Monday, October 24, 2016

ini yang terjadi bila keluarga ini melakukan trip perjalanan dalam tempoh 24 jam

Assalamualaikum wbt.

sebuah keluarga tanpa perancangan yang teliti telah 
mengambil keputusan untuk bersiar2 ke zoo negara. 
bersiar2 bermaksud berjalan2 ke zoo negara dan kemudian pulang ke rumah. 
keluarga ini tinggal di bumi kelantan.
dan seperti yang anda sedia maklum, 
zoo negara terletak di tanah kuala lumpur.

ketua keluarga tersebut telah menyuarakan cadangan untuk ke
zoo negara pada hari khamis.
 sehari sebelum hari keberangkatan.
"kita gi zoo negara nok ? balik hari".
"boleh ko ? abe cekak(larat) ko ?"
"boleh je.  kalu anok2 bangun awal, kito jadi gi. 
kalu dok, cancel".

demi untuk tidak merasa kelam kabut pada hari keberangkatan, 
si isteri telah menyiapkan keperluan yang perlu dibawa pada malam 
sebelum hari itu tiba. 
jadi ke tak jadi ke, belakang kira.
yang penting buat persediaan. 

jumaat 7.10.2016

bangun pagi gosok gigi cuci muka mandi2.
anak2nya dengan berjurusnya bangun awal pagi di hari cuti. 
terutamanya anak mereka yang sulung.
yang selalunya agak liat nak bangun pagi pergi sekolah.
"kaklong, bangun. nak gi zoo ni".
terus bingkas bangkit dari tiduran.

si kecik yang memang mudah bangun awal pagi tiada masalah untuk bersiap2. 

usai semua ahli kelurga tersebut mandi dan bersiap2,
bismillahhirahmanirrahim...
mereka memulakan perjalanan. 

singgah sebentar di kedai makan favourite untuk membeli bekalan.
rice to wednesday kegemaran si suami. 
dan nasik gulai ayam kegemaran si sulung. 

si isteri dan anak2 ketua keluarga yang nak bejalan tanpa 
detail planning itu.


tudung fevret isterinya. 
sekali iron, pakai sampai lunyai, 
balik rumah baling je mana2, 
pakai balik, 
masih tetap cun. 


kurang lebih perjalanan bermula jam 9 pagi. 
alhamdulillah selamat tiba di zoo negara jam kurang lebih 3.30 petang. 
termasuk waktu r&r. 

zoo negara adalah agensi di bawah kerajaan. 
maka waktu operasinya adalah sama seperti jabatan kerajaan lain. 
jam 5.00 petang tutup. 

dengan semangat ketua keluarga tersebut untuk ke zoo negara, 
dan si isteri yang mengikut sahaja suaminya,
mereka menuju ke kaunter tiket untuk membeli tiket. 

untungnya sekarang ini, 
harga masuk ke zoo negara termasuk dengan tiket untuk melihat panda.
dan, 
motif utama si suami ingin ke zoo negara adalah untuk melihat panda.

suami tersebut sudah lama berura2 menyuarakan hasrat untuk melihat panda.
namun mungkin kerana tidak berjodoh lagi, 
maka asyik tak jadi sahaja mereka ke zoo negara.
walau sudah beberapa kali mereka berurusan ke kuala lumpur. 

kembali kepada rancangan bersiar2 mereka ke zoo negara 
pada hari tersebut. 

suasana petang di zoo negara pada hari bekerja (pantai barat) 
sangatlah damai. 
lengang tidak ramai pengunjung. 
boleh dikatakan tidak berselisih dengan pengunjung lain. 
hanya di beberapa kandang haiwan sahaja bertembung dengan pengunjung lain. 
dan kebanyakannya adalah pengunjung dari negara luar. 

mereka memasuki zoo dan terus terjumpa dengan kakpah. 
tanjat si kecik manman mereka melihat ketinggian kakpah. 
yang sebelum ini hanya melihat di dalam televisen dan buku.

