Assalamu'alaikum w.b.t
hey yow ollsss !
selamat berpagi2.
Rasulullah bersabda, “Berpagi-pagilah(subuh) dalam mencari rezeki,
sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan.”
(HR at-Tabarani).
(HR at-Tabarani).
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu,
dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai,
sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara
terbit fajar hingga terbit matahari”
(Diriwayatkan al-Baihaqi).
(Diriwayatkan al-Baihaqi).
tapi ini time dah bukan berpagi2 ni. dah nak masuk tengahari nih.
hari ni kenyang bersarap nasik berlauk dan teh beng.
teh beng akak tu memang pergh... sodap.
kelat2 manis tak terasa sangat.
sejuuuk je lalu kat tekak.
dah lama rasanya tak kongsi sesuatu yang berfaedah.
asik melalut entah apa2.
hari ni pun rasanya nak melalut jugak.
takde idea nak cakap benda berfaedah.
ni sape tak kenal ?
inilah pokok dan buah belimbing buluh.
tak nampak macam buluh pun kan ?
entah kenapa namanya belimbing buluh.
buah ni wat colek sedap ni.
gula, garam sikit, kicap, belacan, lada burung.
huiisshhh... kecur air liur nih.
bubuh dalam gulai ikan kering pun sodap ni.
masamm... uh, sedap2.
ni namanya sepageti orang lapar.
memang masa aku masak sepageti ni perut aku lapar gilos.
sebab tu portion jadi agak besar.
dan udang melimpah ruah tu sangatlah nikmat.
orang kata kalau nak anak lelaki, masa pregnant banyakkan makan
makanan laut.
hah, makanlah aku.
ini megi mak lapar makan asal kenyang.
megi tomyam memang sedap.
apa2 yang tomyam memang sedap.
aku memang hantu tomyam.
sedap weh. pedas2, masam2 - mengecurkan liur.
ini beger yang dulu masa masa aku sekolah rendah harganya RM1.
sekarang RM 2.20.
sekarang RM 2.20.
masa aku sekolah rendah dulu aku memang menyampah bila makan burger.
sebab burger tu macam besar sangat nak muat masuk dalam mulut.
tapi sekarang, sejak mengandung,
kalau boleh hari2 aku nak makan burger ni.
dalam seminggu tu memang aku makan burger nih.
memang nak makan. terasa sangat sedap.
aku suka beli depan 7e ketereh.
entah lah, rasa sedap sangat dorang punya.
mungkin kerana roti tu di panaskan dengan sempurna.
dan yang paling penting, burger tu dibalut rapat dan rapi.
memang aku syak, burger akan jadi lebih sedap jika
ia dibalut dengan rapi dan kemas.
selain memudahkan untuk dimakan, ia membantu memadatkan
bahan2 yang ada dalam burger tu.
clever tak teori aku ?
ini mee rebus.
bukan aku yang makan, tapi tengoh.
menunjuk2 dalam group whatsapp.
nampak macam sedap.
tapi aku kureng mee.
aku lebih suka mihun atau mee teow.
ni laksam.
bukan aku punya jugak.
tengoh menunjuk2 jugak.
aku hanya dapat tengok je.
nampak sedap, sebab laksam beliau memang selalunya sedap.
gebus dan lembut.
yang penting made with love.
ni air batu campur warna warni duniamu berseri.
bukan aku punya.
tengoh punya jugak. menunjuk2 lagi.
dengan cuaca pepanas ni memang melegakan tekakku yang tandus
dibasahi air batu parut mesin.
ini mee kari menunjuk2 buat orang terliur.
made with love by tengoh.
saje je nak bagi aku terliur.
ni namanya rupert.
kucing kesayangan tengoh.
baka maine coon, spesis kucing besar.
walaupun besar, rupert ni very the manja.
kalau buat bantal peluk memang sodap ni.
kenapa ye bila kita tengok kucing kita akan rasa macam,
waahhhh... comeynye. cutenye...
rasa macam seronok je tengok kucing.
tapi... rupert ni dah tade ari ahad lepas, 10.30 pagi.
akibat sakit dan jangkit virus.
sedih menangis meleleh2 tengoh dan anak2nya.
mujurlah rupert ada tinggalkan baka, sekor anak.
harap2 besar macam dia.
ini saja cerita ari ni.
harap berpekdah ye =)