Monday, August 19, 2013

Novya, Stesen Minyak, dan Lampu Jalan

Assalamu'alaikum w.b.t
salam hari raya lagi untuk korang. 
semoga korang sihat2 aje.
walaupun untuk musim raya ni makan memang tak hingat.
semua benda nampak sedap dan nak telan.

hujung bulan puasa, berat badan turun 2 kilo, 
masuk minggu pertama raya, berat badan naik 5 kilo.
memang superb !

terima kasih kepada insan baik hati yang sudi mengklik iklan2 nuffnang.
musim raya ni tiba2 pulak graf kemasyukan meningkat dengan mendadak.
walaupun hakikatnya had untuk menebus bayaran tu masih jauh lagi.

aktiviti hari raya novya bersama sepupu sepapat -
cabaran cipta rasa : kek pasir

anak dara mak dengan gigih menyediakan hidangan cabaran cipta rasa 
untuk kali ni. 
berbekalkan bahan dan alatan yang ada, 
semua peserta bertungkus lumus untuk menyediakan hidangan terbaik.

macam tak jadi je kek novya.
oh ye, masa ni novya berlakon konon2 tengah potong kek hari jadi.
siap nyanyi lagi.
ranting halus kat tangan tu adalah pisau.
tiba2 terkeluar dari fokus.

peserta yang berjaya menyiapkan cabaran cipta rasa.
dengan tema lautan mendalam.
nadhirah, sepupu sebaya novya.
cuma beza bulan je. 

juga salah seorang peserta yang berjaya menyahut cabaran cipta rasa.
dengan tema kek adalah pulau lautan.
asyraf, sepupu tidak sebaya novya.
kami menggelarkan beliau lee chong wei.
kerana keirasan wajahnya dengan 
jaguh badminton negara, Datuk LCW.


taddaaa !!! (tangan depa kedepan dengan muka teruja)
novya berjaya juga menyahut cabaran cipta rasa.
dengan tema kek - merah jambu baju dan kek ku.
cantik tak ?
tapi bukan novya yang buat pon.
mak teh yang tolong buatkan - sebab mak teh pon terliur nak 
main masak2. 
siap ada hiasan buah lagi.
buah merah ni kalau orang kelantan sebut buah matto yyeay.
kalau sebutan yang jelas adalah buah mata ayam.
boleh dimakan. tapi tak sedap mana pon.
dulu masa kecik2 kalau tengah main dalam semak - konon2 adventure.
pastu nampak buah ni, pakat kutip makan.

dah berkali2 hupdate pasal novya, 
tapi mak selalu lupa nak bagitau pasal minat awak pada stesen minyak.
sebenarnya dah lama, masa umur setahun lagi.
bila nampak stesen minyak mesti tanya,
"mak, appe ? "
sambil tunjuk stesen minyak.
pastu mak jawab la "stesen minyak."
bila dah besar sikit, akal dah panjang, 
tambah pulak dengan soalan , "stesen minyak appe ?
tiap kali lalu stesen minyak, tiap kali tu la novya akan tanya.

sehinggalah sekarang, 
novya boleh ingat kebanyakan stesen2 minyak yang ada di kelantan
dengan melihat logo stesen minyak tu.

contoh, 
kalau lalu depan stesen minyak esso, 
dengan semangat wajanya berkata,
"mak, tu teten(stesen) minyak etto".
macam tu jugak dengan stesen minyak lain.

petronas, shell, caltex, esso, mobil.
stesen minyak BHP tak berapa ingat sebab 
kat melor tade. dan jarang2 ada di sepanjang laluan novya.

sekarang ada soalan tambah pulok...
kalau lalu depan stesen minyak ,
pastu lampu stesen minyak tak bukak (sebab masih siang),
awak akan tanya,
"mak, appe dio tok pasey yappu ?".
mak jawab "sebab siang lagi."
kalau tanya waktu malam,
"mak, appe dio pasey yappu ?".
mak akan jawab, "sebab malam. baru la napok".

