Tuesday, June 7, 2011

bukit gambang waterpark

sempena cuti sekolah ni aku ngan family gi main air kat Bukit Gambang Waterpark.  
kitorang konvoi (1 kete + 1 van) dari machang ke kuantan. 
Bertolak hari sabtu (28/5/2011) lebih kurang pukul 8 pagi kot.
kali pertama  munawwarah berjalan jauh.  perjalan beliau yang paling jauh setakat ni. ehe..
seminggu sebelum  gi gambang munawwarah demam selsema. ayah dah cakap kalau munawwarah tak sihat, percutian cancel. nasib bek cepat sembuh.
 

------------beliau agak boring duk dalam kete lama2. nasib bek ada markude yang sudi menghiburkan hati beliau.  memang munawwarah suke main ngan markude. mungkin sebab markude beliau seorang yang gilak2. hahhaa!!


markude yang manis =)
-------------
lebih kurang pukul 10 pagi kami sampai kuala terengganu. singgah jap kat masjid terapung a.k.a Masjid Tengku Tengah Zaharah.  Nak mandikan munawwarah. jalan bukan main dah jauh tapi tak mandi.
sambil nyelam kami minum air, berkelah jap sambil makan2. perut tade la lapau sangat, tapi kalo ada lauk ayam goreng sambal umi, memang aku taleh tahan. sodap wooo !
bertudung ijau itu umi aku, yang berkopiah itu papa aku.
yang merah dalam lonjok (mangkuk tingkat) tu, tu la ayam goreng berlada umi. ada lauk ni je dah cukup menyelerakan+nasi panas.
yang mulut tenganga baju belang2 selendang pink tu: angah aku. dia. muka cam kecoh kan? memang kepooh.
------------


perut dah kenyang, munawwarah dah mandi, kami pon meneruskan perjalanan. singgah umah akak aku yang duk kat dungun.  singgah solat je, sebab perut masih lagi kenyang.  lebih kurang pukul  2 ptg kami bertolak terus ke kuantan.  sampai kuantan, kami mencari2 hotel.  aku lupa nak print map hotel tu. nasib bek ada garmin. ngaaa !!! kami nginap di hotel grand city, kuantan. hotelnya ok la, tapi bilik muat2 je. biasa la, jaga bajet. hahaha!!  sekadar untuk tido. rate kira berpatutan.  kalau book online dapat rate murah.  aku amik deluxe double (1 katil queen) RM 85.00.  sesampai di hotel, makan2 (habiskan bekal yang ada), rileks2, sepah2kan bilik. hahahaa!!!
bilik kami... muat2 jep.

munawwarah, mak uteh ngam asyraf
bilik umi besar sikit. 2 katil queen

-----------
agak kesian kat sulong sebab book bilik besar dapat yang kecik. miscommunication la kot.  tapi agak tak puas hati, bila mintak tilam extra, selamber badak cakap dah habis.  herm... servis agak kurreng.

malam tu kami merewang2 jap ke east cost mall. masa study kat polisas dulu, east cost mall ni x wujud lagi. masih lam pmbinaan. cuci mata  je. sempat amik gambar kenangan (konon)


cemulaat....


 

  umi ngam mak ude (cyan umi bwk brg byk)               munawwarah kepenatan, sampai telentok                                              

papa dah tak larat nak drive, tengoh jadi driver tuk malam hari.
sek racing ni, bawak van laju bukan main. nurun pok. hahhaa!!



29/5/2011 (ahad)


budak ni memang aku geram betol !
-----------
Menuju ke Bukit Gambang dengan penuh excited (budak2 je,e?)
singgah makan pagi kat kedai makan ni. kedai ni ngadap ngan pintu masuk ke Bukit gambang waterpark(seberang jalan).
makan roti canai je. tapi roti canainya sedap. rangup dan menyelirakan.
kami menyerang kedai itu dengan penuh kelaparan. 
aku tengok area bukit gambang ni macam tengah nak membangun. banyak perumahan baru dan rumah kedai sedang dibina dengan rancaknya. 
aku ngatkan bukit gambang waterpark ni tepi2 jalan je. rupanyan jauh jugak. sebelum sampai sini, akan lalu  kolej matrikulasi pahang.




markude ngam umi.  tengoh telah menerbangkan nadhiraah.

caaaaayyyaaanggg dia !
makude ngan nina



munawwarah ngam ayah long

munawwarah ngam nadhiraah
ayah noya

ayah chik

mummy ngan shada

makude

mama, picha, shada

yaya. mak uteh, asyraf (ngatok)

asyraf buah, tapi takut main air

mereka itu

-----------
lepas kenyang makan kami pon menuju ke bukit gambang waterpark. orang dah ramai beratur tuk beli tiket. patut datang lepas suboh. haha!!





dihan. cyan dia demam. muntah2. penat jalan jauh.



menanti dengan buas. (nadhiraah)



kami+ayah cik


mak ngan munawwarah




kiut ngat gambar ni

free, tapi tak dapat main pon. budak 6 bulan, apa la sangat bagi beliau main2 air ni.
----------
gambar masa kat dalam tu taleh nak amik. bukan sebab tak dibenarkan. tapi susah, bila dah basah, cane nak amik gambar. camera kami bukan waterproof =(
sangat seronok bermain kat dalam tu.
munawwarah suka main air.klu time nak mandi memang dia suka. tapi maybe suhu air kat sini tak sesuai kot. aku bawak men kat tempat budak2:
aqua play
----------
selam sikit2 dalam air (selam kaki je), melompat2 kaki mintak didukung.
cyan munawwarah, maybe sebab penat sangat beliau tertidur dalam kebasahan. lena betol.