erat memeluk emaknya. 

masih ketakutan. 
si sulung steady je. 
dah dewasa kan.

ibubapanya happy selfie, 
anaknya duk perati cik pah. 
takut datang dekat. 

dah dewasa sangat si anak sulung mereka ini. 
si kaki panjang kata mak uda beliau. 

lepas mereka berjumpa dan menyapa cikpah, 
jumpa pula dengan sekawanan beburung. 
sungguh mesra burung2 ini. 
buat tak endah je bila orang menghampiri mereka. 

cantik bulu cik rung ni.
buat corak tudung pun cantik jugak.

si kecik mereka takutkan burung pulak...
tak pernah2 melihat burung sebesar dan sesedor ini.


si kecik yang hasil potostet kale wajah ayahnya. 


2 ketul singa sedang beristirehat. 
dedua bukan patung ye.
singa betul2 singa. 

di sebelah kandang singa
tinggal sang harimau belang dan harimau putih. 
dan rezeki mereka pada waktu kunjungan mereka, 
dapat mendengar ngauman sang rimau yang 
pergh... ngeri jugak. 


misi bertemu panda di sambung.
agak mengah mereka berjalan terkejar2 kerana
mereka perlu pastikan tiba di rumah panda sebelum jam 4.30.
sebelum rumah panda di tutup. 

kat sini pun ada cikpah jugak.
kandang memula yang mereka temui cikpah tadi 
asalnya adalah kandang cik jah - gajah. 
namun, sebesar2 cikjah tidak pula mereka melihat kelibat cikjah 
sepanjang berada dalam zoo. 
entah ke mana cikjah dah bawa diri. 




akhirnya....
setelah mereka menapak dengan penuh kegigihan, 
jumpa jugak rumah panda.
besar kemain rumah panda ni. 
berhawa dingin lagi. 
sesuai dengan habitat asalnya yang sejuk.
untuk pengetahuan pembaca sekalian,
panda ni berasal dari negara china.
big panda namanya. 
hanya boleh ditemui di china. 

ini adalah si bapak panda agaknya. 
sedang lena beradu. 
yang penting, muka tetap ada sengih walau sedang tidur. 

nomey nomey sangad. 
gebus gebas. 


selfie dengan puan panda di belakang sana. 

ketua keluarga tersebut cuba menenangkan anak kecilnya yang 
takut2 melihat panda secara dekat. 
duk jauh2 suka pulak tengok.
"ololo... ommei... po macam iman", kata si kecik. 

bila berada dalam ni, 
pengunjung tak boleh bising. 
nanti panda tu boleh jadi agresif. 
tahap keagresifannya tak dapat dipastikan. 


sommmeelll kan ? 

tayang bontot.

ini puan panda sedang bersiar2. 

bila mereka melihat puan panda, 
mereka berasa seperti mahu memeluk2 ia.

sedang puan panda bersiar2, 
tiba2 keluar si kenit ni. 
olollllooo nomey sangad2 anak puan panda ni. 
bayangkan anda memegang patung panda yang gebu, 
dan tiba2 patung tu bergerak ke sana ke mari.
memang berasa nak memeluk2 2 ketul panda ini.
tapi  sebab ini panda hidup yang ada kuku yang tajam,
dan gigi yang tajam, 
maka dapat lihat mereka melilau2 pun dah rasa bahagia sangat. 


si isteri cuba untuk selfie dengan puan panda.
tapi diberi tayangan bontot pulak...



argghhhh !!!! sangat comelll. 



berjaya jugak si isteri untuk selfie dengan puan panda. 
tapi puan panda, alah malu pulak...

ini adalah bilik rawatan untuk keluarga panda tersebut.
sederetan itu juga mereka dapat melihat bilik persediaan makanan,
bilik..... er.... aku dah tak ingat. 

