Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Wednesday, May 15, 2013

kemeriahan parti hari jadi dan parti politik

Assalamu'alaikum w.b.t
hai korangs !!!
acaner hari korang ?
ada bagus ?
semoga Allah merahmati kita semua =)

PRU 13 dah berakhir lebih kurang 1 minggu lalu.
tapi bahangnya masih terasa.
mungkin sebab bendera, panji2 dan tugu2 parti bertanding
masih belum luruh dan dileraikan.
masih ada bendera2 parti berkibaran megah di jalanan,
atas tiang lampu, atas pokok kelapa atau merentasi jalan.

harap pada orang bertanggungjawab silalah kemaskan balik ye.
nampak semak dan mungkin akan membahayakan pengguna jalan raya.

hari tu masa drive balik keje,
ada tali bendera bergayutan kat tengah jalan.
bahaya kepada penunggang motosikal.

baiklah,
dah siap membebel.

belah petang 4/5 kitorang buat makan2 sikit.
celebrate hari jadi papa. kebetulan pulak sume ada kat rumah.
cuma akak aku yang duk KL je tak balik.

masak ala2 kadar je.
tengoh aku yang memang superb bab masak memasak dah volunteer nak sediakan juadah.
aku sebagai insan yang tak superb bab masak memasak, sekodar offer diri untuk makan memakan je.
beli sejibik kek kat kedai kek melor yang very luxurious from outside, but very old timer when you're  inside. boleh la dari tade...
itu lah balasan orang malas. nak gi cari kek kat KB malas, nak buat sendiri pon malas.
* ummi cakap, kek coklat kukus kelembapan berganda aku buat lagi best kot. hnff.. nhfff... kembang kempis mak. =)

menu ala2 tepi pantai.
sebab ada ikan celup tepung.
popia kering, popia sira & jemput malas (nama memang tak membina).
heheh...
orang KL panggil cucur udang ek ?


papa dan sebahagian anak2 dan cucu2. 
excited nak potong, lupa nak pakai kopiah.

nampak tak budak yang lena tido kat belah kanan tu ?
nadhirah, anak kepada sulong aku.
tido sekak2 nok, orang bising2 potong kek, makan2, gelak2,
dia boleh tido lena tanpa hiraukan kebingitan itu.
kalau novya, jangan harap...


susun cantek2 sebab nak hupload dalam instagram =)

tabiat makan orang sekarang,
sebelum makan amik gambar, baca doa nombor 2. 
kan ?

-------------------------------------------------------------------

bila malam bulan menjelma...
jeng... jeng... jeng...

belah malam 4/5 aku ajak ummi round2 tengok suasana PRU 13.
saja nak menyibuk. hehe.
maklum la 1st time mengundi, dan dengar katanya PRU 13 
adalah yang paling sengit. 

sekarang nak tayang gambar aku melawat pondok panas kat kampung aku
sempena PRU 13 baru2 ni.
kenapa pondok panas ?
sebab ada orang bakar ayam.
hehee...


terima kaseh kepada pak su lah yang menjadi penaja untuk malam itu.


baju hijau tudung pepel yang manis2 tu ummi aku =)


muafakat membawa berkat. 

tunggu ayam masak.


ramai jugak orang kat pos ni.
tambah2 malam tu adalah malam terakhir sebelum PRU 13 keesokan harinya.


selain ada makan2, ada ceramah agama.
ni salah satu sebab kenapa orang suka lepak kat pos ni.

Hadis riwayat At Tabrani,
"Apabila kamu melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi ini),
maka hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya).  
Lalu sahabat pun bertanya, apakah taman-taman syurga tersebut? 
Rasulullah s.a.w berkata, majlis-majlis ilmu".

ummi aku cakap, tiap2 malam memang ramai orang kat pos ni.
dan tetiap malam ada je insan2 mulia yang bermurah hati belanja makan.

yang best, sume makanan habis. 
puas hati kan bila kita belanja makan, 
orang makan dengan gembiranya dan makanan tu habis.

yang best,
sume pakat2 datang, walaupun dari parti yang berbeda =)
aku heran dengan kawan2 dalam FB yang sanggup unfriend kawan sendiri
bila kawan ni asik post pasal politik time kehangatan PRU 13 baru2 ni.
chill la, 
5 tahun sekali je pon.
lagipun individu ada hak masing2 untuk suarakan sokongan dorang.
tapi, kalau dah sampai tahap sebarkan fitnah, aku pun nyampah.


sesudah 2 3 ketul ayam bakar habis dibaham, 
dan novya mula menunjukkan kebosanan, 
kitorang gerak round2 tengok pos2 lain pulak. 



terjumpa lampu icity =p
ada la 2 3 batang kat R&R bukit belah.
sume feeling duk kat icity.
boleh la dari tade...




suasana kat sini memang meriah malam tu.
ada dua pos parti berbeza duk sebelah menyebelah.
dekat pulak dengan jalan besar.
seronok tengok kemeriahan bila ada motor dan kereta yang bawak bendera parti.
yang mana geng kitorang sorak la, 
yang mana tak geng boo je.
hehe... saja suka2.

oleh kerana tade bendera,
dengan semangat adik aku lukis bendera kat ipad,
guna apps 53 paper.


