Monday, June 24, 2013

pergi klinik sebab ada apa ? apa ??

assalamu'alaikum w.b.t
salam nisfu sya'aban sahabat pembaca sekalian.
selamat berpuasa kepada yang sedang berpuasa.
kepada yang tak puasa, selamat jugak =D

mengimbau kesah 1 minggu lalu...
(keluar kepulan2 awan putih)

baik, 
1 minggu lalu aku selalu alami 
pening kepala. 
pening tiba2. terutama bila baring.
tiba2 kepala rasa macam berpusing2.
 bukan setakat kepala, dengan aku sekali rasa berpusing2.

bila lama baring, time nak bangun tu,
sekali lagi,
berpusing2 jugak.
dengan aku2 pun rasa macam terpusing.





lebih kurang macam ni la gambaran kepala aku  berpusing2.
tidur lah... tidurlah...

aku agak mungkin sebab tekanan darah rendah kot.
dah lama aku tak alami.
last yang paling teruk masa form 3.
dapat MC 2 minggu.
yeh, 2 minggu berjimba2 di rumah, tak payah duk hostel.
tapi rugi, sebab aku tak berjaya siapkan kerja khusus kemahiran hidup 
tepat pada masanya.
dan akhirnya aku dibebeli oleh mama sham.


kembali kepada kesah 1 minggu yang lalu, 
selepas kepala berpusing2 selama seminggu,
jumaat baru2 ni, 
aku mula rasa kepala belah kiri aku berdenyut2.
berdenyut sekejap je, tapi power.
rasa macam kepala belah dalam digigit.

mula2 aku agak mungkin sebab aku ikat rambut ketat sangat.
sampai jadi terik kulit kepala.
konon untuk awet muda, nak muka terik sentiasa.
hehee...

tapi, masuk ari sabtu,
makin menjadi2 denyutan tu.
mula2 selang 30 minit, sampai la selang 5 minit sekali.
sakit denyutan tu macam dalam kepala digigit sesuatu.

kemuncak sakit bilamana
kepala berdenyut, novya pulak menangis.
sabor je la...

nasib baik ayah novya ada meredakan keadaan.

novya memang anak yang baik.
aku mengadu sakit kepala, 
dia pulak offer nak urut kepala mak.
"adik nok uyut palo mak".
bahagia hati mak...

aku saja nak test novya,
mintak tolong dia amikkan ubat.

dengan rajin novya turun bawah,
 gitau ayah.
novya : ayah, mak nok ubat.
ayah : ubat gapo? 
novya : ubat takit payo.

aku dengar sayup2 dari tingkat atas, tersenyum =)

dengan gigih bawak naik ubat untuk mak.
mekaseh novya.

tapi denyut kepala masih tak henti2.
makan panadol tahan la sikit.
tapi tetap mendatang denyutan tu.

selepas tak tahan dengan denyutan yang tak henti2 menyinggah,
aku singgah klinik sebelum masuk ofis ari ahad, semalam.

doktor cek, katanya tade pape.
siap amik gambar biji mata aku ngan fundus camera lagi.
silau woo...
mata ok, tekanan darah ok.
katanya mungkin aku stress.

tapi aku rasa aku tade stress langsung pun.
alhamdulillah hidup aku baik2 je setakat ni.

tu yang aku sedikit hairan bila tiba2 dapat sakit kepala macam ni.
tak pernah2 rasa berdenyut2 kepala.

doktor cakap mungkin tanda awal migrain.
tapi aku masih heran.
tak de tekanan, takde stres, tiba2 migrain.
ujian Allah la kot.

semalam dapat MC pertama, sejak 5/1/2010 kali terakhir dapat MC.
alhamdulillah diberi kesihatan yang baik2 sokmo.

lepas makan ubat tahan sakit yang diberi oleh klinik kerajaan semalam,
alhamdulillah denyutan kat kepala aku dah kurang menjelma.

tapi petang ni ada datang sekejap2.
kalau bertambah2 lagi kadar denyutan,
nampak gaya kena telan ubat lagi la.
sampai bila aku tatau.
harap2 cukup la sehari dua je bertahan dengan ubat.
kalau tak tahan jugak, jumpa doktor lagi la kot.

ofismate mula bertanya2 bilamana dorang dapat tahu aku ke klinik.
macam biasa, mengharapkan berita gumbira la.

setakat ni, masih tade apa2.
sakit kepala ini tiada kaitan dengan kandungan atau mengandung.

terima kasih atas pengambilan berat anda terhadap saya.

dan sakit denyutan kepala aku ni masih jadi tanda tanya ...













4 comments:

  1. wisma tinggi dooh kot.kna tukar opeh tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bekali. pening naik lif hari2. jom kita tukar suka sama suka nok ? hahaa !

      Delete
  2. xpyhla ci.nt awk lagi jadi pening kijo nge mahkamah

    ReplyDelete
    Replies
    1. pulok. bersyukur la ye dengan apa yang ada. ramai lagi ore jadi penganggur takdok kijo, kito ni mace2 pulok =p

      Delete