hari senin ni (05122011) , noya TCA kat klinik kesihatan kok lanas.
masa untuk dicocok2.. nanges la kamu nanti. muwahahaa!! (mak gelak jahat).
orang kata, suntikan umur 1 tahun diberi di lengan. kenapa?
nanti mak tanya misi.
mak dah try minta pertolongan incik google, tapi beliau tak mampu beri jawapan yang memuaskan.
ni pula info berkaitan vaksin yang akan diberi kepada kamu, yang mak jumpa dengan bantuan incik google:
Vaksin kombinasi untuk penyakit Beguk, Campak, Rubella (MMR) dan Cacar Air (Chicken Pox)
Campak (Measles)
Campak disebabkan virus measles yang menyebabkan demam tinggi, sakit tekak yang teruk dan ruam pada seluruh badan. Virus ini juga boleh menyebabkan jangkitan pada paru2 dan otak.
Beguk (Mumps)
Virus mumps menyerang kelenjar parotid yang terletak pada bahagian antara depan telinga dan pipi. ia menyebabkan demam dan bengkak serta sakit pada bahagian kelenjar ini. komplikasi pada bahagian testis juga boleh berlaku pada kanak2 lelaki apabila virus ini menyerang bahagian testis (erk.., kesian)
Rubella
Virus rubella menyebabkan demam dan ruam pada badan. jika ibu mengandung mendapat penyakit rubella ini, anak dalam kandungan boleh mendapat komplikasi seperti keguguran, kecacatan dan masalah jantung.
Cacar Air (Chicken Pox)
Cacar air disebabkan oleh virus varicella. ia menyebabkan demam dan ruam berair pada badan terutamanya pada bahagian muka dan badan. ia juga boleh menyerang bahagian paru2 dan otak.
huh, kesian anak mak... kamu elok2 ye. bertahan dengan gagah sayang.
chaiyyookkk!! chaiyyookk!!
No comments:
Post a Comment