Monday, December 3, 2012

istana untuk rakyat

(entry banyak gambar, maaf jika lambat loading)

assalamualaikum w.b.t.
jawablah kalau sayang...
ó‿ó

kali ni aku nak cite kesah kunjungan kami ke istana negeri.
dijemput oleh sultan muhammad ke v hokkkkeeyyyy...
aku pergi jumaat yang lalu, 30 nov 2012.


sultan dengan murah hati bagi peluang 
kat rakyat jelata masuk kawasan istana.

biasanya bila aku lalu depan istana, nampak pagar tinggi.  

teringin jugak nak tengok macamana keadaan kat dalam.



so, peluang yang ada ni mestinya aku tak sia2kan.  

bukan aku sahaja, malah seluruh rakyat jelata dijemput. 
tak kesah anda rakyat negeri atau negara mana pon. 
boleh je masuk.


tiada kod pakaian ditetapkan.
sarung selipar jepon, kain pelikat pon boleh masuk.

siap boleh masuk parking kat dalam lagi.


yang sebenarnya... 

dragon ball ada 7 bijik semuanya. 
haahaaa!!!
sape2 semuda aku je paham lawak ni.



sebenarnya, majlis agama islam kelantan adakan ekspo maik.

sempena ulang tahun ke 1oo maik.


mengikut kebiasaan, dorang selalu buat
 pameran kat balai islam lundang.

tengku mahkota, adinda sultan kelantan, 
sebagai yang dipertua maik telah 
mencadangkan agar pameran maik kali ni diadakan 
di dewan jubli perak istana negeri kubang kerian.
dan usulnya telah mendapat perkenan sultan muhammad v.


sebab tu la aku dapat masuk istana negeri.

bukan sebab dapat jemputan khas ke apa. 
heehee...


meh cekidaut 4 5 keping gambar yang ada.


ikan arapaima
ikan di raja nih.
sebab duk dalam kolam dalam istana kan...






aku suka tempayan naga.



"my fingers might be small, 
but i've got daddy wrapped around them".



baiklah,
tiada kerjasama daripada novya.
but its still a good shot.



emas kah ?
takkan kot. 
kalau tak dah lama tade kat situ.


seiring dan sejalan !


berpusu2 rakyat nak masuk. 
tapi sebab terlalu crowded kat dalam,
dorang bagi masuk sikit2.



sebelum masuk kena bukak selipar dulu.
plastik disediakan.





bayangkan lampu ni pasang kat rumah kita ?
kalau pasang kat rumah aku,
sampai ke lantai la gamaknya.



cantik sangat cermin kat belakang tu.
kalau boleh tempek kat rumah memang best lah.
dengan almari tu sekali ye. 



kalau boleh wat balik kusi ni pon dah kira ok dah.

kemudian kitorang menghentikan seketika aktiviti
mengambil gambar.
sebab bila nak masuk dalam dewan jubli perak tu,
dilarang sama sekali untuk tangkap gambar.

baiklah, sebaik saja aku masuk dalam dewan tu,
tiba2 rasa macam terharu pulak.

ececeehh...
emosi lebih sokmo mak ni.

tambah2 bila aku tengok 
makcik2 yang dah berumur agak lanjut usianya,
sebaya arwah nenek aku,
lepas tu ada anak cucu yang sorong
wheelchair bawak nenek dorang yang dah uzur
masuk dewan tu, 
aku rasa macam tersentuh.

mesti dalam ati nenek tu rasa macam bertuah.
sepanjang usia dia, 
dapat peluang untuk masuk ke dalam 
kawasan istana negeri,
dapat masuk pulak dalam dewan yang memang santek sangat.

oleh kerana kat dalam dewan tu dilarang amik gambar,
aku citer sikit apa yang ada kat dalam tu.

selain ada barang2 pameran yang sangat bersejarah,
seperti mimbar masjid pulai chondong, 
pintu gerbang dari ukiran kayu, tahun 1915, 
al quran dalam pelbagai bentuk dan versi,
perisai2 perang,
pinggan mangkuk lama, 
dan bla... bla... bla...
yang paling menarik bijik mata aku,
lampu yang lagi besar dari lampu yang di gambar kat atas.
sangat besar. 

ada satu macam lubang kubah besar kat dalam dewan tu, 
dan dalam lubang kubah tu di gantung lampu chandelier 
yang sangatlah besar.
memang2 sah2 tak mampu nak letak kat umah kita.

disekeliling lubang kubah tu,
ada lukisan2 yang sangatlah cantik.

lukisan buah2an tempatan.
bunyi macam "eleh, buah2an tempatan je pon".
tapi yang sepesel nya lukisan tu yang cantik,
sangat artistik.

lukisan kijang pon ada. 
dan cantek jugak.

nak cite pon susah lah. 
sumenya cantek2 la. 

penuh artistik dan nilai sejarah.

rugi la sapa yang tak masuk....

=p

dah abis menikmati keindahan di dalam,
(walaupun sebenarnya tak menikmati sangat, sebab novya meragam),
kami jalan2 pulak dalam kawasan istana.



 time ada acara perbarisan, 
sultan akan berdiri kat sini la.
kot.




macam sama je ngan gambar kat atas.



tiang lampu pon amik.
sebab tiang lampu macam ni tiada kat luar,
hanya dalam istana negeri je ada. 



tiang lampu narnia.
lepas ni novya akan jumpa dengan Mr. Thumpnuss.
(sekadar dongengan).



jarang sekali dapat snap gambar kat cermin besar ni.



nak wat balik tiang lampu ni satu.
kalau boleh la...



padang golf sultan.
novya test power untuk melompat lebih tinggi.



and she did it !!!


running girl.
bahagia la tu dapat berlari2 
tanpa perlu risau terluka bila jatuh.





untuk makluman, 
parking agak penuh ye.
sampaikan terpaksa parking tepi jalan.

dan tengoklah nenek tu, 
semangat nak datang istana.
bagus cucu dia kan ?
bawak jugak nenek dia walaupun dah uzur.




"i'm proud being daddy's little girl".



baiklah, ni gambar yang aku google, 
dan ada la 2 3 keping yang boleh menunjukkan keadaan dalam dewan tu.

gambar dalam istana tade la pulok.

ni masa majlis qiam with me.
ramadhan tahun ni. 


kat tengah tu lubang kubah.
tapi tak nampak la pulak lukisan2 cantek tu.





yang sebenarnya, 
sultan tak bersemayam di sini, 
sultan kita bersemayam kat istana mahkota. 


kat sini, 
dekat je pon ngan istana negeri.
jalan kaki tak sampai 10 minit.

untuk makluman,
ekspo ni sampai 6hb dis 2012 je.

sekian terima kasih.







No comments:

Post a Comment