mula2 bagi can kat ayah dulu main, lepas tu mak pulak.
tapi yang beriya sangat aku la. nasib baik la hasben aku sporting.
kasi can. ye la, datang jauh2 xkan nak tengok je. kna la main puas2. baru la berbaloi.
tinggallah munawwarah ngan ayahnya. sementara aku pegi  'membujangkan' diri sekejap. =P

memang best. walaupun aku ni penakut, tapi berjaya menghilangkan takut. mana taknya, malu la ngan budak darjah 5 tu..
antara yang best adalah: 
family raft ride
(the longest in malaysia, leh nek 1 family, pening kepala aku, tp memang besh! )
-----------
nak naik benda ni kna panjat tangga dulu sampai atas bukuit(bahasa david teo) sana.
kat atas bukuit itu, aku tengok jentolak sedang meratakan tanah dan bukuit, mungkin nak membesarkan lagi taman tema ni kot. tapi nampak agak berbahaya la kan. orang duk main kat bawah, kat atas ada kenderaan berat dan pembinaan sedang dijalankan. malang tak berbau. mintak jauh la benda2 cani.
aku be3 ngan makude n ayah cik(irsyad). untuk memenuhkan pelampung yang besar tu ,
kalau tak nanti tak balance, boleh membahayakan(leh muat dalam 5-6 orang, ), kami terpaksa la nek ngan 2 orang lain (ayah ngan anak bangsa cina). lifeguard tu cakap semangat 1malaysia. (iyolah).
rugi la bg sulong, tengoh, dan abg long yang tak layan slide2 yang hebat ni.

ini namanya galaxy slide (terowong air yang gelap dan panjang).
leh naik pelampung yang sorang atau pon double.
kami memekik dengan sepenuh hati. wahahaa! suka2!


ini namanya galaxy slide. slide ni cerah dan terang.
terasa macam lam cite ice age. berpusing2 dan melambung2.

yang ni ok la. tapi tak adventure pon.air dalam 1 meter je.
ada lambung2 ombak, gitu je la.
(lifeguard nya muke cam zizan raja lawak, tapi sayang gigi rompong. gaaaa!!)
canopy slide. separuh bertutup separuh terbuka. tersedia dengan pohon2 menghijau di kiri dan kanan.
tapi aku tak layan gak. tekejar2 sikit. teringat kat anak.
sebab tempat ni jauh sikit dari tempat kami berkelah.


yang ni pon hebat.6 lane racer- the longest in m'sia.
tapi pon aku tak layan. gayat mak !
aku tengok ada akak tu layan. hebat betol beliau.

 dan ada beberapa lagi port yang ada. untuk maklumat lebih lanjut sila klik bukit gambang WaterPark.


makanan kat sini boleh tahan mahal. tapi anda tak perlu bawak cash. sebab kat sini pakai sistem e-value. all transactions are automatically deducted from a prepaid wristband. cuma topup kat kaunter je. boleh masukkan 100,50. nak sewa pelampung, nak beli makanan, hulurkan tangan anda yan ber'wristband' itu, dan wang anda akan dipotong dari situ. mudah kan?

kami kluar lebih kurang pukul 3 ptg kot. tu pon budak2 dan mak2 budak ni tak puas lagi main.
nanti datang lagi, bila anakku dah pandai main air.
aku bukan main semangat, siap beli pelampung kat munawwarah. RM29.90 at gift shop.

oh ye, duit yang kita top-up tu, kalau ada baki lagi masa kita keluar, kita boleh refund kat kaunter tiket. sebab bila kita hantar pelampung yang disewa, akan dapat balik duit deposit sewa pelampung. bawak wristband. duit lebih tu boleh la wat beli cenderahati. harga cenderahati agak berpatutan.
bukuit gambang ni tutup ari selasa (kecuali public & school holiday). tuk cuci air kot.
sebelum meninggalkan bukuit gambang itu, kami amik gambar kenang-kenangan.

munawwarah... tido lagi.

ahli rombongan. family sulong tak masuk. entah ghaib ke mana dorang

orang sama.

yeaaahhhh!!!

set lepan moktan


lentok anak mak tido. rugi ayah tak amik gambar sama (beliau terpaksa menapak jauh untuk pergi tempat parking. kami tunggu disini je)
-----------
kami terus balik, tak singgah bandar kuantan. terus masuk highway.
singgah solat kat r&r apa ek? lupa suda.
meneruskan perjalanan. singgah area cherating. makan malam.ummi belanja. rugi sulong x ikut kami.
(beliau terus balik KL).


makanannya ok la. tomyam puteh yang sedap.
budak lapar-dani. hahah!!

Tengoh


         kami !




ngan makude





umi belanje !


kami sampai rumah dengan selamatnya lebih kurang pukul 12tghmalam. sangat kepenatan. sepanjang perjalanan anak mak tido dengan lenanya. 

thanx to u olls yang terlibat dalam percutian ini.  dah lama kami adik beradik tak pegi holiday sama2. ye la, masing2 dah kawen, komitmen keje lagi.  harap lepas ni kita dapat spend time together cani lagi.
Insyaallah ada rejeki lagi =)

thanx lot tu suamiku yang sudi memandu untuk percutian ini.
ngeeee....jua untuk papa. walaupun kudratmu  tak sekuat dulu, tapi masih dikuatkan demi anak2.


   
bintang kecik - kemalasan untuk edit gambar2 itu