Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Monday, January 19, 2015

novya sephia mak

assalamua'laikum paciks maciks cantiks manish !
nama saya sephia nur imani.
mak saya panggil sama iman.
kadang2 panggil ommei2, macam kaklong saya. 

kaklong saya suka main dengan saya.
kaklong saya suka cium2, peluk2 saya.
kaklong saya banyak bagi mainan kepunyaan dia kat saya.
kaklong saya sayang saya.
bila kami besar, kami nak main sama2.
saya pun sayang kaklong saya.

gambar saya selalu tak sharp sebab saya jarang duduk 
dalam keadaan statik dalam tempoh yang lama.
mak kata muka saya sejibik muka kaklong saya masa dia kecik.

saya dah pandai senyum, sengih2, ketawa kekek2.
kadang2 saya gelak besar.
kadang2 saya menjerit2 gembira.
mak saya suka main ngan saya.
gembira bukan main mak saya bila tengok saya mengekek2 ketawa.

umur saya dah 4 bulan, 
dan alhamdulillah mak bejjaya breastfeeding saya dalam tempoh itu.
semoga saya sihat walafiat dan mak saya dapat ebf sampai saya 6 bulan,
dan bf sampai 2 tahun.


hai kekakaks kekabangs yang segaks melawa.
nama saya novya delisha munawwarah.
mak saya panggil saya kaklong,
kadang2 sayang, kadang2 longlong,
kadang2 mek. kadang2 baby, kadang2 macam2.

tahun ni saya berumur 5 tahun pada bulan november.
walaupun kalau dicongak2 saya belum berumur 5 tahun,
tapi mengikut congakan tahun, saya dah masuk tahun yang ke5.
maka mak ayah nak hantar saya ke sekolah.
supaya saya boleh belajar dengan baik dan formal.

sejak saya dimasukkan ke sekolah bermula 11 januari lalu,
tiada hari yang saya tak menangis.
hari2 saya menangis.
saya menangis sebab saya ingat mak saya.
lagipun, saya tengok ada kawan2 saya yang balik awal,
maka saya pun nak balik awal jugak.
tapi mak tak jemput saya awal.
mak jemput saya petang.
-mak kan kerja....

semalam saya dah mula belajar.
saya belajar my family.
teacher bagi lukisan dan saya warna lukisan tu.
teacher bagi 3 stars.
saya bawak balik lukisan tu, mak tampal kat dinding.

untuk pertama kalinya saya makan di sekolah semalam.
sebelum2 ni saya tak lalu makan. saya tengok je kawan2 makan.
semalam saya makan nasi sup dan mee goreng.
saya memang suka nasi sup dan mee goreng.

hari ni saya ke sekolah,
dan menangis semasa mak hantar saya.
teacher saya pujuk saya dan peluk saya.
saya akan belajar rajin2 dan tunggu mak datang jemput saya.
"mak datang awal ye..."

selfie dulu ngan mak sebelum gi school dan menangis depan pintu school.


sebenarnya mak rindu anak2 mak.


Sunday, January 18, 2015

tangisan di sekolah. lagi ?

Assalamua'laikum wbt.
minggu baru aura baru semangat baru.

18/1/2015 - kalau congak memudah, maknanya hari ni iman dah genap 4 bulan.
alhamdulillah mak masih berjaya menyusukan iman dengan susu badan secara ekslusif.
semoga berjaya ebf sampai 6 bulan. dan menyusu hingga iman 2 tahun.
gambate !

makin seronok main ngan iman sekarang ni.
ketawa dah mengekek2.
muka sejibik sejiban macam kaklong.
kalau tersenyum tersengih memang koyok tepek serupa.

3 hari sebelum genap umur 4 bulan, 
iman berjaya menaiktaraf kebolehan diri dari berbaring
kepada meniarap.
tahniah iman !

hari ni hari ke6 kaklong ke sekolah.
kaklong pindah ke bangunan baru sebab bangunan asal agak crowded. 
jadi terpisah kepada 2 tempat.

maka mungkin beralih tempat baru, dan teacher yang baru2 nak kenal,
maka nampak kaklong agak jakun sikit pagi tadi.
berdrama air mata lagi hari ni.

sebenarnya teacher tu memang dah mengajar kaklong sebelum ni,
tapi oleh kerana sibuk nak siapkan classroom baru, 
maka tak banyak masa sempat diluangkan bersama.

