ibu) Hind bin Abu Halah, 

dan aku tahu baginda memang sangat pandai mensifatkan perilaku Rasulullah SAW, 
padahal aku ingin sekali untuk disifatkan kepadaku sesuatu dari sifat beliau yang dapat aku mencontohinya, maka dia berkata:

Adalah Rasulullah SAW itu seorang yang agung yang senantiasa diagungkan, 

wajahnya berseri-seri layak bulan di malam purnamanya, 

tingginya cukup tidak terialu ketara, juga tidak terlalu pendek, 
dadanya bidang, rambutnya selalu rapi antara lurus dan bergelombang,

 dan memanjang hingga ke tepi telinganya, lebat, warnanya hitam, 
dahinya luas, alisnya lentik halus terpisah di antara keduanya, 

yang bila baginda marah kelihatannya seperti bercantum,
 hidungnya mancung, kelihatan memancar cahaya ke atasnya, 

janggutnya lebat, kedua belah matanya hitam,
 kedua pipinya lembut dan halus, mulutnya tebal, 

giginya putih bersih dan jarang-jarang, 
di dadanya tumbuh bulu-bulu yang halus, 

tengkuknya memanjang, berbentuk sederhana, berbadan besar lagi tegap,
 rata antara perutnya dan dadanya, luas dadanya, 

lebar antara kedua bahunya, tulang belakangnya besar, 
kulitnya bersih, antara dadanya dan pusatnya dipenuhi oleh bulu-bulu yang halus, 

pada kedua teteknya dan perutnya bersih dari bulu, 
sedang pada kedua lengannya dan bahunya dan di atas dadanya berbulu pula, 

lengannya panjang, telapak tangannya lebar, halus tulangnya,
 jari telapak kedua tangan dan kakinya tebal berisi daging,

 panjang ujung jarinya, 
rongga telapak kakinya tidak menyentuh tanah apabila baginda berjalan, 

dan telapak kakinya lembut serta licin tidak ada lipatan,
 tinggi seolah-olah air sedang memancar daripadanya, 

bila diangkat kakinya diangkatnya dengan lembut 
(tidak seperti jalannya orang menyombongkan diri), 
melangkah satu-satu dan perlahan-lahan, 

langkahnya panjang-panjang seperti orang yang melangkah atas jurang,
 bila menoleh dengan semua badannya, pandangannya sering ke bumi,

 kelihatan baginda lebih banyak melihat ke arah bumi daripada melihat ke atas langit, 
jarang baginda memerhatikan sesuatu dengan terlalu lama, selalu berjalan beriringan dengan sahabat-sahabatnya,

 selalu memulakan salam kepada siapa yang ditemuinya.

sumber  : azharjaafar









insyaallah nanti
 kita share tentang sunnah2 rasulullah s.a.w
 ye =)

salam kasih sayang 
xoxo









No comments:

Post a Comment