terbaca entry catatan sekolah novya.
tergeletek hati mak.
tersenyum sorang2 mak membacanya.
dulu mak buat entry tu dalam hati gundah gulana sayu risau.
tapi bila mak baca sekarang,
mak rasa bangga, u did it novya !
dari seorang anak yang menangis setiap pagi di pintu sekolah,
kepada seorang anak yang tersenyum manis ke sekolah dan balik sekolah.
dan novya sendiri pernah bagitau mak,
kaklong dah faham kenapa mak hantar kaklong pergi sekolah.
i'm so proud of you my dear.
2 tahun menimba ilmu di little caliph.
banyak sangat perkara positif yang teachers terapkan dalam diri kaklong.
mak rasa mak sendiri tak mampu nak berikan ilmu2 yang sebanyak itu.
jadi segala tangisan dan air mata kaklong yang dulu bertukar menjadi satu kenangan yang manis untuk dikenang.
dan mak rasa tak sabar2 untuk bagi kaklong baca catatan sekolah novya.
supaya kaklong tahu yang kaklong dah berkembang menjadi insan yang baik dari sebelum ini.
tahun depan, 2018 kaklong dah masuk darjah 2.
ohoi, cepatnya masa bergerak.
yang cerita darjah 1 pun belum sempat nak catat lagi.
alhamdulillah mak dan ayah rasa berbaloi dengan pengorbanan ongkos dan masa dengan menghantar kaklong di sekolah yang kaklong belajar sekarang.
walaupun pada awalnya mak dan ayah meragui kemampuan kami untuk menampung perbelanjaan sekolah kaklong, alhamdulillah allah permudahkan.
walaupun ini baru permulaan, belum masuk uni lagi.
tapi takpe. mak ayah akan cuba yang terbaik demi pendidikan anak2 mak ayah.
dan mak percaya asas yang baik adalah penting untuk masa depan yang baik.
bukan masa depan di sini saja, yang lebih penting adalah penentuan di alam sana nanti.
mak ayah inginkan yang terbaik untuk anak2 walau kami bukanlah ibubapa yang terbaik untuk dijadikan role model.
semoga tahun 2018 allah bukakan hati kaklong untuk menerima ilmu akhirat dan dunia dengan sebaiknya.
dilembutkan hati untuk menerima teguran dan ajaran yang baik.
didekatkan dengan kawan2 dan guru2 yang membawa ke arah kebaikan.
diberikan ganjaran pahala yang banyak agar impian kaklong untuk masuk syurga dimakbulkan allah.
maafkan kesilapan mak ayah dalam mendidik dan menegur kaklong.
kami tidak sempurna tapi kami cuba untuk jadikan kaklong insan yang jauh lebih baik dari diri kami sendiri.
ini yang dah beberapa minggu sekolah kot.
dah buat grading ujung musim sekolah ari tu.
insyaallah boleh upgrade tali pinggang nanti.
aktiviti hari pertama sekolah.
salah satu aktivit wajib dalam jadual sekolah setiap hari.
siap buat peace sambil senyum.
ini perhimpunan hari pertama sekolah sesi 2017.
itu kaklong yang matured dah tak nangis ke sekolah.
gambar2 lain sepanjang 2017 nanti mak tepek sini buat tatapan kaklong.
* mak terlebih rajin hari ini.
2 entry sekali.
good job untuk mak.