nama teacher kaklong teacher syida.
teringat pulak kat cikgu syida yang gelemeres satu tika dulu.

nampak suasana kat tempat baru macam lebih best. 
lebih luas dan berada di tingkat bawah. 

harap2 kaklong berseronok di sekolah.
mungkin minggu ni teacher dah mula mengajar.
takde la rasa bosan ke sekolah - senaman, mewarna, tengok upin ipin, tido mandi solat balik.
harap2 minggu ni dapatlah mak tengok kaklong bawak balik hasil kerja kaklong kat sekolah.

haih,
nak selit gambar, takde amik gambar.
talipon demam teruk, sesi bergambar dah lama terhenti.
huhu...

Thursday, January 15, 2015

air mata di pagi sekolah

assalamuálaikum wbt.
selamat hari sedih.
huhu...
minggu januari yang penuh kesedihan.

hari2 anak iolss menangis kat sekolah.
sedih sayu hati mak.
kenapakah kaklong awak begitu tegar menangis di sekolah ?
janglah terlalu rindukan mak.
macamlah mak tinggal awak kat sekolah sampai malam.
ratu air mata betul la kaklong ni.

balik sekolah semalam,
masih menangis.
acaner tu.
teacher cakap kaklong join aktiviti ngan teacher dan kawan2,
tapi bila time teringat kat mak,
mula la menangis.
siap tanya teacher, ''nati mak mari amik kaklong?''.
penat teacher nak menjawab.

mak tanya nak gi sekolah tak esok.
kaklong jawab, taknak.
omaiged, janganlah begini.

15/1/2015 khamis - hari ke 5 persekolahan.

bangun pagi kaklong sedar sendiri.
tak kejut pun.
sebelum itu : pukul 4 pagi kaklong mengigau.
menangis dan cakap, ''toksei, toksei,toksei !'',
apa yang toksei tak tau.
toksei tu taknak ye.
pastu cakap, ''mak amik awal deh'',
dan itu yang kaklong selalu cakap pada mak.

rope2nya kaklong suruh mak amik awal sebab ada beberapa
orang budak yang amik kelas belah pagi je.
tengahari mak dia datang amik.
dorang takpela, mak dorang tak keje.
mak kaklong keje. jadi takleh la macam tu ye kaklong.

berbalik pada pagi tadi,
pukul 5 pagi mak sedar tubuh kaklong panas.
demam lah pulak.

tapi masa kaklong sedar dari tido kaklong cakap nak gi sekolah.
lepas mandi, mak rasa macam kesian pulak nak bawak kaklong gi sekolah
demam2, dengan bersedih lagi.
jadi, mak tak jadi pakaikan baju sekolah.
mak anta umah nekma jela.
tapi lepas kaklong tengok mak pakai baju siap2 nak gi keje,
kaklong cakap, kaklong nok gi sekoloh.
pulek deh....
yelah, tukar baju siap2 ke sekolah.

tiba di sekolah, drama air mata di pagi hariku bermula lagi.
taknak turun kereta, taknak gi sekolah.
mak anta kaklong balik la.

haduh, badan kaklong panas, tapi suhu tak tinggi sangat.
37 darjah celcius je.

oklah. kaklong takyah gi sekolah.
meh kita gi bagitau teacher. sebab mak dah parking depan sekolah,
teacher dah nampak, takkan nak belah gitu je.

dengan senang hati kaklong turun kereta, kekonon takyah gi sekolah ni.
bahagialah beliau.
dan mak takde niat nak tipu kaklong okkeii..
mak betul2 nak gitau teacher yang kaklong demam dan tak dapat sekolah ari ni.

tapi nampaknya tak jadi begitu.
teacher ajak kaklong masuk kelas.
teacher siap pakai apron lagi, ari ni teacher nak masak2.
waahh... seronoknya.
tapi kaklong langsung takde rasa teruja.
ditarik2 tangan mak ajak balik
mak.... mak...
dengan mata sayu.
tak sampai hati mak nak tinggalkan kaklong.
tapi kerana teacher cakap takpe puan, maka mak relakan kaklong ke sekolah.
teacher amik kaklong dan dukung kaklong masuk kelas.
dan kaklong meronta2.
nasib baik tak jatuk bedebuk teacher awak.
dan opkos mak dengar suara kaklong menangis.
huwaaaa..  kenapakah kaklong.
sudah2 lah menangis.

berseronoklah kaklong ke sekolah.
timba ilmu sebanyak mungkin.
mak kan sentiasa ada di hati kaklong.
jangan sedih, allah ada jaga kaklong.
mak sayang kaklong.

kul doblas tengahari nanti nak gi amik kaklong.
sebab dah janji tadi, mak amik kaklong awal ari ni.
mak taknak mungkir janji.

ya allah, bukakan pintu hati novya untuk seronok ke sekolah, merasa selamat berada di sekolah, lupakan mak seketika semasa di sekolah.
amin...

