Wednesday, November 30, 2011

seperais ke?

adakah jika aku memiliki ipad, maka aku akan ada lebih masa untuk aku hupdate blog aku? 
adakah jika aku memiliki ipad, maka aku akan ada lebih peluang untuk aku hupdate blog aku?
adakah jika aku memiliki ipad (2), maka aku akan lebih banyak menghupload gambar2 dalam blog aku?
adakah jika aku memiliki ipad, maka aku akan ada lebih banyak waktu untuk aku berjalan2 ke blog2?
adakah jika aku memiliki ipad, maka aku akan menjadi blogger yang lebih berdidekasi?
adakah jika aku memiliki ipad, maka aku akan menjadi blogger yang bakal berjaya? (berjaya ke..?)
adakah perlu aku memiliki ipad?

dan sebenarnya....
ipad ni bukanlah termasuk dalam wishlist aku (tp andai memilikinya, bagus jugep).
ia merupakan wishlist en. suamiku yang dah lama berkepuk.  
dan sebenarnya aku merasa sangat bertanggungjawab untuk menyempurnakan wishlistnya itu.
bertambah2 dengan rasa berdusa kerana tak penah memberikan adiah sempena hari keputeraannya. 
huh, kudukut btol (as i mentioned before di sinun).

tapi masalahnya, bila aku gitau beliau yang aku nak belikan ipad itu, beliau akan berkata, tak payah la.  
kerana beliau seorang yang sangat berfikir panjang. tidak seperti aku, kontot fikirannya. hiiii
tapi...
time aku berdoit ni (macam kayo je sekarang bunyinya), bek aku belikan. sebelom duit yang sekali seumur hidup aku dapat ni, kehabisan dengan sensaje, kerana wishlist aku lagi panjang dari yang disangka. hahakahaakkk!!!

so, meh beli ipad itu dengan seperaisnya.... shipping straight to him =)
sekali sekalam buat kejotan ok what? 
agak2 romantis tak gitu?

bintang kecik: entry ni dah tak berapa seperais sebab en.suami dah baca draft. hampes  =/

Tuesday, November 29, 2011

dicocok-cocok !!!



hari senin ni (05122011) , noya TCA kat klinik kesihatan kok lanas.   
masa untuk dicocok2.. nanges la kamu nanti. muwahahaa!! (mak gelak jahat).
orang kata, suntikan umur 1 tahun diberi di lengan.  kenapa? 
nanti mak tanya misi. 
mak dah try minta pertolongan incik google, tapi beliau tak mampu beri jawapan yang memuaskan.

ni pula info berkaitan vaksin yang akan diberi kepada kamu,  yang mak jumpa dengan bantuan incik google:

Vaksin kombinasi untuk penyakit Beguk, Campak, Rubella (MMR) dan Cacar Air (Chicken Pox)

Campak (Measles)
Campak disebabkan virus measles yang menyebabkan demam tinggi, sakit tekak yang teruk dan ruam pada seluruh badan.  Virus ini juga boleh menyebabkan jangkitan pada paru2 dan otak.

Beguk (Mumps)
Virus mumps menyerang kelenjar parotid yang terletak pada bahagian antara depan telinga dan pipi.  ia menyebabkan demam dan bengkak serta sakit pada bahagian kelenjar ini.  komplikasi pada bahagian testis juga boleh berlaku pada kanak2 lelaki apabila virus ini menyerang bahagian testis (erk.., kesian)

Rubella
Virus rubella menyebabkan demam dan ruam pada badan. jika ibu mengandung mendapat penyakit rubella ini, anak dalam kandungan boleh mendapat komplikasi seperti keguguran, kecacatan dan masalah jantung.

Cacar Air (Chicken Pox)
Cacar air disebabkan oleh virus varicella.  ia menyebabkan demam dan ruam berair pada badan terutamanya pada bahagian muka dan badan.  ia juga boleh menyerang bahagian paru2 dan otak.

terima kasih kepada Dr. Saiful atas entry ini.

huh, kesian anak mak... kamu elok2 ye. bertahan dengan gagah sayang.  
chaiyyookkk!! chaiyyookk!!


         


Wednesday, November 16, 2011

16/11/2010 (6.35pm) @ Labour Room 9, HRPZII

Tarikh : 16/11/2010 (6.35pm)  
Tempat : Bilik Bersalin 9, 
Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu
Ukuran Panjang Bayi : 53 cm
Ukuran Lilit Kepala Bayi : 32 cm
Berat : 2.9 kg

setahun sudey cik noya.   
masih banyak yang mak perlu belajar dari kamu dan belajar mengenali kamu.
dah macam2 keletah kamu cik noya.  
kamu sekarang sedang belajar bertatih (tapi  masih tak pandai merangkak). masih takut2 untuk berjalan sendiri. 
sudah banyak perkataan yang dapat disebut dan difahami.
eg : -

siapa nama novya delisha munawwarah ?
dengan rajinnya kamu akan angkat tangan. macam budak2 kat sekolah gitu. 
kadang2 baru je sebut siapa nama, kamu dah angkat tangan pon... heh...

lampu, kamu tahu lampu tu apa. yang menyala dan tergantung kat siling, kat dinding.  
          tapi kadang2, kipas dan aircond pon kamu cakap lampu.  hermmmm....

mak, kamu pandai sebut mak. dan paling bahagia kamu dah pandai bagi hadiah pada mak. ciuman dan pelukan kecil kamu yang sangat besar maknanya buat mak.

ayah, pandai jugak sebut. tapi bunyinya arrahh. kihkih...kamu suka gigit idun ayah =p

gigi sudey 4.  dua atas, dua bawah. semakin mencomel.  suka gigit orang hermm.... sakit tau.  
         
kakak, dah lama dah pandai sebot.  asal kamu nampak kanak2 yang lebih dewasa dari kamu (tak kira jantina) , sure2 kamu panggil, kakak.  
kadang2 kalo g pasar, sume orang kamu nak tegur, bertempik2 panggil kakak !!
agak kasihan mak tengok bila ada yang tak bagi respon pada kamu. huhuu...
kamu mesra alam sangat.
          all ur teddies pon kamu panggil kakak. 
sangat comel bila kamu menyebut kakak, kerana sebutannya tatak...(telo), dan suaranya nyaring(mencerek in kelate).

abbe( abang). jugep dah pandai disebut. sejak abang adam dan abang yayan ada kat umah nekma. 

mama, atok, bahbah (tok abah), manek (nek ma), jugep dah pandai sebut.

banyaklah yang kamu boleh cakap sekang ni. 

oh, nak. pekataan yang cepat kamu dapat sebut. dan bila mak buat tak endah bila kamu cakap nak, kamu akan jerit dengan garangnya... hehe...sweet.

setahun yang singkat, tapi cukup banyak 
yang kamu bagi pada mak. 
terima kasih Allah.


kamu, bintang kecik yang menyinari idup mak =)