rindu pada insan2 yang pernah hadir dalam hidup aku.
dan mereka sebenarnya dah pergi untuk selama2nya.
sejak akhir2 ni aku selalu mimpi arwah nenek belah mak aku.
latest, 2 malam lepas aku mimpikan dia.
aku sambut raya ngan dia.
teringat kenangan hari raya ngan arwah.
banyak yang indah untuk dikenang...
semasa arwah masih gagah, arwah akan buat ketupat untuk hari raya.
ada satu bekas tanah liat yang memang arwah akan guna, hanya untuk buat ketupat.
aku tanya kenapa guna bekas tu, pakai je la besen.
kan lebih ringan.
katanya bila ara pulut dalam bekas ni, rasa lebih asli dan bau sedap.
dan ketupat arwah memang sedap.
pernah masa aku darjah 4, arwah bawak aku pergi shopping.
dia hanya bawak aku dan sepupu aku je.
mungkinkah aku ni cucu kesayangan dia? heehee...
dulu susah nak berjalan2 tau.
terpaksa naik bus, bersesak2 dengan orang, bulan puasa pulak tu.
dulu bagi aku machang ke kota bharu tu memang jauh gile r.
kesian pulak kat nenek aku, berpenat semata2 nak bawak cucu shopping raya.
arwah bukanlah orang yang berada.
hanya orang kampung yang pada zaman muda2 dulu kerja sebagai penoreh, petani.
bukanlah memiliki duit berkepuk kat dalam bank atau dalam sarung bantal.
tapi arwah suka belikan sesuatu untuk cucu.
walaupun hanya sebungkus kueh gomak. (arwah tau kueh ni pebret aku).
tiap kali ke pasar minggu, pasti akan ada sesuatu untuk cucunya.
masa aku sekolah rendah,
aku selalu tolong arwah masak minyak kelapa.
seronok tau.
pastu boleh makan tahi minyak ngan nasik panas.
sedap....
arwah selalu amalkan sapu minyak kelapa kat rambut.
sebab tu rambut arwah tak beruban walaupun umur dah 90.
cuma masa arwah mula sakit 2 tahun lepas, ada 3 4 helai rambut arwah jadi puteh.
masa aku tingkatan 5, muka aku agak berjerawat, jerawat halus.
arwah buat ubat untuk aku.
guna sejenis daun apa entah, beras dan kunyit dan digiling.
sapu kat muka sebelum tido malam.
dan ubat tu mujarab.
mujurlah tak sempat jerawat tu bermaharajalela kat muka aku.
akak2 aku bertuah sebab masa dorang berpantang, masa arwah sihat selalu arwah la orang yang paling sibuk
mencari daun2 kayu untuk buat mandi, buat air ubat dari daun2 kayu(akak aku cakap pahit giler)
, mengurut, bertungku.
arwah pernah cerita kat aku, arwah moyang aku mak bidan, yang agak terkenal di area peringat, melor.
katanya malam2 pon terpaksa tinggal arwah kat rumah sebab nak sambut kelahiran bayi.
mungkin sebab tu arwah ada jugak sikit sebanyak kepakaran kebidanan kampung ni.
aku sayu bila teringat masa aku berpantang, arwah dah mula sakit, nyanyuk.
arwah cakap nak buatkan air mandi untuk aku.
bubuh daun2 ubat.
aku cakap tak payah la. ummi dah buatkan.
arwah tetap nak buat.
arwah kutip entah daun apa2, yang pasti spesis rumput dan lalang,
arwah rebuskan dalam periuk.
bila aku tengok, hati aku rasa sayu sangat.
hati aku tersentuh dengan apa yang dilakukan.
dalam keadaan arwah yang tak sihat, buat sesuatu untuk aku.
banyak sangat ingatan aku terhadap arwah yang memang aku rindu nak
merasa semula perasaan bersama arwah.
banyak lagi benda yang aku nak tahu dari arwah.
pengalaman, cerita, petua2, bebelan arwah.
setiap kali aku lalu kat jalan kubur, atau bila aku teringatkan arwah,
aku sedekahkan al-fatihah untuk arwah.
insyaallah aku akan lakukan ini setiap kali.
rindu mok...
----------------------------------------------------------------------------------------------------
semalam aku mimpi arwah makcik aku.
dalam keadaan macam dia sakit dulu.
arwah makcik aku ni orangnya sangat lemah lembut.
isteri yang sangatlah taat pada suami.
arwah tidak ada zuriat, tinggal hanya ber2 dengan suaminya.
masa aku kecik2, time cuti sekolah adik beradik aku pergi bermalam kat rumah arwah.
saja temankan arwah, memeriahkan rumah arwah.
bila tinggal kat rumah arwah, aku dapat rasa betapa sunyinya hidup arwah.
rindu ma....
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
aku rindu arwah nenek belah ayah aku.
aku hanya berkesempatan beraya dengan arwah hanya sekali.
masa tu aku sekolah rendah.
arwah masak lontong ngan nasik impit.
sedappp...
rendang arwah pon sedap.
rendang minang yang sagatlah pure.
aku tak berpeluang mengenali arwah dengan lebih dekat,
sebab kami jumpa jarang sekali.
alhamdulillah aku sempat jaga arwah masa arwah sakit.
aku rindu nak dengar arwah panggil aku.
ucii... dengan suara halus mulusnya.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
aku rindu kat makcik2 kat kampung aku, yang dah lama pergi.
macam mok doh - aku suka ketupat arwah.
ummi selalunya tempah ketupat dengan arwah.
dan ummi aku sempat menuntut ilmu buat ketupat ngan arwah.
kenapa ummi tak menuntut denganmok?
ummi cakap mok bekeng. heheee...
dan biasanya bila ada moreh kat surau,
arwah la yang sibuk2 masak air, buat air, hidang makan.
arwah seorang pengunjung surau yang setia.
sorang lagi yang aku rindu
mak su kiah.
apa yang buat aku teringatkan arwah adalah ketawa dia.
ayah aku suka ngusik arwah.
dan arwah akan sengih menunjukkan giginya yang dah rompong di depan.
arwah selalu cakap aku ni anak kesayangan ayah aku,
kesayang la sangat kan...
tapi memang ayah aku sayang aku =)
ramai lagi insan2 yang aku rindu.
warga2 emas yang dah tade.
atok aku (tak sempat kenal), mok teh semoh, mok cik bidoh, pok mudo, pak ngoh jali,
pok teh majid, abe jen, nenek cheras,
mok aji (arwah pasti akan hidang teh o ngan biskut tawar kecik bila aku gi melawat dia),
Ya Allah
ampunilah dosanya, kasihanilah dan sejahterakan mereka,
maafkanlah kesalahan mereka, muliakanlah kedatangan mereka,
lapangkanlah kubur mereka dengan rahmat Mu,
wahai tuhan yang maha pengasih.
* banyak lagi aku nak type....
No comments:
Post a Comment