* teruja terasa bila rezeki untuk iman makin bertambah.
mak boleh ! yeaah !!!

Wednesday, January 14, 2015

catatan ke sekolah; novya

assalamuálaikum wbt.
selamat hari rabu. semoga hari ni berterusan dengan aura2 positip dalam diri.

sebelum ingatan mak terpudar,
baiklah kiranya mak catitkan cerita sekolah kaklong dalam blog kudus ini.

cepat2lah kaklong belajar membaca.
nanti boleh baca blog mak. 
ewahh... verangan nak baca blog kot.

sambungan cerita hari ke 3 kaklong ke sekolah.
(mak cuba untuk catitkan cerita sekolah kaklong. tapi rasanya hanya untuk minggu pertama, masuk minggu ke 2 dah tak tercatit kot).

13/1/2015 selasa - hari ke3

bangun awal biasa ada merengek2 jugak. 
sayang nak tinggalkan mimpi indah.
mandi bersiap2. kali ni mak tak bagi tido. 
takut kaklong mamai nanti.

sampai umah nekma, tayang baju sekolah kat nekma ngan tokabah.
salam2 masuk kete,mak offer main ipad.
supaya kaklong tak mengantuk sepanjang perjalanan.
alhamdulillah kaklong tak tertido.

sampai sekolah teacher dah bersedia menyambut  ketibaan anak2 didik.
memula tu kaklong taknak masuk jugak.
tapi tiba2 teacher cantik (sume teacher cantik) hulur tangan,''jom novya masuk'',
tanpa disangka2 kaklong menyambut huluran tangan teacher dan ikut teacher masuk ke dalam.
very good girl.
tiada lagi tangisan di depan pintu sekolah di pagi hari.

tapi mak sangat pasti, kaklong tetap akan menangis masa belajar nanti.
sebab teringat kat mak.

dan benarlah telahan mak, 
sebab masa mak jemput kaklong petang tu, teacher cakap ''tiok lagi kak''.
hermm... nok wat guano. tiok la anok selagi awok cekak.
ni pun untuk kebaikan awok jugok.

semalam kaklong tak tido, tak makan.
tapi mandi. teacher mandi jirus kepala, kaklong tok tiok.
kaklong kencing dalam seluar. 

whaattt ???
benarkah. mak cek seluar takde pun yang basah.

katanya seluar tu dah kering sendiri. 
entah ye ke tidak.
lupa pulak mak nak tanya teacher pagi tadi.

kat sekolah kaklong tengok cite opet - upin ipin, geng pengembaraan bermula.
semaye. tapi ari ni kaklong tok semaye. kaklong tengok kawan2 semaye.

kaklong tiok sikit. kaklong tiok ingat mak.

14/1/2015 rabu - hari ke 4

bangun pagi menangis. 
taknak mandi. 
taknak pergi sekolah.

mak bagi syarahan seround, insap sekejap. 

''sowi mak, sowi mak''.
yela, mak dah sowi.

sejak tengok cite peppa pig ni dah pandai mintak maap kalau buat silap.
bagus jugak cite peppa pig ni. walaupun ia cerita keluarga khinzir.

masuk kete mood dah ok. 
dalam kete isap susu. 
nasib baik tak terlelap.

tak terlelap sebab dengar mak bercerita.
kejap2 mak panggil. kot2 terlelap. 

sampai sekolah siap pakai tudung,
memula taknak masuk. 
pastu teacher jemput2, kaklong masuk dengan rela. 
tenang ati mak tengok kaklong tak meraung macam ari ke2.

dan mak tau kaklong akan menangis jugak ari ni.

semalam mak dah cakap, kalau kaklong nangis pun, 
mak tetap takkan datang.
mak tetap akan amik kaklong belah petang.
jadi baik kaklong takyah nangis. 
kalau kaklong tak nangis, baru senang teacher nak mengajar.

apa pun kita tunggu dan lihatlah petang nanti.
menangis lagikah atau berbahagiakah.

susah jugak jadi mak yang baik ni.
hehehe... terferasan la pulek.

