Tuesday, March 17, 2015

rindu sangat waktu dulu, namun waktu ini amat indah

Assalamuálaikum w.b.t
salam kerinduan sedalam lautan hindi wahai kekakak kekabang.
rindu yang tak bertepi bak seluas laut china selatan jugak pada blog aku ni.
lama gilers kot tak hupdate blog.

ada bukak jarang2, sesambil intai blog kengkawan.
tahniah uolls berjaya hupdate blog.
komitmen beginilah yang kita perlukan.
teruskan menghupdate blog anda tanpa alasan tak munasabah.
sebab aku rajin baca blog.
nak hupdate je tak berapa rajin.

ari ni terbelek post lama.
terimbau kenangan membesarkan novya.
blog ni terwujud pun sebab novya.
catatan membersarkan novya.
walaupun, terkadang tak tercatat. tak sempat hoi.
sibuk sangat bunyinye kan ?

haih,
banyak sangat nak kongsi.
terutamanya pasal breastfeeding.
walaupun aku tak capai tahap kejayaan menyusu sampai 2 tahun lagi,
sebab iman baru masuk 6 bulan 
(mak boleh menyusu iman sampai 2 tahun, berusahalah !),
banyak pengalaman yang banyak sangat mengajar aku tentang breastfeeding.
kunci utamanya adalah ilmu.
betul, ilmu pengetahuan sangat2lah penting.
dalam apa2 perkara pun, ilmu adalah kunci kejayaan.

buku ni adalah peneman setia aku sepanjang hamil dan selepas melahirkan iman.
sentiasa aku letak disisi sepanjang tempoh pantang.
sebagai penguat semangat dan sumber rujukan. 

carilah ilmu. 
kalau takde ilmu, korang takkan paham apa yang korang nak perjuangkan.
dalam konteks breastfeeding,
kalau korang takde ilmu, mudah sangat korang digoyahkan dengan 
anasir2 yang mendorong korang patah semangat untuk menyusu.

ketahuilah, menyusui anak bukan sesuatu yang mudah, 
walau bukan untuk semua ibu.
tapi kebanyakan ibu2 menyusu akan melalui detik2 yang sukar.
masa detik2 yang sukar inilah ilmu itu sangat2 membantu
memberi kekuatan kepada kita supaya tidak mengalah.

apa saja kata2 yang mematahkan semangat kita,
dapat kita tepis dengan gagah.

bila detik sukar itu ?
bagi aku, 
detik sukar aku adalah seawal hari pertama melahirkan 
sephia nur imani.

usai misi siap kemas2 apa yang patut lepas proses bersalin yang aku 
lalui secara solo - suami tak sempat masuk, 
sephia nur imani datang.
masa tu terus aku suakan breast supaya dia dapat 
belajar menghisap.
ye, masa tu susu ibu adalah sangat sikit.
aku pun kompius, susu ni keluar ke tak.
tapi aku bagi je iman latch on - untuk rangsang susu keluar. 

malam pertama bersama iman amat menguji jiwa. 

bermalam di hospital, tak de sape2 teman. 
misi cakap tak boleh sape2 teman, waima mak sekalipun. 
disaster !

malam tu iman menangis, 
10 minit je tido, pastu menangis. 
pastu tido 10 minit pastu nangis.

ya ampun, tekanan yang amat malam tu.
mak2 lain steady je baby dorang tido lena, so dorang pun tido lena.
mujurlah baby dorang tak nangis bila dengar iman nangis.

adakah iman lapar, adakah susu aku tak keluar, 
adakah adakah adakah. 

sebetulnya, aku sendiri kekok untuk menyusukan iman.
nak duduk pun tak berapa selesa.
menjadikan sesi penyusuan satu sesi yang tak menyeronokkan.
dan iman sendiri masih belum mahir untuk melekap dengan cara yang betul.

ditambah lagi dengan masalah anatomi tubuh aku yang 
agak tidak membantu untuk iman latch on dengan betul.



kerana itulah ilmu itu penting. 

balik rumah, aku cuba posisi2 menyusu yang aku tahu. 
dan, akhirnya aku jumpa posisi terbaik untuk aku. 
paling menyelesakan aku rasa. 


 football hold. 

sangat2 disarankan untuk cuba posisi ini jika korang rasa kekok nak menyusukan baby. 

walaupun dah jumpa posisi yang menyelesakan, 
iman masih menangis dan sepertinya tak kenyang. 
atau mungkin iman belum selesa dengan udara dan persekitaran duniawi ini.

3 hari aku mengurut, usaha untuk mengeluarkan susu. 

pada hari ke2, 
mak bidan tukang urut tu dah suruh aku beli susu tepung. 
katanya kesian anak lapar ni. bagi susu tepung la dulu.
helllooowww !!! susu tepung tu appa yaa ?
aku pekakkan telinga je. 

aku tetap susukan iman sejam sekali,
seperti yang sepatutnya. 
supaya otak dapat signal, aku perlukan susu.

mujurlah, syukurlah, alhamdulillah,
masa aku bersalin, kakak aku yang sulong balik kampung.
dia masih menyusukan anak yang bongsu.
dengan baik hati akak aku susukan iman.
maka iman, ketahuilah yang awak itu anak susuan moklong.
awak terhutang rezeki padanya. 

alhamdulillah hari ke 3 susu keluar. 
walaupun tak banyak, aku yakin, cukup untuk perut iman yang cenonet itu. 

