Thursday, November 7, 2013

review : aura white

Assalamu'alaikum w.b.t
selamat tahun baru 1435H.
tahun silih berganti, dimanakah kita di setiap kali tahun silih berganti itu ?

have a good year ahead. 
in shaa allah.

haish,
ni saje je buat2 sibuk menaip hupdate blog.
bukan kes nak ampu bos ke apa ni.
ini bersebab kerana aku sekarang ada penyakit merbahaya.
kalau dibiarkan akan memudhoratkan.

mulut asik nak menguyah dan perut asik rasa kosong je.
lapar... lapar...



dalam entry sebelum ni pun pernah jugak aku merungut kelaparan.

entahlah, aku sendiri kelirruuwww.
kenapa harus terjadi begini pada diriku.

sebelum ni aku tade la selalu sangat atau mudah sangat rasa lapar.
sekarang ni, pantang bersahaja2,
mesti mulut terasa kosong, boring.
mulalah terasa nak kunyah2. 

aku tak pasti adakah ini berkait rapat dengan pengambilan 
aura white yang aku amik lebih kurang 5 bulan yang lalu.

begini kesahnya,
sambil2 tu aku wat review la ye.

ketika umur aku menginjak ke angka 26 pada mei yang lalu,
tentibe rasa gatai nak try amik aura white.
kebetulan pulak, setelah masuk umur ke angka 26,
jerawat halus dan tak berapa halus agak rajin menyinggah ke wajah kudusku.
salah sorang bos kat opis aku ada tegur,
"bakpo muko su banyok naik jerawat loni?"
aku menjawab, "mungkin sebab beralih umur kot".
jawapan sekodar untuk menyedapkan hati sendiri.

kebetulan pulak masa tu kan tengah howwt promo pasal aura white.
aku pun dengan teruja rasa nak try aura white ni.
niat bukanlah untuk jadi putih melepak macam hanez suraya tu,
cuma untuk dapatkan wajah berserri jew.
sebab aku agak tensi dengan muka kusam aku sejak masuk umur 26 tahun.
kebetulan jugak, 
aku dah stop guna organic aid moisturiser cream + collagen dust, sebab malas.
heee...
(mungkin ini sebab kenapa masalah2 kulit kusam dan jerawat tu timbul).

dengan teruja dan verangan wajah akan jadi berseri2,
aku pun consume aura white dengan penuh keterujaan.

seronok jugak consume aura white ni.
pertama sebab rasanya sedap. macam berry2. 
kadang2 terasa macam sabun pon hadow (?).
pastu cara nak sediakan pon senang jew.
bancuh 2 sudu aura white dengan  200ml air sejuk,
goncang2 dan minum.

dalam 2  minggu aku consume, 
terasa ok.
takde semelit ke hape. buang2 ni memang ok la.

aku teruskan consuming sampai lah pada satu ketika...
aku rasa sesuatu telah terjadi pada diriku.

mengapakah, 
berat badan aku naik, pertama kali aku perasan berat badan aku dari 
50kg menuju ke angka 53kg.
gumbira jugak rasa di hati sebab dah melepasi BMI kurang berat badan.

selang beberapa lama, 
setelah hampir separuh botol aura white aku consume, 
aku mula menyedari, 
berat badan aku bertambah lagi menuju ke angka 54kg.

dan, 
aku mula sedar, selera makan aku makin meningkat.
dan yang paling tak best, makan banyak, berat badan naik sekali.
kalau dulu aku makan banyak, berat badan tak naik2 pon.
duk statik situ je.

ngada2 la pulok kan.
time kurus nak gemuk, time gemuk bimbang, nak kurus pulok.
hehehe...
ni bukan kes aku tak bersyukur.
syukur alhamdulillah.

cuma aku bimbang kalau dibiarkan perkara ini terjadi,
tak mustahil berat badan aku akan naik lagi,
dan dengan selamba badak akan menuju ke angka 60kg.
oh tidak, tidak.

aku mengutarakan isu kenaikan berat badan kepada suamiku sayang.
"uci nok diet doh. gemuk doh loni. naik 5 kilo doh".
suamiku sayang berkata dengan tenang,
"gemuk gapo, napok biaso jah".

kalau mengikut kata suami aku tu,
makanya tak perlulah aku nak risau sangat.
tapi kalau dibiarkan, memang akan melarat.

dan yang amat tak best,
bila naik berat badan,
yang naik bukan setakat timbangan sahaja.
ada part2 di badan ni akan naik sekali.
terutama sekali di bahagian perut, yang akan membunchit,
dan tiub basikal akan muncul di tempat2 yang tak sepatutnya.

Makanya, 
apa yang aku lakukan sekarang adalah berhenti consume aura white 
yang ada separuh lagi.
dan cuba mengawal pemakanan aku.
sukar jugak sebab asik rasa nak makan je.

kesimpulan review aku,
setelah aku amalkan consume aura white lebih kurang 4 bulan :

1. kulit wajah masih macam biasa. tak berseri2,
jerawat masih rajin menyinggah.

2. selera makan meningkat.  dan menyebabkan berat badan meningkat.

ini adalah review hasil dari ujikaji ke atas diri aku sendiri.
hasil consuming mungkin akan berbeza dengan setiap individu.
- orang lain consume jadi cantik jewww...
mencik !

sehingga entry ni di hupdate, berat aku adalah 55.4kg. 
gambate untuk aku maintain berat 52kg/51kg.
go suchi go !


2 comments:

  1. ci tahniah.sy berat 51, awak berat dr sy loni..hehe
    brehi teh nera..sy takut nk make pelik2 brg kecantikan ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah !! tengkiu uteq. tahniah sangat.
      tahu la. takpo teq. saya try, pah saya bagi review. kalu x jadi awak xyah make, kalu jadi awak make.

      Delete