#sebenarnyasayarinduanak2saya

hari pertama,
ini dah petang. 
masa balik sekolah.

test baju sekolah.

rupanya ari rabu pakai sport attire.
novya gi sauk uniform ari ni.
mana la mak tau, teacher pun tak cakap semalam.

yep, kakak yang disayangi.
hari pertama tinggal kakak kat rumah nekma.
katanya kesian tinggal kakak kat rumah sorang2.
ari kedua tinggal dalam kete mak.
ari ke3 tinggal kat umah nekma.
ari ni tinggal dalam kete lagi.
"tok ingat nok tinggal kakak umoh nekma takdi'', ujar novya dengan muka kesalan.

gambar pagi tadi. 
masa berhenti kat traffic lite.

-asik pakai tudung kuning je mak minggu ni.
apekedehal.

selamat belajar sayang mak.

Monday, January 12, 2015

Novya, Sekolah dan Air Mata

Assalamua'laikum wbt
kekakak kekabang.

semalam dan hari ni adalah hari pendaftaran sekolah untuk sesi 2015.
tahun2 sebelumnya aku tak terlibat secara langsung dalam acara wajib tahunan mak2 ni - hantar anak ke sekolah.
tahun ni aku terlibat secara sangat langsung sebab kak long dah 5 tahun dan memulakan sesi persekolahan.
rasa macam agak lewat kak long didedahkan dengan suasana ke sekolah.
dah 5 tahun baru nak anta ke sekolah.
almaklumlah, lifestyle ibubapa berkerjaya sekarang menghantar anak ke sekolah paling lewat pun umur 4 tahun.

kalau jaman dedulu tak heran sangat kalau kali pertama anak ke sekolah adalah masa darjah 1.
sebab masa dedulu mak2 kerja suri rumah, so kerja mengasuh adalah kerja mak.

aku dulu 1st time ke sekolah masa darjah 6.
masuk tadika PASTI.
aku steady je gi sekolah masa tu. sebab ustazah PASTI tu aku kenal.
orang kampung aku jugak. kawan mak aku jugak.
so tak terasa asing.

berbalik pada cerita novya pulak.
wahai novya, ketahuilah olehmu bahawa awak menangis di hari pertama ke sekolah.

hari pertama 11/1/2015 (ahad)
mak kejut pukul 5.30 pagi.
bangun pagi opkos menangis.
mana taknya tido lewat maka mengantuk la.
malam sebelumnya : dah terlelap awal2 kul 9 malam. tersedar pukul 1 pagi, sempat lagi bangun isap susu, main ipad. terlelap balik pukul 3 pagi kot. mak pun mamai2 masa tu.

bersiap jangok2. dengan eksaited nak ke sekolah.
mak suruh kak long tido dulu sebab awal lagi ni.
dalam kereta pun nanti boleh tido.
maklumlah perjalanan ke sekolah agak lama +- 1 jam.

mungkin kerana teruja amat, tak tertido pulak walaupun bangun awal.
bercerita sepanjang perjalanan. seronak la mak ada teman berbual.

sampai sekolah,ikut mak masuk kelas.
masih ok. tengok2 orang. maklumlah mak kan masih ada di sisi.
tiba masa yang syahdu.
mak hulur tangan nak salam, kak long salam.
mak cakap, ''ok kaklong duduk sini deh. mak nok gi kijo. kakre mak amik kaklong".
terus, iling2 kepala, jebek2 menangis.
huwaaaa !!! sedihnya ati.
walauapapun mak terpaksa tinggalkan kak long kat sekolah.
nak tak nak kaklong kena sekolah jugak.
mak takkan ada sentiasa dengan kaklong.

mungkin kerana semua orang di situ adalah orang asing bagi kaklong, kaklong rasa tak selamat bila mak takde.

