Wednesday, September 28, 2016

ujian itu nikmat

Assalamualaikum wbt. 

hari rabu yang indah. 
hari korang indah tak ?
orang selalu cakap, 
hidup ini bagaikan roda.
sekejap di atas. 
sekejapan di bawah.

hidup juga bagaikan cuaca.
sekejap cerah berangin, damai. 
sekejapan hujan berbadai. 

senang cite mesejnya sama je. 
hidup ni kejap tiada masalah. 
sekejapan tiba2 ada masalah.

itulah maksudnya.
memang kenyataannya begitulah hidup ini.
hidup ini pun satu ujian.
ujian untuk menerima ganjaran di alam kekal nanti.

kenapa Allah bagi ujian ?
korang google la jawapannya. 
hahaaha !

ujian ni dalam beberapa bentuk.
yang biasanya ialah ujian dalam masalah menghadapi hidup.
antaranya ujian kesusahan dalam hidup, 
ujian dengan orang2 yang kita kenal, 
ujian rezeki dalam menguruskan hidup, 
ujian rasa kesorangan dalam hidup.
ujian ujian.. kesedihan, kesedihan. 
lebih kurang begitulah.

dan ujian dalam bentuk kesenangan.
hidup bahagia, 
rezeki melimpah2, 
hidup dalam suasana damai, 
berbahagia aje rasa di hati. 
sehingga kita lupa untuk bersyukur dan sedetik memikirkan betapa
Dia menguji kita. 

wahh...
tetiba rasa cam pakar hidup pulak bila aku baca perenggan di atas.
ok lah, 
ni atas meja surat2 menunggu untuk dicop dan direkod. 
so aku stop sini dulu.

apa pun yang terjadi, 
hikmahnya pasti ada. 
pasti. 
cayalah cakap aku. 

yang penting, 
terus bergantung pada Dia.
yang memberi ujian dan memberi nikmat.
jangan sesekali lupa dia. 
doa, doa, doa. 
(kenang daku dalam doamu =p)
mintak dengan Dia. 
Allah itu maha penyayang, maha memberi, maha pengasih. 
Allahuakbar. 


Monday, September 26, 2016

si manis imanis

Assalamualaikum wbt.

salam kasih sayang buat semua. 
semoga semua dalam keadaan baik. 
didekatkan dengan aura2 postif, dipisahkan dari aura2 negatif.

dunia sekarang perlukan kasih sayang, budi pekerti dan hormat menghormati. 
spread love and positivity. 
mak penat sangat dengan dunia sekarang dengan manusia2 yang terlalu banyak menghukum.
terlupa untuk melihat hikmah di sebalik kejadian. 

mak rasa la kan, 
perjalanan menyusukan iman banyak mendidik hati mak untuk jadi manusia yang lebih baik.
mak rasa hati mak jadi lebih kuat menerima ujian. 
hati mak lebih tenang, memandang sesuatu dalam keadaan positif. 
mak rasa jiwa lagi kental dan gagah. (sila tambah emoji lengan sadow di sini).
mak rasa mak jadi manusia yang lebih rasional bila diuji. 
kena tambah dalam list manfaat menyusukan bayi nih. 

ok lah, 
merujuk kepada tajuk di atas.
dah macam buat surat rasmi pulak. 
mak membelek2 blog tadi dan ternampak label paling banyak entry adalah
novya delisha munawwarah. 
dan sephia nur imani berada di tangga ke.. entah. 
agak terbawah. 
bukan sebab mak tak sayang manman. 
yelah, masa mak buat blog ni memang mak nak tujukan kepada anak2 mak. 
dan masa tu hanya ada kaklong. 
dan masa itu masa mak agak banyak di meja opis. 
sedangkan semasa iman ada, 
masa mak banyak di meja opis, 
dan terpaksa dibahagikan dengan masa ke surau untuk 
membuat projek juta2 - kumpul stok ebm untuk iman. 

iman janganlah pulak berasa kecik hati ye. 
malah iman patut rasa bertuah. 
lebih bertuah dan beruntung dari kaklong.
mendapat susu ibu yang terbaik yang allah rezekikan untuk iman. 
sedangkan kaklong, hanya beberapa kali je dapat rasa nikmat susu mak. 
mungkin hanya 2-3 kali kenyang. 

