Sunday, October 7, 2012

jom gi playground !

sangat seronak bila bawah novya berjalan2 ke taman permainan. 
mak cakap "adik nok g playgorund ?"
novya dengan gembira berkata, "nok yea ound".

melompat2 bertempik2 kegembiraan bila sampai kat playgorund. 
tempat pertama yang di tuju adalah buaian. 

kemudian gelongsor. 








mak pon sebok pulak ngan purse di bawah ketiak. 
kalau terjatuh, free2 je sedekah kat orang kan...



scarf paw markude punya.
sebab tu nampak elegan semacam.



ayoh su & pok su noya


jumaat lepas mak bawak novya gi playground dekat padang bola sepak
majlis daerah machang.
sampai pon dah lewat, dalam pukul 6. 
pukul 6.30 mak dah ajak balik. 
ye la, kang lewat2 tak elok pulak duk atas jalan time maghrib.

mak dengan berhemah mengajak novya balik.
"ok dik, last deh. pahtu kito balik deh," kata mak.
novya membantah, " occceii !!! (toksei)".

dengan berhemah lagi mak mengajak, namun jawapannya tetap sama.
last2 mak terpaksa angkut novya, sambil novya meraung dan menggelupur. 
(aksi biasa yang dilakukan oleh kanak2 bagi menunjukkan tanda protes).

dengan berhemah lagi...
mak gitau "kito maghi lain kali pulok.
 gelap doh ni, tok baik duk luar. lain kali kito mari pulok deh."

novya menjawab dengan akur "urrmmm".
"ok, babai buai", pujuk mak.

"babai uwaii.. babai occoo (gelongsor). 
ati ai' ulok. (nanti maghi pulok). yakk..(gelap)." ujar novya.
mak rasa novya cuba memujuk hati sendiri.

nasib baik novya mudah dipujuk dan faham bila mak cakap.
harap2 lagu tu sokmo ye. 
(semalam novya tengok sorang budak  mengamuk di tesco, berguling2 atas lantai.  
novya tengok je kat budak tu. tak lama lepas tu, tiba2 novya cuba melakukan aksi yang sama dilakukan oleh budak tadi. 
hadeehh... copycat).

ayah janji nak belikan buai untuk novya.
so, mak survey buai untuk novya. 
tapi, kalau buai bersama ngan gelongsor kan best.
boleh buat playground in the house !



kalau dapat yang cani, mak pon nak naik sekali. 
tapi rumah kita tiada halaman indah yang luas mata memandang 
untuk meletakkan playground set ni.




ni memang best. boleh main sorok2 kat bawah tu.




yang ni comel...







yang ni cam ok je.
sesuai sampai umor 8 tahun. katanya...


harga yang mak jumpa 
1. RM 450 incuding postage.
2. RM 400 excluding postage.
3. RM 380 excluding postage (+postage RM 50), so total RM 430.

so rasanya yang pilihan ke 3 paling berpatutan.

agak2 muat tak rumah kita ni sayang ?
jangan satu rumah jadi semak gara2 benda ni, 
terpaksa la letak kat garaj.
tapi tak best pulak.
anak2 jiran tengok nanti, kesian pulak dorang.
huuuhuu...

dengan adanya playground set, 
mak berharap novya tidak lagi mengajak mak berehat2 di tingkat atas.
sebab mak banyak kerja rumah yang perlu diselesaikan di tingkat bawah.











2 comments:

  1. belila bim.nati bulih saya g sokmo umah awk..ahahhaa

    ReplyDelete
  2. boleh2. saya caj sejam 2 ya. sekali nga air minuman, sekuk snake serta basuh berak anak (jika berak).
    muwaahaaahaa!!

    ReplyDelete