untuk lampu jalan pon,
soalan sama akan diajukan oleh awak.
- soalan sama seperti di atas.
jawapan mak pon lebih kurang - sama seperti di atas.

kadang2 bila dah bosan bertanya,
awak belakon konon2 amik lampu tu, 
pastu suap masuk dalam mulut.
siap berbunyi - auumm !!!
siap offer kat mak ayah lagi.
"mak nok yappu ?"
mak pun main angin la... "nak ! nak !
aumm... sedapnya".

layankan aje.

ailebiubebi =]










Sunday, August 18, 2013

the merrier of may - birthday celebration

Assalamu'alaikum w.b.t
selamat hari raya =)
biskut raya ada lagi ke kat rumah korang ?
ke dah tinggal serdak je ?
biasanya serdak pon sedap jugak, bila dah tade apa nak dimakan.

hari ni nak citer pasal sambutan hari raya kami.
untuk ahli keluarga yang celebrate bulan mei.
bulan mei memang meriah dengan hari jadi. 
seperti di citerkan dalam entry 


aku tempah kek dari Eka Delight Kitchen.
boleh tengok link FB dorang di link kat atas.
dorang sedia menerima tempahan kek, biskut, pavlova, doorgift,
 dan macam2 manisan lainnya.
boleh jugak nak mintak deco kek ikut suka korang.
jika berminat sila2lah PM tuan empunyanya yang cantik manis =)
tempahan untuk sekitar Kota Bharu Kelantan.
untuk daerah dan negeri lain,
ce confirm balik dengan cik eka ye =]

kek ni aku request nombor lima, sempena sambutan birthday bulan mei.
dan terima kasih untuk cik eka yang bertungkus lumus menyiapkan kek yang
amat cantik manis dan besar ni.
cuma ada tertinggal satu nama ahli hari jadi.

jadi dengan menggunakan tangan yang penuh dengan darah kesenian,
aku adjust nama ahli hari jadi.
supaya semua nama yang sepatutnya ada, diadakan.
agar tiada siapa yang berkecil hati =)

detik pembelahan kek.
bagi kat budak2 je la.
yang tua2 tengok sajo.

rainbow cake inside.

tebal, tinggi, gebus, manis.

mee goreng sedap air tangan ummi.

kek batik air tangan mak ude.
hitam si tampuk manggis, sungguh pun hitam dirasa manis.

colek buah air tangan tengoh.
juga add on sambal kicap untuk mee goreng yang sedap.

cik eka terpaksa renovate(?)  kotak kek supaya muat dengan ketinggian
 dan kelebaran kek. 

sekali lagi, 
sape berminat nak tempah kek atau biskut atau pavlova atau sesuatu yang manis,
jemput tempah dengan cik eka - Eka Delight Kitchen.


itu saja kali,
selamat hari raya =)

Sunday, August 11, 2013

tangisan di pagi raya, sekali lagi

assalamu'alaikum w.b.t
selamat hari raya untuk korang !
macamana raya korang ? meriah tak ?

mesti seronak kan dapat kumpul ramai2 di hari raya. makan masakan ibunda, gelak tawa bersama adik beradik sedara mara.

dapat duit raya $)
tahun ni aku masih dapat duit raya.
setiap tahun, dari tengoh-my great sister.
walaupun tak banyak pon... tapi syukur.
sebagai tanda ingatan beliau pada adik beradik.
semoga allah mengizinkan lagi untuk kita meluangkan masa bersama insan2 yang kita sayang.

raya aku tahun ni... alhamdulillah. masih diberi kesempatan beraya dan bermaafan dengan insan2 yang aku sayang amat2.
tapi jika dilihat pada tajuk entry, macam sedih je kan ?
yup ! sangat sedih.
tomok pernah berkata "sejarah mungkin berulang...".
dan benarlah seperti yang dikatakab dikatakan tomok.

