Monday, December 3, 2012

place review : haza bistro, kota bharu

assalamualaikum w.b.t
berjumpa lagi kita...
dalam... blog saya !!!

pengacara stereotype macam tu la.
ayat sama je. 
bowwringg...

oleh kerana hari ni terlebih rajin, dan terlebih masa,
maka boleh aku hupdate lagi. 
2 entry dalam tempoh 5 jam.

kali ni entry berlabel : places review

malam jumaat yang lalu, 
suamiku sayang dengan baik hati ajak kami makan luar.

sebab masa hari asyura ari tu tak sempat 
nak berdating.
lagipun bagi laluan kat ummi untuk belanja kami. 

so, walaupun tidak hari asyura,
tak pe kan belanja anak bini makan.
tetap dapat pahala. 

hari tu dah cite kan yang aku dalam dilema 
nak makan haza bistro atau noodle station. 

oleh kerana itu, 
kami amik keputusan untuk makan di haza bistro.
bagi memenuhi keinginan yang belum tercapai lagi.

lets pictures do the talk :




















tengok2lah senarai harga. 
nanti kalau nak gi senang nak kira bajet. 
untuk rujukan bila perlu.

bagi aku harga makanan minuman kat sini kira ok la. 
jika dibandingkan denganvtempatnya.
sangatlah cantek dan ekskelusif.

rasa macam nak lepak lama2 je kat sini.





air tembikai laici dan tembikai susu.



roti canai untuk novya.
sila ambil maklum,
roti canai ni sangat sedap.
kuahnya pon sedap.
ada sesuatu yang special dalam kuah tu, 
yang membuatkannya sedap.

ok je kalau korang nak gi try roti canai skeping dua.



perasan kotak hitam "press for service" ?
korang tekan je butang hitam tu dan 
waiter yang segak bergaya atau waitress yang manis bergaya 
akan datang sedia membantu.

tapi kitorang pakai bahasa isyarat je. 
cuit2 ngan tangan.

lagipun waiter dorang selalu ada berdekatan 
untuk sedia membantu.



kenapa garfu dan pisau makan steak mesti uzur macam ni ?
macam pisau potong sayur kat rumah je.



ini yang aku order. 
lamb chop.
dan suamiku sayang order sirloin steak.


licin tinggal tulang. 
tu pun mintak bantuan suamiku sayang habiskan.

dan aku bantu novya habiskan roti canainya.
kerjasama la kata kan...

review dari suamiku sayang :
"jika dibandingkan dengan steak di noodle station
yang kita makan hari tu,
sedap lagi steak di noodle station.
salad kat sini biasa je, tapi salad kat noodle station sedap,
rasa kelainannya.
so, compare antara noodle station dan haza bistro, 
untuk steak : noodle station.

minuman pulak, 
sah2 best kat noodle station.
sesuatu yang berbeza ada di sana.
ice age yang best!"

bagi aku pulak, 
walaupun dekorasi restoran ni agak mewah,
tapi harga hidangan boleh dikira 
sebagai berpatutan.

sekali sekala nak bawak family makan kat restoran cantik,
boleh...
berkali2 pon tape.

menu makanan dan minuman pulak bagi aku biasa2 je.
tiada hidangan istimewa sangat.

haza bistro dibukak dari pukul 10.00 pagi hingga 3.00 pagi.
hari jumaat sampai1 10. 00 mlm je kalau tak silap.
hehe... info tak berapa konfiden.

jemputlah datang ye. 
dekat jalan dusun muda je ni.
dekat sangat dengan wisma persekutuan.


dari luar dah terserlah kecantikannya.
tu yang rasa segan nak masuk tu.

tapi kalau korang nak makan sini,
pakai kain pelikat berselipar jepon boleh je.

takyah la pakai lawa2 sangat.

aku berani buat statement ni sebab ada pakcik tu slumber je 
kua dinner ngan family 
kat haza bistro pakai kain pelikat, selipar jepon, baju tshirt dan kopiah.

barangkali diheret oleh anak2 
masa baru balik dari surau.

dan aku serta suami dan anak hanya sauk selipar jepon jugak.
apa yang penting perut kenyang dan 
duit cukup nak bayar bil.
heeehee...





sumber : laman web haza bistro 


kesimpulannya ,
haza bistro boleh dikunjungi =)

patbelas bintang untuk dekorasi yang cantik.








No comments:

Post a Comment