2 kali mak pergi balik ke sekolah kaklong.
tapi mak tak masuk.
mak takut nanti kaklong nampak mak, kaklong nak ikut mak pulek.

tiba masa yang dinanti2, pukul 4.45 petang mak tiba di sekolah kaklong.
tersenyum simpul kaklong bila nampak mak.
ye, mak pun rindu kaklong jugak.

nampak mata agak bengkak jugak, mungkin akibat menangis.
teacher cakap kaklong nangis tak kuat. nangis senyap2.

mak tanya esok nok mari sekoloh lagi dok.
dengan tersenyum manis kaklong jawab nok !

makanan tak jamah langsung.
tapi bab makan tu tak heran sangat, kaklong memang jenis tak makan.
tapi ari ni mak bekalkan kek gulung dan honeystar.
kot2 kaklong nak makan.

dalam kereta mak mulakan tugas sebagai wartawan. mengorek cerita sensai dari kaklong.
"teacher suruh kaklong tido tapi kaklong tok tido. kaklong takut mak tok mari amik kaklong''.
kaklong, pernah ke mak tinggalkan kaklong tanpa sebab.
''mak mari la maso kaklong tiok''.
mustahil wahai anak. kalau mak ni ada kuasa magic, boleh la mak muncul tiba2.
tapi kalau ada pun, mak takkan buat macam tu.
tak kerja la jawabnya mak.
" teacher suruh kaklong menulis rama2. tapi kaklong tak tulih. kaklong malas. lambat penuh''.
ok, menulis rama2 tu maknanya mewarna la tu.
''teacher wat air panas susu kaklong. kaklong tok minum''.
teacher bubuh air suam la tu. kaklong memang tak minum susu yang bancuh ngan air suam. bancuh ngan air masak suhu bilik je.
''teacher jirus palo kaklong masa mandi. kaklong teriok''.
kaklong tak dapat menguasai lagi teknik pernafasan masa mandi.
-checked, semua tu mak dah bagitau teacher pagi tadi.

so kesimpulan untuk hari pertama sekolah, kak long suka ke sekolah.
cuma perlukan masa untuk berkawan, berkenalan ngan teacher2.

12/1/2015 (selasa)

bangun pagi pukul 6.
menangis jugak. tapi tidak selama semalam.

lepas mandi2, sauk uniform sekolah.
mak cakap kalu kaklong ngantuk kaklong tido la dulu.
isap2 susu, terlena pulok.
ayah angkat masuk kete.
terlena lelap sampai2 dah sampai sekolah.

mak kejut2, lambat jugak nak bukak mata.

mak sikat2 rambut, pakaikan tudung.
ok, jom mak anta masuk kelas.

drama syahdu bermula. lebih awal dari semalam.
kaklong iling2 kepala.
cabaran lebih sukar di hari ke 2 rupanya.
taknak keluar kereta pulak.

mak tanya kenapa kaklong taknak gi sekolah.
''mak takdok."
~ngeri tak terbayang mata, bonda takkan ada sentiasa.
nanti bila kau buka mata, bonda memujukmu ananda.
lalalalala~~~suara kokping terngiang2 dicuping telinga mak.

ni tak tau la bagus ke tak sebenarnya - tapi lebih kepada menipu.
mak cakap ok meh mak tunggu kaklong.
terus kaklong pakai selipar, ikut mak masuk kelas.

sampai2 depan pintu sekolah, taknak masuk pulak....
lemah hati mak tengok anak mak tak seronok.

pujuk punya pujuk,  dekat setengah jam jugak tak berkesan.
akhirnya teacher cakap, tinggal la kak. nanti kita gayo.
berat ati sebenarnya nak tinggalkan kaklong dalam keadaan hati kaklong tak rela.
tapi apakan daya, mak dah lewat nak gi kerja, dan mak takkan berjaya pujuk kaklong ke sekolah.
so, dengan penuh berat ati mak relakan teacher pegang tangan kaklong dan mak lepaskan genggaman tangan mak.
cewaahhh... ayat dah macam lagu salem la pulek.
sejurus tangan mak dilepaskan, mak cepat2 menuju ke pintu.
sempat mak intai di balik cermin, muka kaklong yang amat sedih, memanggil ''maaaakkkkk !!!!!''
sedih hokkei.
mak memang, emosi lebih sikit. hehee
tapi sape tak sedih tengok anak menangis gitu.

takpe kaklong. demi masa depanmu yang cemerlang gemilang terbilang,
menangislah hari ini dalam kesedihan.
insyaallah kaklong pasti akan menangis kesyukuran kerana mak hantar kaklong gi sekolah.

dijangkakan keadaan ini akan berlarutan dalam masa seminggu ni.

selepas kaklong dah serasi ngan teacher dan kawan,
boleh terima kenyataan yang mak takde sesama ngan kaklong kat sekolah,
kaklong akan ok.
malah kaklong akan bergembira nak ke sekolah nanti.

sikit lagi nak pukul 5.
cant wait to see you bebeh !

iman di rumah steady aje dengan nekma ye.
mak miss you too much !

ya allah,
bukakan pintu hati novya delisha munawwarah untuk seronok ke sekolah.
bukakan pintu hatinya supaya dia mudah belajar, mudah menerima ilmu2 yang diberi oleh guru2,
pandai menjaga diri, menghormati orang lain, yakin pada diri sendiri.
semoga novya delisha munawwarah menjadi anak solehah menjadi hamba yang taat padaMu.
amin....