2 minggu pertama selepas bersalin, 
perjuangan penyusuan susu ibu aku amat menjerihkan. 
tidak mudah, dan mudah sangat untuk putus asa. 

tapi, kerana aku dah bertekad, sejak aku gagal breastfeeding novya, 
jika aku diberi rezeki untuk dapat zuriat lagi, 
aku akan susukan anak aku.
walau apa cabaran, aku akan kuatkan semangat.
kerana itulah aku kuatkan semangat, 
walau ada suara2 yang meragui aku dan bertanya, 
ada susu ke tak tu. 

alhamdulillah, 
selepas 2 minggu pertama, 
perjalanan menyusu semakin baik. 
walaupun masih belum mudah, tapi agak tenang.
malah aku semakin yakin,
aku boleh menyusukan iman.

esok, 
genap umur iman 6 bulan.
6 bulan yang sangat hebat bagi aku. 
pencapaian terbaik yang pernah aku capai dalam hidup aku.
ye, sangat terbaik. 

setiap ibubapa kat muka bumi ni nak bagi yang terbaik untuk anak dorang.
masa anak belum lahir lagi kita dah planning nama yang baik2, 
nak besarkan dengan cara yang terbaik, dan bagi makan yang baik, 
nak anak kita jadi yang terbaik.

aku bersyukur sangat2 allah bagi aku peluang, rezeki, kekuatan pada aku
untuk aku berikan benda asas yang paling terbaik untuk iman. 
kejayaan menyusukan iman secara eksklusif untuk 6 bulan pertama.

aku bertekad untuk meneruskan penyusuan ini sehingga iman capai umur 2 tahun.
itu adalah target umur paling minimum.
jom kita berjuang. 

untuk ulangbulan 6 bulan pertama kejayaan menyusukan iman secara eksklusif ni, 
aku nak ucapakan juta2 jutaan terima kasih sayang 
kepada semua insan2 yang menyokong perjuangan aku ni.

suami, en. hishamudin. 
banyak sangat2 sokongan yang diberikan. 
sangat2 banyak. 
meringankan urusan kerja rumahtangga, 
meringankan urusan membesarkan iman, 
melayan karenah novya, melayan karenah mak novya, 
memahami betapa uci perlukan sokongan padu. semoga sokongan itu tetap padu sehingga kita berjaya untuk 2 tahun yang pertama pulak. 
kita sama2 telah berjaya bagi yang terbaik untuk iman. 
we did it bebeh !

ummi (walaupun kadang2 ada kata2nya yang menggoyah semangat aku), 
nekma(sangat menyokong dengan penuh padu).

sumteq ku, yang tahu niat suci murniku ini sejak 4 tahun yang lalu, 
setiap hari bertanyakan soalan yang sama, yang menjadi soalan wajib perbualan kami.
sama2 lah kita berjuang untuk memberikan yang terbaik untuk anak kita. 

kawan2 seperjuangan yang memperjuangkan susu ibu untuk anak2 ibu,
kawan2 tidak seperjuangan yang memahami dan menyokong perjuangan ini.
kawan2 opis, yang tolong coverline masa aku khusyuk pam stok, bagi ruang untuk aku simpan ebm dalam peti opis, 
 bos2( rugilah kalau kerja jabatan kesihatan, tapi takde kesedaran tentang hebatnya susu ibu) , pemandu2 kereta dijalanan. 
dan semua yang terlibat secara langsung atau tak langsung.

dah macam buat ucapan anugerah oscar dah ni. 
well, ini lebih dari oscar. 

oh ye, juga kepada selebriti2, orang2 dalam pesbuk, page2 berkaitan breastfeeding.
terima kasih untuk ilmu dan kata2 semangat.

terkadang, 
masa aku lemah, 
aku google je, 
untuk naikkan semangat. 
sangat membantu. 
cubalah. 




perjuangan penyusuan aku masih jauh. 
baru 1/4 jalan. 
semoga allah permudahkan perjuangan aku dan semua mak2
yang berpenat lelah untuk menyusukan anak. 

insyaallah semoga beroleh ganjaran pahala dari Allah. 

aku pernah gagal menyusukan anak pertama, 
kegagalan tu buat aku tekad,
ingin merasa manisnya kejayaan menyusui anak sendiri.
alhamdulillah aku diberi peluang merasai kejayaan ini.

untuk ibu2 yang belum berjaya, 
berusahalah sehabis tekad.
set dalam minda -  susu tepung hanya tepung. 
tegarkah kita nak suakan tepung pada anak kita. 
sedangkan kita boleh berikan sesuatu yang hebat untuk anak kita.
susu ibu adalah sesuatu  yang hidup, terkandung kasih sayang. 


untuk yang tak berjaya selepas berusaha, 
Allah adalah sebaik2 perancang. 
kita sudah berusaha berikan yang terbaik untuk anak2 kita. 
Allah maha mengetahui. 


"Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, 
banyakkanlah susuku untuk bayiku,
permudahkanlah perjalanan untuk menyusukan anakku 
agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.
Ya Allah, seberapa banyak susu yang akan aku perolehi hari ini, 
penuhilah ia dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu.
semoga dengan keberkatanMu, 
susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku. 
amin...  "




#novyasephia

mak sayang dedua, tetiga ngan ayah.
xoxo