novya mengulangi kesayuan dan kesyahduan di pagi raya seperti tahun2 sebelumnya.
seperti diceritakan dalam entry hari raya novya delisha munawwarah
dan juga di entry tangisan di pagi raya 2012.
jika tahun sebelum ni novya meragam sebab berjaga malam, raya sebelumnya itu sebab demam, raya tahun ni pulak kerana... bak kata novya "adik takut oye (orang)".
please novya. alasan awak terlalu rapuh. tapi mak terpaksa terima dengan kelat alasan itu. kerana novya langsung tiada tanda untuk beralah.

pagi raya pertama untuk tahun ni kita beraya ke rumah nekma. tahukah novya, belum pun lagi mak mencecahkan kaki mak yang bersaiz 6 ke tanah di laman rumah nekma, awak dah menjerit2 "occei tuyun (turun). nok bayek (balik/pulang)".
malas melayan karenah awak, mak dukung awak yang menjerit2 bawak naik ke rumah nekma.
awak masih menjerit2, nak bayek, nak turun.
akhirnya selepas turit telinga mak menadah jeritan awak, mak bawak awak turun.
pagi raya pertama awak beraya di laman.



sepupu sepapat novya beriya2 naik main sama2 ngan novya.
tapi novya macam tu la, buat kerek.
malu2 kucing konon.




novya yang cuba melarikan diri dari mengambil gambar beramai2.

petang raya pertama mak bawak novya gi beraya ke rumah kawan atok.
sadis betul rasa bila novya langsung tanak masuk rumah kawan atok.
sudahnya mak terpaksa bergilir2 dengan mama untuk menjaga novya.
sementara tu mak masuk minum air dan jamah kuih raya.
mujurlah juga berdekatan rumah tu ada surau. novya leka bermain disitu bersama sepupu sepapat sementara mak dapat jamah nasik 2 pinggan.
rugi pulak tak tambah 1 pinggan lagi.
lauk memang terangkat - dendeng minang air tangan orang minang. terangkat sangat.




puteri yang sangat teringin nak main dengan novya. dan novya macam biasa jual mahal.
kesian puyi...



hari raya ke 2.
sekarang kalau nak amik gambar bukan reti nak duduk diam.




novya budak baik, cuma kurang keyakinan diri untuk berkawan.
tahun depan nak kena pergi sekolah.
novya pon memang semangat nak ke sekolah.
tiap kali lalu depan sekolah mesti "mak, adik dah betar nok gi cekoyah".
tapi yang pasti hari pertama dan kedua dan mungkin ketiga dan keempat,
mak terpaksa ambil cuti rehat, memantau keadaan awak di sekolah.
sah2 menangis punya. percayalah !




novya sokmo gitu. merosakkan gambar rata raya dengan muka masam mencuka.




mak bersama maklong.
yang nampaknya berdagu dua.




1/4 dari ahli keluarga.




scary mary je tengok novya dalan gambar ni.

malam raya ke2 novya main bunga api.
sorang2.
amik kaw.
tanak kawan sangat kan ?
main lah bunga api sorang2.

sebelum raya novya dah request kat tok abah. raya ni adik nak main bunga api.
tok abah pulak lupa nak beli...
satu hal pulak tok abah mencari bunga api untuk cucunda di hari raya.
sampai tak lena tido kata tok abah.
nasib baik ada lagi orang jual bunga api.



teruja sangat kan ?







*hupdate tak berapa feel sebab hupdate via phone. aku lebih suka via komputer. komputer meja. bukan komputer riba.
posted from Bloggeroid

Tuesday, August 6, 2013

dimana saja asalkan boleh....

assalamu'alaikum w.b.t
novya semasa membeli belah minggu lepas.
beli baju beraya.
ngantuk sangat.
kesian...




posted from Bloggeroid