Tuesday, October 18, 2016

Misi Menjejak ICT

 Assalamualaikum wbt. 
Salam berkasih sayang.

ini kalilah.
nak throwback kejadian mencari perkara yang tak pasti. 

ini kejadian 2 3 minggu lepas kot. 
ke bulan lepas. 
haih, tak ingatlah mak.
baru bersalin 2 orang anak, 
dah banyak sangat urat2 memutus.
nak cukup 8 orang anak, 
boleh hilang ingatan kot.
hihi...
nauzubillah. 

selalunya hujung minggu kalau tak balik umah ummi, 
kami duk berselebet je kat rumah. 
jadi pada hari tersebut, 
suami tiba2 mengajak ke besut. 
mencari kedai ICT. 
kedai makan ikan celup tepung. 
katanya dia pernah ke sana masa on the way balik dari KL 
dengan officematenya.

dengan yakin dan penuh harapan di dada nak makan 
ikan celup tepung, 
maka bemulalah perjalanan kami, 
ke destinasi tersebut. 

=suami aku adalah seorang yang agak sukar mengingati jalan. 
terutamanya jika beliau bukan sebagai seorang pemandu pada
masa tersebut=

kami bertolak selepas asar.
lebih kurang nak masuk maghrib sampai di besut. 

bila hari makin gelap, 
makin susah nak cam jalan.
nak2 masa dia pergi dengan officemate tu, 
dia sebagai penumpang.
jadi masa tu tak berapa bagi tumpuan pada jalan. 

maka perjalanan kami pada hari tersebut adalah berdasarkan agak2 je.

ada la aku nampak signboard kedai makan warna merah putih 
tertulis ICT - besar bukan main tulisannya.
kedai makan 1 pintu.
tapi kedai tu tutup. 

tapi suami aku cakap bukan yang tu.
kedai yang dia pergi tu kedai besar. 
kedai 3 pintu.
dan ikan celup tepung itu memang sedap. 

kami meneruskan perjalanan sampai ke demong dan nak sampai ke jerteh kot. 
hari dah gelap. 

nampak kekecewaan di hati suami. 

last2 kami patah balik. 
sambil2 tu melilau mata masih mencari. 
tak jumpa jugak kedai yang dikata itu. 

sampaikan dak iman pun terlelap. 
kesian...
mak kesihan kat semua, 
kat iman, kat kaklong yang macam dah lapar, 
kat ayah yang lapar dan kecewa. 
dan kesihan juga pada mak yang mudah berasa lapar =p

akhirnya, 
demi sekadar mengenyangkan perut yang lapar, 
kami singgah makan di juara ikan bakar cawangan tok bali. 
itu pun order nasik goreng saje. 

dah rasa macam putus unser nak makan sedap2. 
nasib baik dak iman tido lena. 
sambil tunggu order siap, 
iman masih tido. 
jadi tenanglah sikit suasana waktu itu. 

order sampai, 
tau pulak dia nak bangun. 

itulah sekadar catatan kenangan mencari kedai makan ikan celup tepung
yang taktau wujud ke tak. 
ke suami aku makan kat kedai orang bunian ?
huuuuuu.....

itulah suami. 
bila nak berjalan, nak kemana2, 
main redah je. 

sebelum ni misi meminum air buah gelas besar di k.teganu. 
bertolak lepas magrib, sampai lepas isyak. 
pergi minum air, pastu balik. 
tengah malam sampai rumah, 
besoknya nak keje. 

haih, 
ini ala2 backpackers ke apa. 

tapi sebagai isteri yang cuba untuk menyokong suaminya,
maka aku layankan je. 
seronok jugak sebenarnya travel main redah ni.
rasa macam adventures sikit. 
nasiblah baik dak iman dan cik noya selalu behave. 
behave pada tahap masih boleh dikawal dengan senyuman. 

tepek la sikit gambar selfie sebelum hati kecewa tak jumpa kedai ICT.



hakak2 sangat tengok dak iman pakai baju gini.


ini biasa. memang dak iman tak berapa berdiam bila nak amik gambar sekarang. 

macam dah dewasa ciknoya mak. 







mak fefeeling wawa jennal.
hasilnya, muka mak makin bulat. 
huhu... 














pose tunggeng dari dak iman.

ayah tak join selfie. 
ayah sedang memandu dengan berhemah. 

dah lama mak tak duduk seat depan sama2 dengan ayah. 
rasanya sejak ada dak iman. 
atau sebelum itu lagi ?
sukar mengawal budak2 ini dari depan. 
jadi mak kena duk belakang sama2. 

akhir2 ni mak cuba duk depan sama2 dengan ayah. 
ada masa mak boleh kawal budak 2 orang ni dari depan. 
ada masa terpaksa menjengahkan badan ke belakang. 

takpelah, 
janji kita semua masih kekal bersama ye. 

it doesn't matter 
where you're going.
it's who you have
around you.

thanks love =)


No comments:

Post a Comment