Thursday, January 8, 2015

posisi menyusu yang terbaik

Assalamualaikum w.b.t
selamat tahun baru wahai kekawanku sekalian.
pantas bener masa berlalu ye.
dan agak lama bener blog aku ni tersadai di tepian pantai tak berombak.

banyak benda aku nak kongsikan. 
selain untuk dikongsi, nanti di depan masa mudah untuk aku rujuk balik.

syukur alhamdulillah allah permudahkan aku untuk menyusu badan 
anak yang ke 2 ni.
bersyukurlah sephia nur imani.

maafkan mak novya.
walau apapun, mak tetap sayangkan novya lebih dari segalanya.

cerita kesukaran dan halangan menyusu aku 
akan aku kongsikan nanti.
dalam entry lain.
moga2 ada masa terluang dalam masa terdekat ni.

hari ni aku nak share salah satu faktor yang membantu untuk menjayakan
penyusuan susu ibu - posisi menyusu.

sangatlah penting untuk ibu dan anak berasa selesa semasa menyusu.
nak2 masa dalam pantang. seminggu pertama yang pastinya mencabar.
cabaran akan bertambah2 lagi bila susu ibu tak banyak.
 
mengikut pengalaman aku :

ini adalah 2 posisi yang amat2 amat2lah membantu ye.

CROSS CRADLE HOLD & FOOTBALL HOLD.

berada dalam posisi ini sangatlah menselesakan. 
ibu selesa, baby pun selesa.

terutamanya bila kita terpaksa duduk lama untuk menyusukan bayi masa dalam pantang.
dan sangat membantu bagi ibu2 yang mengalami masalah puting.

masa dalam pantang, posisi football sangatlah membantu aku berasa selesa semasa menyusukan sephia. 

my favourite position - football hold. 

so, kalau korang ada dengar sesape yang bermasalah untuk menyusukan baby,
please, cadangkan dorang untuk mencuba posisi2 ini.
insyaallah pasti dorang suka dan selesa.
jangan biarkan mereka berputus unser sebelum berusaha.
jom susukan bayi dengan susu ibu. yeaahh !!!

cross cradle hold

football hold


ini yang cikgu susu aku cakap :

1. Ibu yang baru lepas menjalani pembedahan cesarean. 

Posisi ini tidak menekan luka bahagian pembedahan semasa penyusuan. Jadi kita lebih selesa semasa menyusu.

(untuk yang melahirkan secara normal pun sangat membantu)

2. Ibu yang ada flat nipple / inverted nipple. 

Ramai ibu berpendapat, puting terlalu kecil atau rata dan inverted tidak boleh menyusu. Tahukah anda, sebenarnya ibu boleh menyusu dengan jenis puting begini. Pastikan ibu menggunakan posisi ini untuk memudahkan bayi melekap dengan betul. Satu tangan di belakang leher bayi dan satu tangan lagi mengampu payudara ibu. 

Dengan cara ini, kita dapat pastikan bayi menyusu dari keseluruhan bahagian tampuk hitam (areola). Bayi dapat menyusu dengan baik, ibu pun selesa.


3. Ibu yang ada breast yang agak besar atau sagging. 

Dengan posisi cross cradle dan football hold, ibu dapatkan pastikan bayi menyusu dengan betul dan dapat mengelakkan payudara ibu menutup rongga pernafasan bayi.

4. Tandem pumping.

Posisi yang sesuai kalau ibu nak buat tandem pumping. Sebelah menyusu dan sebelah mengepam. Bayi lebih fokus kepada penyusuan dan tidak terganggu dengan sesi mengepam ibu. Ibu jimat masa, sambil menyelam minum air gituh!


Zuain Ghani,
Cikgu Susu Anda.

terima kasih cikgu susu !