Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Monday, October 3, 2016

selamat pengantin baru

assalamualaikum wbt
si cantik si kacak =)

selamat menjengah ke tahun baru 1438h.
semoga tahun ini hidup kita akan lebih positif dan indah. 

itulah yang selalu kita harapkan. kan ?
jika hidup ini tidak seindah yang kita lakarkan di minda,
ingatlah, allah maha mengetahui lakaran terbaik untuk kita.
bergantung hanya padaNya. 
kerana Dia tidak pernah melukakan hati hambaNya.

baiklah.
tajuk macam bahagia sangatkan. 
seronoknya jadi pengantin. 
seronoknya jadi pengantin baru. 
sehari ini je kita boleh jadi raja. 
semua orang akan lihat kita cannnntik... manis.. berseri2.
semua orang datang meraikan kebahagiaan kita. 
indahnya...
bagai di awangan ke 7. 
expectetion. 

reality;
kau pening kepala nak piki nak cekau duit 
dari mana nak wat majlis kawen,
kalau kau bakal suami, 
lagi kau migrain memikirkan nak penuhi impian
belah perempuan nak hantaran macam siti nurhalija. 
belum masuk 19 dulang hantaran berupa 
beg LV, kasut LV, tudung LV, purse LV, shades LV, 
gelang rantai cincin emasLV, 
serbamaknika nak berLV. 

kalau kahwin tahun depan insyaallah beg besar gedabak ni duk atas par. 
tiba2 pulak aku teringat kat member aku yang bawak beg toto masa tadika dulu.
serius, aku sangat teringat.
serius aku tak sangka.
jadi fesyen beb. 
terer la kau dapat baca masa depan. 
kalau dulu aku dah boleh bawak tepon pegi tadika, 
confirm aku dah selfie ngan kau.
tapi serius, aku tengok gambar ni pagi tadi, 
terus aku teringat kat member aku tu.
entah kat mana la dia sekarang. 

ok, sambung cerita pengantin baru. 

belum masuk lagi majenge (pelamin), jurusolek, jurufoto, jurukalut.
jurumasak, jurukhemah, juruacara, juru lampu, jurumeja. 
dan semuanya. 

lagi sebelum tu nak kad kawen kertas kadbod setebal 30cm, 
bau nak wangi melekat hingga 9 keturunan.
nak bau wangi salvatore ferragamo yang ala2 kayu kayuan. 
pingsan kan.
3 keturunan tak habis lagi bayar hutang. 
ko....  

maka, 
sedarilah wahai anak muda, 
nak kawen ni bukan keje mudah. 
tapi insyaallah permudahkan kerja kawen agar ada keberkatan didalamnya. 

baru2 ni berbicara dengan suami pasal kisah kawen.
terthrowback pulak masa majlis kawen kami.

pada masa itu, 
suami aku tidaklah merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat. 
duit kawen pun entah di mana2 lagi. 
tak tau nak cekau kat mana. 
penyeponsor pun tade. 

tapi itulah, 
bila dah jodoh, allah dah tulis jodoh itu, 
tanpa disangka2 ada rezekinya.
allah bukakkan jalan. 
suami aku cakap, ketentuan ilahi. 
dah memang takdirnya jodoh kita. 
dalam keadaan rasa macam takde duit nak kawen, 
kami kawen jugak. 

kalau dah memang takde jodoh, 
duit berkepuk2, dah rancang baikk punya, 
kalau dah allah tentukan takde jodoh, 
tak jadi jugak kawen. 

makanya kunci yang suami aku cuba sampaikan adalah, 
ketentuan ilahi. 

aku cuba fahami dan sedari hakikat itu. 
yelah, paham. 
sambil kepala mengangguk2. 

semoga ketentuan ilahi ini berkekalan hingga ke syurga firdaus. 
amin...

eh, 
sebenarnya nak maklum, 
ari ni ulang tahun perkahwinan kami.
ke 8 tahun, baru.

panjang lagi masa nak kena hadap dengan en. hishamudin ahmad bunian.
semoga allah persegarkan cinta dan kasih sayang kami.
seperti baru2 bercinta, setiap hari.

semoga allah melindugi kasih sayang ini dengan penuh rahmat.
menjaga hati kami.

dan semoga kami mampu mendidik anak2 kami menjadi hamba allah yang mengejar kejayaan ukhrawi.

sempena anniversary kami, 
kasi can aku lanje gambar jaman muda sekeping dua ya =)

mohon jangan tergoda dengan keterlajakan kacak suami aku. 
haha. 
ke aku je perasan suami aku kacak ?




ini masa tunang. 
bentuk wajah masing2 masih lagi V.
sekarang dah U dan O.

ini kali pertama dan terakhir aku make up beria2.

beberapa detik sebelum jadi suami suchi. 
runcingnya wajahmu sayang. 





raja hishamudin dan permaisuri suchi. 

doakan kami bercinta selalu ye =)
terima kasih. 

untuk suami, 
terima kasih atas segala yang manis letting, pahit leppey, 
masam purit, tawar hebbey, pedas nyengar. 

oh sayangku, hulurkan tanganmu, 
bersama kita bergandingan, 
berdua menuju arah bahagia
melalui liku2 kehidupan,
pahit manis kita hadapi bersama,
semoga kita berdua berbahagia.

thanks for singing =p

No comments:

Post a Comment