Monday, July 22, 2013

tips bergaya di hari raya dan hari tak raya

Assalamu'alaikum w.b.t
herm... selamat pose sume. 
ada yang dah tinggal pose ke ?
selamat berganti la pasni ye.

haishh... lama jugak tak hupdate ye.
pose2 ni rasa macam malas nak cakap banyak.
kat ofis pon aku suka duk diam2 je, ngantuk gi tido =p

awal2 pose ari tu dah berazam nak kurangkan bercakap di bulan pose.
terutama kat opis. 
sebab opis adalah pusat perbualan dan pergosipan.

facebook dan instagram pon dah lama tak berhupdate. 
mood sama macam blogging - malas cakap banyak.
bak kata r. kelly, sometimes silence can seem so loud.
(berkaitan ke ?)

macam mana persiapan raya korang ?
aku yakin 98% dari korang dah hantar kain kat tailor 2 3 bulan sebelum pose lagi.
kan ? kan ?
biskut raya dah booking sebulan sebelum raya. 
kan ? kan ?
langsir baru, karpet baru, lampu dinding baru,
sofa baru, meja makan baru dah order belum ?
hahaahaa !!!

sakan nampaknya raya korang.

aku belum buat apa2 persiapan lagi untuk raya.
baju raya kami 3 beranak entah dimana2 lagi.
belum decide pon lagi tema baju raya kami tahun ni.

biskut raya ada la 2 3 jenis aku dah order.
tu pun sebab aku dah biasa order ngan dorang.
lebih kurang macam regular customer la.
tak order rasa tak tergamak, sebab tiap2 tahun dah biasa order.

last week suamiku sayang ada bertanya, 
" tak buat biskut raya ke tahun ni ?"
nampaknya ada jugak orang perasan aku rajin buat biskut raya.
hihi...

shopping kat tesco sebelum pose ari tu sempat la aku sambar
cornflakes sekotak.
konon untuk buat biskut wajibun - cornflakes madu.

tambah satu lagi yang wajibun - popia simpul kasih sayang.
dah kirim sambal ikan kat ummi.
biasanya aku beli sambal ikan kat pasar senin.
setakat ni sambal ikan tu sedap dan secukup rasa.
katanya sambal ikan dari kampung laut.
fyi, sambal ikan/daging dari kampung laut adalah yang terfemes 
di negeri kelantan.

tahun lepas tahap membuat biskut raya membuak2 ke tahap yang agak tinggi.
berbanding dengan tahun ni.
langsung tak membuak2. 
mungkin sebab tahun lepas ada assistant tolong gentel2 biskut.
tahun ni sepertinya gentel sorang2 je la.
assistant dah berhijrah ke penang.
huhu...
atau mungkin cik noya akan membantu mak pada tahun ni ???

oh ye, 
tadi mencuci2 mata di sopping complex online.
terbukak zalora,
terbekenan kat beg yang comel,
terpiki2 nak order ke tak.
kalau boleh buat raya cun jugak.
tapi dibuatnya sampai lepas raya,
bukankah sayu ?
makanya tengok sajo lah.

masa mencuci2 mata, 
terjumpa tips baik dari zalora.
seperti gambar di bawah :


tips untuk ladies yang last tu bagus.
ramai yang tak terperasan.
so beringat2lah ye sesama kita.
bak kata pajura yang gojes :
always be classy not trashy

xo
(taleh XOXO banyak2 pose2 ni, nanti batal pose)



No comments:

Post a Comment