maka imanis mak, 
janganlah sesekali rasa iri hati dengan kaklong. 

sekarang iman dah berumur 2 tahun. 
sesi mengepam mak dah kurangkan. 
jadi insyaallah masa di meja akan lebih, 
insyaallah sempat la kot mak hupdate blog dan bercerita tentang iman pulak. 

mak harap janji mak ni tak tinggal janji. 
tapi kalau blog ni berhabuk semula, 
mahapkan mak. 
kita berusaha, allah jua yang menentukan.

itu saja catatan mak untuk iman.
semoga baik2 je iman dengan nekma.
be good imanis.

wajah kakngah kawasan. 



selfie raya 2016.

mak, ayah dan kaklong sayang iman terlalu banyak.

Sunday, September 25, 2016

you can't get rainbow without rain =)

Ampun aku Ya Allah
Kerana telah jauh dari mu
Himpun aku Ya Allah
Bersama yang dikasih oleh mu

Namun ku tak upaya
Berada didalam Nerakamu
Namun ku tak upaya
Untuk syurga firdaus mu

Penghujung yang pasti menunggu
Akhirkan aku dengan beriman padamu

Ya Allah Hu Ya Allah
Istajib dua' ana
Ya Allah Hu Ya Allah
Istajib dua' ana

Bantu aku Ya Allah
Permudahkan setiap langkahku
Bimbinglah aku ku tak mampu
Berdiri dan bernafas tanpamu

Cinta hanya untukmu
Cinta hanya milikmu
Ku ingin dan ku memohon
Rahmat mu

Penghujung yang pasti menunggu
Akhirkan aku beriman padamu

Ya Allah Hu Ya Allah
Istajib dua' ana
Ya Allah Hu Ya Allah
Istajib dua' ana

Tanpamu Siapalah Aku
Jatuhnya aku Bangunnya Aku

Ya Allah Hu Ya Allah
Istajib dua' ana
Ya Allah Hu Ya Allah
Istajib dua' ana

aamiin ya robbal a'lamin...

terlalu banyak rahmat kasih sayangmu pada kami.
terlalu. melimpah2 tanpa pernah putus.
tak pernah kami dilupakan.

kami sedar ujianMu ini adalah rahmatMu buat kami. 
hikmahnya terlalu indah. 
kerdilnya diri ini. 
betapa kami rasa tidak selayaknya kami dikasihi. 
kerana kami terlalu banyak menzalimi diri kami sendiri.

hanya padaMu tempat kami bergantung. 
bermohon harapan dan petunjuk dalam menghadapi ujian kehidupan. 

kami memohon hidayahMu ya Allah. 
kekal, dalam hati kami.
hingga tiba masa untuk pergi. 

mak sayang pelangi2 mak =)


Tuesday, September 20, 2016

Trip Konvokesyen Ayah

Assalamualaikum wbt. 

masyaallah subhanallah alhamdulillah....
haish. 
mari mengupdate blog. 
titipkan kenangan hidupmu di sini. 
agar nanti kalau kau rasa rindu,
mudah aje nak mengimbau ke detik itu. 

berzaman tak hupdate blog, 
skill membebel dah pudar sikit. 

masih jugak membebel di facebook.
tapi paham2lah, 
kat facebook takleh membebel panjang2.
orang takuasa nak baca. 

membebel kat blog takpe panjang2.
orang takuasa nak baca pun,
aku kuasa nak baca balik.
hahahaaha !!!!

ari ni aku nak titipkan kenangan masa gi majlis konvokesyen shuben,
bulan ogos 2 tahun lepas kot. 
anak yang dalam perut tu pun dah banyak bebel.

seharusnya gambar ni jadi 
family photo yang suwit muwit. 
tapi novya jual mahal taknak pandang depan. 
masa ni tahap kemesraan novya dengan orang lain masih tipis. 

hai iman... dalam perut mak tu. 

ini foto somisetri. 
aku tak paham kenapa kami memilih background di belakang sebagai 
tempat untuk mengambil gambar. 
nampak serabut. kan.