"my finger may be small but i can still wrap daddy around it"

si kecik mereka takut lagi. 
kali ni takut dengan si badak itu. 
risau betul dia. 
asyik memerhati badak tu je. 
takut badak tu datang dekat kot.

itu kipas adalah souvenier dari rumah panda.
memula anak sulung sahaja yang mintak, 
tapi biasalah, 
bila dah kakaknya ada, 
si adiknya pun nak jugak.
bila dah berdua beradik ni, 
si ayah perlu sedia maklum, 
apa2 benda memang kena beli 2.
jika tidak mahu berlaku aksi rebut merebut
dan cakar mencakar dari si kecik terhadap kaklongnya. 


alah, tidor pulak...




selepas jumpa keluarga panda, 
bertemu pula dengan cik yang kaya ini. 
cik ber-uwang. 









anak beruang dan ayah beruang.


ini sahaja gambar2 yang diketik sepanjang mereka di dalam zoo negara. 
ketua keluarga agak berpuashati dapat jumpa panda.
namun niat dihatinya ingin berlama2 lagi di dalam rumah panda.
tapi terpaksa dilupakan hasrat itu kerana anak kecil mereka 
agak merengek2 dan tak berapa enjoys melihat panda secara dekat. 

anak sulung yang fefeeling queen elsa,
dan kuda emasnya. 

suami kepada isterinya. 

foto keluarga mereka. 
semoga mereka sentiasa bersatu hati, berbahagia bersama2.

dak kecik iman kelihatan dah macam lemau. 
penat berjalan. 


si isteri agak tak pandai nak selfie berjemaah. 
kesihan si kecik masuk separuh saja wajahnya dalam frame.







usai bersiar2 di zoo negara, 
ketua keluarga mencadangkan untuk ke putrajaya. 
untuk berehat, menyegarkan badan dan menambah semula tenaga
sebelum berlepas pulang ke bumi kelantan. 

si isteri menuruti sahaja.
 bolehlah melepaskan rindu kepada putrajaya berjaya. 

''kaklong suka masjid ni. 
sebab kale pink. 
ini masjid istana kaklong ni, ''
kata anak sulung mereka yang pastinya feeeling queen elsa di kota istananya.

selesai bersiram di masjid putra. 

#selfiemasjidputra namanya.

not bad skill mengetik gambar anak sulung mereka.
walau expectation emaknya adalah jauh2 berbeza.
mak nak bagi nampak kubah kat atas.
but isssokei...

dia pun nak posing jugak...


mereka meluangkan masa menikmati angin malam di depan masjid putra. 
seronok anak2 mereka berkejaran berlarian larian mengejar satu sama lain. 
juga mengejar buih2 belon yang ditiup angin. 



"meh la kito selfie duo", pinta suami.
"marilah...", jawab isteri. 
dan mereka pun berselfie sekeping dua. 

dengan muka kepam, kepenatan.
tapi bahagia. 






paling indah.


usai berjimba2 dan si suami telah merasa gagah semula, 
mereka memulakan perjalanan pulang ke bumi kelantan
dalam jam 12 tgh mlm .
menyinggah rehat sebentar di petronas bentong,
dengan suami tidur2 ayam, 
dan si isteri melayan karenah si kecik yang nak berjalan2.
si sulung belum masuk gombak dah lena diulit mimpi. 

meneruskan perjalanan dengan menyinggah di gua musang.
si suami ingin berehat dan ingin melelapkan mata seketika. 
tapi tidak lagi tidur2 ayam, 
dah tidur2 orang kot. 

menyambung perjalanan dan 
akhirnya mereka selamat tiba di rumah jam 9 pagi 8.10.2016.

jadi, 
berbalik kepada tajuk di atas. 
apakah yang terjadi 
bila keluarga ini melakukan trip perjalanan dalam tempoh 24 jam  ?

mereka gembira dan enjoys !
walau penat,
tapi hati gembira.

"as long as we have each other", detik hati isterinya. 

itu sahaja kisah mereka, 
semoga mereka terus bersama selamanya dan
membahagiakan satu sama lain.