mak,
nanti kaklong ajar mak solat dhuha.
macam mana solat dhuha tu kaklong ?
kena baca surah apa ?
mak baca je surah apa2.
untung la kecik2 dah pandai solat dhuha.
siap nak ajar mak lagi.
mak dulu kecik2 tau main lompat getah,
main kejar2, main kawen2 je.
hihu...
entry kali ni mak kopi pasta entry dari blog
dalam banyak2 entry yang mak jumpa rasanya ini paling informatif.
dan sila lah rajin2kan baca di ruangan komen.
dalam tu banyak soalan2 yang mungkin bermain dibenak kita
dan dijawab oleh penulis.
semoga menjadi ilmu yang dimanfaatkan.
Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih
seseorang hamba
kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah
SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran
dan umat Islam amat dituntut melakukannya.
Abu Hurairah pernah berkata:
“Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan
ditinggalkan
puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum
tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda:
“Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah
untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih
adalah sedekah,
setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan
setiap takbir
adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah
keburukan juga
adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah
mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.” (HR Ahmad,
Muslim dan Abu Daud)
.
Paling
banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat
dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat.
Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi
Muhammad SAW bersabda:
“Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan
empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu
sehingga waktu petang.” (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)
.
.
.
Waktu
Solat Dhuha
Solat sunat Dhuha
dilakukan pada waktu matahari sedang naik.
Sekira cuacanya
berhalangan adalah lebih mudah dengan
merujuk kepada takwim
waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk,
iaitu sekiranya waktu
Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit,
maka masuknya waktu
Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Walaupun begitu waktu
paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha
adalah anggaran
matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter),
lebih kurang dalam
pukul 9.30 pagi.
Zaid bin Arqam r.a.
berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba,
di
kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha.
Baginda
bersabda;
“Inilah solat orang-orang
yang kembali kepada Allah,
iaitu
di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.” (HR.
Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).
.
.
Cara
Mengerjakan Solat Dhuha
Solat ini boleh
dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat
sehinggalah 12
rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh
Rasulullah ialah
lapan rakaat.
.
1. Niatnya:
.
.
2. Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
.
a.
Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/
Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/
As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/
Al-lail dan Al-Insyirah.
.
b.
Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/
Solat Pertama : As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/
Solat Seterusnya : Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
.
.
3. Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:
.
.
4. Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:
.
.
5. Berdoa
Fadhilat Solat Dhuha
Sebaik-baiknya
solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana
ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya,
dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT,
murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah
nescaya akan diampuni dosanya oleh Allah sekalipun dosa itu
sebanyak buih di lautan.”
Rasulullah SAW bersabda:
“Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’.
Maka apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat)
penyeru:
“Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha;
Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat
Allah.” (HR At-Tabrani)
Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin
Sam’an,
“Allah berfirman:“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat
raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan
keperluanmu sampai ke petang harinya.” (HR. Haklim dan Tabrani).
.
وسلام
By; shafiqolbu
No comments:
Post a Comment