family potrait. 
dan novya masih jual mahal. 
atau saja nak tayang bunga di kepala ?

time kaseh kakida dan abe min bagi kami bermalam di rumah korang. 
kak ida masak tomyam puteh sedap oooo...

tengoklah anak mak yang pemalu itu. 
sampai ke ssuuukkk taknak pandang depan. 
sebab masa ni yang amik gambar ayah min. 
dia malu2 itik sikit dengan ayah min. 
malah dengan semua pakcik belah ayah. 
sekarang dah dewasa, dah takde malu2 amat dah. 

kan cantik macam tu.
ini mak yang amikkan. 
so senyum manis letting la.

menantu & mertua. 
jeling2 pulok menantunya. 

ini abe min. 

abe min dan nekma dan ayah. 
tok abah dan ciknor tak ikut. 
kalau tak silap masa ni ciknor ada exam. 
so tak dapat iku.

nekma dan mama masuk dewan. 
mak dan kaklong merewang2 di luar dewan. 




tamat majlis konvokesyen. 
tahniah ayah.
semoga ayah terus gigih untuk mencari ilmu. 
dunniawi wa ukhrawi. 

besok harinya kami adakan lawatan sambil tengok2.
memang fevret ayah tempat2 macam ni. 

anak sape la ommei bawak payung tu. 












ini dalam perut nuri kalau tak silap. 




minat dia. 

 family photo 
 gadis lapangan =p












lepas gi tengok kapal terbang helikopter,
kami pergi istana negara pulak. 
bekas istana negara sebenarnya.


 dalam istana takleh amik gambar. 
memang cantik dalam istana. 
tapi nak kata cantik bukanlah cantik yang mengagumkan.
cuma mewah. dan selesa. 
dan aku terliur tengok bilik dobi permaisuri. 
bilik dobi khas untuk permaisuri je guna,
untuk permaisuri gunakan bila ada pakaiannya yang nak dicuci sendiri. 

dan ada bahagian tingkat atas tak boleh  masuk dan ditutup.
tapi apa pun aku suka istana ni sebab design bangunan ala2 inggeris. 

masa aku pergi tu ada orang baru kemas khemah2 sebab malam sebelum tu ada majlis 
perkahwinan sape entah kat laman istana ni. 
sape2 nak wat majlis perkahwinan kat istana boleh la. 
bayor le... 

di pintu masuk. 



cik om dan cik dah dapat bunga.
ros merah lagi. 
cleaner kat situ tengah gantikan bunga yang baru. 
bunga elok2 lagi, 
jadi cik om cik dah amik buat kenangan.
last2 buang jugak.
hehe... 

 jom pulang. 



dah tade kuda istana berjaga di situ. 

 novya cuba larikan diri. 


esok harinya kami ke melaka. 
tempat favourite ayah, juga mak. 
kapal selam favourite ayah. 
melaka yang favourite mak dan ayah. 

masuk kapal selam. 
serius tak best duk lama2 dalam ni. 
sempit. 
cemana la dorang boleh bertahan.
dengan tekanan berada dalam air lagi.
tabik r. 






masa ni tempat ni masih gersang panas ting ting kat sini.
rasanya sekarang dah cantik damai kot. 

 singgah minum air cendol kat dataran bas, 
dekat je dengan muzium kapal selam.

nak cari air coconut shake, 
tak tau mana satu yang betul2 sedap. 
tape, kita cari semula ye. 

gi jalan2 kat bandar. 
naik menara taming sari. 
seronok jugak ye. 

hai iman, dalam perut mak =)


lepas naik taming sari, 
pergi round2 kat pasar apa ke nama ye.
yang bersambung dengan mall tu. 

cik dah cik om nak memborong gula melaka, cencalok dan macam2. 

mak beli bangku kecik. 
entah kenapa mak beli bangku tu. 
tapi cantik. 
jenama audi lagi...
ko hando ???

mama belanja topi, nekma belanja tshirt. 
untung la..... 

itu saja kisah trip kita ke majlis konvo ayah. 
rindu melaka aih....