ok,
ini entry sambungan dari entry tadi.
pasal escape.
nak tau pasal escape, godek kat bawah ni.
lepas frust tak dapat makan durian champion,
sesampai di escape, hujan masih lebat.
siap dengan petir.
frust berganda untuk tengoh dan bebudak ni.
kalau hujan cane naik main aktiviti outdoor.
cari penyakit, cari sakit nanti.
kusangkakan hujan sampai ke petang,
rupanya hujan seret di tengah hari.
alhamdulillah, dapat jugak dorang main.
aku jugak yang kuciwa.
oleh kerana aku tak boleh masuk escape,
maka rombongan dipecahkan kepada 2 kumpulan.
1 kumpulan masuk escape,
1 kumpulan misi cari jeruk madu pak ali
dan amik angin di bukit bendera.
disertakan di sini beberapa keping gambar
dorang yang bergumbira dalam escape.
huh.
aku nak cerita detail pasal review escape ni,
aku tak masuk.
so tak dapat nak cerita sangatlah perasaan bahagianya masuk escape.
tapi aku percaya, memang bahagia masuk sini.
serta merta korang dari mak2 yang lembut penyayang
akan jadi mak2 yang gagah perkasa dan berani.
gambar adalah tidak mengikut susun atur aktiviti :
orang pertama yang lepas masuk.
oh ye, kalau ikutkan peraturan dorang,
macam biasa la takleh bawak makanan, minuman dari luar.
tapi kenyataannya, masa kitorang ni,
takde pun pak guard tu check apa yang dibawak dalam beg.
tapi kitorang punyalah skema,
bawak masuk baju je.
air mineral pun tak bawak.
skema amat.
so, kalau korang berhajat nak bawak bekal,
aku rasa boleh jeww..
save budget.
makanan dalam tu macam biasa, agak mahal dari biasa.
dan kita tatau sedap ke tak. kan ?
tapi menurut kata adik2 aku, dorang kata so so je.
anje ummi yang ngengada.
memula beria nak masuk.
stand by ngan track suit.
last2 tak nak masuk pulak.
benda alah ni dipanggil tubby racer
tunggu turn.
sedia untuk pergi.
untuk naik gelongsor panjang ni,
korang kena mula dari bawah.
mengheret pelampung tu naik ke atas.
kakak cakap,
disepanjang perjalanan untuk ke atas,
ada macam kata2 semangat dipacak.
macam bagi motivasi la.
dan kenapa perlunya korang panjat dan bawak naik sendiri pelampung tu.
tapi dia tak pulak amik gambar benda alah tu.
sebab sangat berfokus untuk sampai ke atas kot.
gecko tower.
aktviti panjat memanjat.
yang ni tak tau nama apa.
selpotttt.
gayat jugak nak berjalan atas seutas tali je.
yang kat sini ni,
ada 3 stage kalau tak silap aku.
mula dari paling rendah, panjat2 sampai yang paling tinggi.
pastu korang nak turun bawah, flying fox je.
aku rasa dorang2 ni tak sampai pun stage 3 tu.
menuju puncak gemilang cahaya.
mengukir cita seindah rasa.
lalalala...
gagah sekali kakak merungkas.
tali di pinggang tu akan sentiasa dipasang pada korang
apabila korang memanjat.
untuk kesejahteraan dan keselamatan.
dan kalau tak pasang tali tu,
takdenya berani dorang2 ni nak naik tinggi.
yang ni stage rendah lagi.
indoor activities pun hado.
ni aktiviti bebudak.
yang tak budak pun boleh main.
selain yang ni,
ada banyak lagi aktiviti untuk budak2.
panjat, rungkas2.
cekidaut kat sini ye :
belah malam tengoh ngan kakak mengaduh.
sakit urat wooo main panjat2 ni.
itu la, tak warming up dulu.
patut buat tarian poco2 ke zumba ke dulu.
baru lah urat tak terkejut.
sesuai untuk digunakan waktu kecemasan
ketika hujan berintik2.
mekaseh mak uda kerana belikan
cenderamata cederahati sebagai tanda ingatan.
and watch out escape.
aku akan kembali menuntut hak aku !
bestnya ! 26/5 neyh tika dh jadi orang penang..masuk matriks dekat sana..nun jauh merantau dari melaka..hehehe..okey okey,nanti time2 cuti kena pergi escape neyh ! :DD
ReplyDeletewaahh... tahniah. selamat belajar baik2 ye. adik akak baru je abis study kat sana bulan lepas.
ReplyDeletejangan lupa ke escape ye.