Thursday, July 26, 2012

khasiat sayuran jenis buah

kenapa korang tak suka makan sayur ?
makanlah sayur.
sayur tu bagus tau...
lagi pahit lagi bagus.
yang pahit itu penawar, yang manis itu racun.

aku sendiri pon... tak suka makan sayur.
heeehee...
tambah2 kalau sayur yang pahit.
tapi ulam pegaga aku makan tau.
cicoh nga budu.
perghh... nyakuk molek.
nasik tamboh 3 pingge tok sero. 

idop pade make hok ni jah. nikmat tak terkata. alhamdulillah...
sabarlah hati, ambo poso ni. 

meh kita amik tau sikit sebanyak khasiat sayur.
kali ni kita amik tau khasiat sayuran jenis buah.
kebanyakan dari sayuran dari jenis ni aku boleh telan.
sebab tak berapa pahit.
malah boleh dimakan mentah2.

cekidaut...


TOMATO


warna merah pada tomato disebabkan oelh likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semulajadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semulajadi yang baik untuk kesihatan badan.
- boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung. 
- kandungan airnya yang tinggi lebih dari 90% menjadikannya sebagai diuretic yang baik untuk mengalirkan toksin keluar dari badan ketika berdiet.

TIMUN


- mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dan 2.2% karbohidrat.
- juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C.
- biji timun mengandungi racun alkoloid jenis hipoxanti yang berkesan untuk merawat kanak2 kecacingan.
- biji timun juga dapat merawat sakit tekak akibat batuk (campurkan sedikit biji tumun dengan sedikit garam dan berkumurlah beberapa kali sehari).

PERIA

yang ni aku surrender. taleh nak makan. paaiiitt !!!
sayur yang sangat pahit, tetapi berkhasiat sebagai penawar.
- mengandungi vitamin A, thiamine, riboflavin, vitamin C dan mineral seperti besi.
- mengandungi beberapa bahan seperti charantin, peptide yang menyerupai insulin serta beberapa alkaloid.
- sering digunakan untuk mengubat penyakit kencing manis.
- kajian saintifik ke atas kulit peria mendapati warnanya merupakan sebatian kimia yang dikenali sebagai nasunin yang mempunyai aktiviti antioksida dan antiangiogenik.

LOBAK MERAH


- mempunyai nilai pemakanan dan perubatan yang sangat penting untuk kesihatan kita.
- mengandungi beta kerotin (yang akan ditukar kepada vitamin A dalam badan kita) yang tinggi.
- mengandugi sebahagian serat dan karbohidrat juga sedikit protein, lemak, kalsium, zat besi, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B6, vitamin C, vitamin K, biotin, potassium dan thiamine (banyak gilewww khasiatnya).

CILI 

cili padi a.k.a lada burung, kenyek dalam budu sedap molleekk !!!

lagi kecil cili itu lagi pedas rasanya.
- kepedasannya bergantung kepada kandungan capsaisin/capsaicivoids di dalamnya.
- lima komponen capsaicin di dalam cili iaitu nordihidro capsaicin, capsaicin, dihidro capsaicin, homo capsaicin dan homo dihidro capsaicin.  susahnya nak eja...
- komponen2 inilah yang membantu melancarkan sistem peredaran darah di bahagian tangan, kaki dan jantung manusia.
- rasa pedasnya meningkatkan suhu badan sehingga merangsang metabolisme untuk melandarkan peredaran darah.

UBI KENTANG


- kaya dengan kandungan potassium, vitamin C, karbohidrat kompleks, fiber atau gentian kepada gula darah (blood sugar)  dan pengawalan tekanan darah.
- mengandungi potassium yang jumlahnya 2 kali ganda dari buah pisang.
- juga mengandungi protein, zat besi, vitamin B1, B2 dan B3.
- jumlah lemaknya pula di bawah paras 25%.
- sangat sesuai untuk mereka yang mengalami kekurangan gula dalam darah yang menghidap darah tinggi.
- semasa pembentukan zat besi dalam darah, ubi kentang adalah merupakan sumber yang terbaik. 
- menjamin sistem ketahanan badan kerana kandungan vitamin dan kalsium yang tinggi.

sumber maklumat: rapi 15 Julai 2012
sumber foto : google 






No comments:

Post a Comment