Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Monday, August 3, 2015

timbalah ilmu walau terpaksa menangis

Assalamualaikum wbt.
Salam kasih sayang rindu padamu tidak terkira,
mengenang orang yang jauh - itu lagu.

2 bulan x hupdate blog, biasa... orang bizi kalahkan PM.
biasa lah. kalau aku PM, sejam sekali hupdate blog. 
sebab ada orang hupdatekan. 

ari ni terthrow back kisah kaklong mula2 sekolah awal tahun ni catatan sekolah novya
bila baca balik, terbayang2 muka kaklong yang kesedihan menangis kerana ditinggalkan, 
di sekolah.

untuk makluman kaklong, saat mak hupdate entry ni,
drama ayer mata depan sekolah sudah lama tamat siaran.
kaklong dah tak nangis dah. yeeaayy  !!!
since i cant remember. 
tula, mak lupa nak catit hari pertama kaklong tak nangis gi sekolah.
tapi rasanya dekat setengah tahun jugak kaklong berdrama air mata.
ye, tempoh yang agak lama sebenarnya. 

tapi alhamdulillah, 
berkat doa, sokongan teacher, akhirnya kaklong tak nangis pergi sekolah.
sekarang, sampai sekolah, salam mak, masuk kelas.
dah takde pujuk rayu tangisan hiba. 

dah banyak yang kaklong belajar selama lebih kurang 7 bulan kaklong sekolah.

1. perkataan dengan 1 suku kata kaklong dah boleh baca. 
contoh : bu-ku, sa-ya, ma-ma.
mak dalam usaha mencari story book dengan suku kata pendek2 untuk bagi semangat kaklong membaca.

2. menulis dah makin pandai. ada beberapa huruf yang terbalik, seperti huruf s, p, d. 
rajin menulis. tapi tulisan tu kena perkemaskan lagi. 
iman pun sekarang dah pandai pegang pensel, conteng2 dinding.
ye, conteng dinding. berduet dengan kaklong.
dengan gumbiranya.
sekarang dinding dah tak berapa dapat tangkap hasil lukisan anak2 mak sebab dah banyak 
sangat lukisan sediaada dari kaklong.
maka, mak beli kertas putih besar, mak tampal kat dinding.
ha, jemputlah korang conteng kat situ.

walau mak tahu, hasil karya tu akan melarat ke dinding yang tak berkertas jugak.
silalah anak conteng.
mak dan ayah dah gitau, takkan cat balik dinding tu.
mak ayah nak biarkan aje lukisan2, contengan tu melekat kat dinding tu.
supaya nanti korang boleh tengok apa yang korang tulis masa kecik.

dan contengan kaklong sekarang dah makin bagus.
ada lukisan mak ayah, kaklong dan iman. ada tulis nombor, ejaan nama, pelangi.

3. hafalan makin banyak, selain surah2 lazim dan doa2, kaklong dah hafal ayatul kursi, surah al-mulk hingga ayat 8, zikir2.  

4.  banyak kaklong belajar, faham dan ingat sepanjang kaklong sekolah.

muka sembab bangun pagi nak gi sekolah. 
di tangan itu adalah reward sebab tak nangis. 

ye, itu biasa. 
tak perlu terkezut jika tengok kaklong bertudung ala datin 
bila balik sekolah. 
memang gitu sokmo.
kaklong dah gitau, 
kaklong tak rasa rimas, kaklong ok jeww pakai tudung gitu.


ni hasil air tangan kaklong sepanjang 5 bulan gi sekolah.
sume ni hasil masa kelas art and craft setiap hari rabu. 
pertengahan mei baru ni ada parents meet.
mak jumpa teacher dan tengok result dan kertas pekse kaklong.
not bad, good job kaklong.
dan baru mak tahu, koyak kertas, gumpal kertas jugak merupakan 
salah satu latihan untuk tingkatkan motor skill anak. 
termasuk jugak proses merangkak. 
nampak macam remeh, tapi penting. 
hurmm... so, jangan sekat kebolehan anak2 ye. 

dan kaklong nak tunjuk kat semua orang hasil air tangan dia ni.
nekma, tok abah, mama, atok, mok teh, mokdo, ayah su, ayah cik, che nor,
poksu, ....... the list go on...

ini mek iman ommei2.
gambar yang bulan mei jugak. 

muka sedih selebet sebab mak tinggal nak gi kerja.
takpe, mak tinggalkan teman yang tak terganti kat iman tiap2 hari. 
kan ?

so sekarang, kaklong akan berterima kasih pada mak sebab hantar kaklong gi sekolah walaupun awal2 dulu kaklong nangis bagai nak rak, bagai mak nak tinggalkan kaklong foreva.

alhamdulillah. 
syukur ya allah. 


1 comment:

  1. mok datin pon kaloh nge stail tudung kaklong sebenarnyo..hahaha.
    bagus kaklong semakin rajin ke sekoloh....
    semoga kaklong menjadi sebijak mak nanti besyar..hehe

    ReplyDelete