Monday, January 28, 2013

resepi simple : pisang goreng kruk krak

Assalamualaikum w.b.t
2 entry sekali masuk. 
hamek kau !

dah terlebih rajin ke atau terlebih masa atau terlebih idea la ni .
tadi nak buat 1 entry je.
tapi sebab ada 2 cerita yang berbeda,
so aku buat 2 entry la ye.

kali ni aku nak ajar korang buat pisang goreng.
ore kelate panggil goreng pisang.

sebab tu pelajar2 kelantan selalu fail bila buat karangan.
bahasa baku sebut pisang goreng, kami orang kelantan sebut goreng pisang.
what the hal la...

hokaih...
meh sini nak ajar buat goreng pisang.
kalau korang rasa menjadi dan sedap boleh la jual. 

bahan2 yang diperlukan adalah : 

1 cawan tepung gandum
3 cawan tepung beras
(konsepnya macam 1:3 ye)
1 biji telur ayam
air lebih kurang segelas (tuang2 sikit2 ye.)
garam secukup rasa hati korang.

dan yang paling penting pastinya pisang.
aku guna pisang nangka pemberian ibu mertuaku.



tepung beras ye. bukan tepung pulut.
siap ada harga tu. RM 2.00 sahajo.



tepung gandum.


aku sukat pakai ice cream scoop sahajo.
apa yang penting adalah sifir  1:3 itu.


saje nak tunjuk stock telur kat rumah aku banyak.
nak guna 1 biji je pon.



contoh air.


inilah hasilnya bila dah campur 
tepung beras, tepung gandum, garam dan telur itu.
jangan pekat2 sangat tau. 
nanti tak berapa rangup. 



ini namanya pisang nangka.
nampak macam putik kan ?
sebenarnya ini dah tak putik.
dah ranum pun.
kalau nk buat pisang goreng,
gunakan pisang nangka yang putik2 manje,
yang kulit betul2 hijau tu.
sebab kalau yang dah terlampu ranum, 
nanti bila digoreng jadi lembik.


cara - cara :

1. pisang di buang kulit.
2. belah dua pisang itu.
3. celup2 dalam adunan yang kita buat tu.
4. goreng dalam kuali dengan minyak yang cukup panas.
nak lagi sedap, gunakan teknik deep frying.
(siap teknik2 bagai ye cikjah...)


dan ni rupanya pisang goreng aku.
yang rangup kruk krak...


* orang kata kalau nak lagi sedap,
tambah sedikit kelapa parut.
* boleh jugak tambah sedikit serbuk kunyit
untuk memberikan impak keemasan kepada pisang gorang korang.


selamat mencoba2.





3 comments:

  1. buleh bkak kedai depe wisma la time rehat

    ReplyDelete
    Replies
    1. x tgamok nok bukok. lingkup goreng pise sri cemerlang nati key.

      Delete
  2. saya ada menjual sambal kicap serbaguna..bukan sahaja sedap dicecah goreng pisang..tp boleh dimakan dengan pelbagai makanan..contohnya mee soto (popular di Johor),mee sup, ikan bakar , ikan goring dan macam-macam lagi lah..pendek kata sesuai untuk pelbagai makanan dan dijadikan bahan penambah rasa..maklumat lanjut boleh Wassap ke 0173864959 dan kunjungi instagram budinsfood..selamat menjamu selera... :-)

    ReplyDelete