Monday, February 6, 2017

resepi donat dijamin menjadi dan lime cream cheese frosting

Assalamualaikum wbt
si cantik si manis. 
yang kacak yang gagah.

selamat datang februari. 

nampak sendu kan ? 
biar sendu asal sedap. 
githcccuu...

bertompok2. 
sambil deko sambil dak iman memanggil2, 
mak... 
mak...
nak dukung. 
manjew semacam sekarang ni. 

ini kalilah pertama aku buat kek hari jadi. 
rasa macam ohsem sangat. 
hhaha !
kek butter je kot. 
dari resepi ini : 

disaluti lime cream cheese. 
dari resepi ini : 
halamak aku lupa amik mana resepi cream cheese. 
tapi ada ni tecatit di sekeping nota kecik. 
mujurlah aku simpan. 

150g cream cheese
30g butter 
- pukul hingga kembang
- masukkan
60g gula aising
1st esen vanilla
1st lime paste ( yang ni aku main agak2 je sebab takde lime paste.
jadi aku parutkan 2 bijik kulit limau nipis, 
dan jus perahan limau nipis. 
agak2 la rasa sedap di tekak kira done la tu.)
bila masak sila guna lidah. 
rasa.  

aku tak boleh nak terima, 
kenapa aku tompokkan bunga2 kat atas tu ?
tangan takde seni langsung. haih.
sila cuba lebih lagi di masa hadapan. 

kek hari jadi ini khas untuk umi tersayang. 
blessday beliau pada 3.2. 
sekali hadap tinggal 3/4 kira ok la kan. 
semua cakap sedap. 
berani dorang cakap tak sedap, 
memang 10 tahun aku merajuk tak buat kek. 
muhwahaha !


itu budak baju kuning manyak manjew. 
manyak suka dukung2. 
dan manyak akal kacau kaklong dia. 
bertabahlah kaklong. 

remaja baru tumbuh jerawat. 

hari yang indah. 
jumaat lepas. 

eh, tajuk resepi donat.
tapi muka donat tak nampak pun lagi. 

ni ha ada ni. 
gebus2 flawless lagi. 



Resepi Donut Lembut dan Gebu
http://resepibonda.com/resepi-donut-lembut-dan-gebu/
Bahan-Bahan:
2 sudu kecil yis mauripan
1/4 cawan air suam
1 sudu kecil gula
*satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.
3 cawan tepung gandum
4 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur
1/2 cawan air (ikut keperluan)
2 sudu besar butter/marjerin

Cara Membuat:

1. Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar.
2. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah-tengah tepung. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga licin atau tidak melekat ditangan.
3. Biar kan doh didalam bekas yang bertutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
4. Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
5. Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
6. Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.
- aku suka resepi ni sebab 1st time buat menjadi. 
- kedua sebab untuk menguli tak mengambil masa yang lama. 
- sebab suami kata sedap. donat paling sedap aku pernah buat, katanya. (hnfff... hnnfff)
- walau aku rasa, buat donat resepi yani lagi sedap.

itu budak hantu donat. 

pencahayaan dalam rumah fail. 
suram semacam je. 
tapi takpelah, 
filter kan hado. 


mudah, sedap dan tak manis(jika makan donat tanpa gula). 
korang mesti cuba. 


thanks for reading this entry bebeh !

No comments:

Post a Comment