5/5 bangun pagi gosok gigi, 
makan roti minum kopi...

sedia nak pegi mengundi.
rasa berdebar je time nak sampai kat pusat mengundi.
terasa macam satu tanggungjawab besar yang perlu ditunaikan.

nasib baik novya bangun tido lewat, 
tinggalkan kat mak uda.

aku & tengoh.
masing2 first timer.

kami di saluran ke 3.
saluran orang muda =)

itu saje story mory pilihanraya pertama aku.
semoga berjodoh lagi untuk PRU 14 nanti.
yang lebih telus dan benar =)





Thursday, May 9, 2013

The May The Merrier

Assalamu'alaikum w.b.t
semoga semua bahagia dan diberkati Allah.

tido, bangun tido, tido, bangun tido, tido, bangun tido,
eh, dah masuk bulan mei ?
very the lajusss detik berlalu.




dan, bulan mei memang best.
sebab birhday aku pada bulan mei.
dan sangatlah meriah lagi dengan hari ulang tahun 
insan2 hebat di sekeliling aku.
dalam family aku, 
paling ramai yang lahir pada bulan mei.
member kat ofis pon, termasuk bos,
lahir bulan mei.
kawan2 pon ramai jugak yang lahir bulan mei.
and ada jugak yang tarikh sama dengan aku.
sangatlah meriah bulan mei.



mei tahun ni bertambah lagi meriahnya dengan 
Pilihanraya Umum 2013
bagi negera Malaysia yang kucintai.



bertambah2 lagi meriahnya bila 
PRU 13 merupakan kali pertama aku layak mengundi.
yeeaahaa !!!
05052013 tarikh keramat, 1st time aku memangkah. 
hehehe...

dengan bangganya aku dah berjaya laksanakan tanggungjawab 
sebagai pengundi.
semoga calon yang aku pilih tu akan laksanakan tanggungjawabnya dengan baik.
dan semoga Allah memberi ganjaran pahala atas apa yang aku buat ni =)
begitu juga dengan korang. 
okess...

bertambah2 lagi meriahnya 
sebab kitorang (me & my family) nak gi jalan2 ke penang.
sebab, adindaku sayang dapat sambung study di matrix penang.
so sambil menyelam kita tangkap ikan.


may,
please be good to me =)












Tuesday, May 7, 2013

Resepi kek coklat kukus lembap berganda

Assalamu'alaikum w.b.t
salam kaseh sayang.
entry ni dilarang taip panjang berjela.
cuma nak bagi resepi 
kek coklat kukus lembap berganda versi mudah faham =)

cekidaut !

Bahan A
3 biji telur gred b
1 cawan gula perang

Bahan B
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu pekat
1 cawan air panas mendidih

Bahan C
1cawan tepung gandum
1cawan serbuk koko
1/2 sudu teh soda bikarbonat & serbuk penaik

Cara Penyediaan :

1. Ayak bahan C. Ketepikan.

2. Pukul bahan A hingga kembang.

3. Masukkan bahan  B. Kacau sebati.

4. Masukkan bahan C sikit demi sikit.
    Gaul hingga sebati.

5. Masukkan adunan yang telah sebati ke dalam loyang
    yang telah disapu mentega.

6. Kukus selama 30 minit dengan api perlahan.

7. Sejukkan dan sedia untuk dihias atau dimakan terus.

thats all folks !
untuk resepi yang sama tapi cakap berjela2 
sila tengok kat sini :

Thursday, May 2, 2013

resepi simple : kek coklat kukus kelembapan berganda !

Assalamu'alaikum w.b.t
Salam kasih sayang wahai insan2 cantik dan kacak.
semoga hari korang bahagia dan gumbira.
kalau tak gembira, cuba lupakan kejap masalah yang ada.
dengan melupakannya sekejap.
hahaha !!!

memasak adalah salah satu cara untuk 
membuatkan kita lupa akan masalah yang ada.
- tapi mungkin akan menimbulkan masalah lain 
sekiranya masakan kita tak menjadi. 
=p

 coklat adalah salah satu masakan yang
membantu merawat jiwa duka kepada gembira.

oleh itu, 
hari ni aku nak share resepi mudah, sedap, bahagia.
seperti korang sedia maklum, 
aku suka masak resepi mudah dan sedap.
ini kerana faktor darah kemalasan banyak terkandung di dalam aku. 
halassaann...

baiklah, tanpa lengah masa dan lengah tenaga,
jom cekidaut resepi yang pasti membuatkan korang bahagia ni.

bahan A:
3 biji telur (size b)
1 cawan gula perang


bahan B :
1 cawan susu pekat
1 cawan air panas mendidih
1 cawan minyak jagung.
(aku guna minyak masak)

bahan C:
1 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko (aku guna brand van houten)
(aku masukkan 1/2 st je. sebab memang tak suka bau mereka ini 
bila kek dah masak).
- bahan2 ini digabung, meletop !
sila ayak bersama2 ye. 
kenapa perlu ayak ?
supaya kek menjadi lebih ringan.


cara penyediaan adalah seperti berikut :

1. rebus air dengan pengukus - sediakan awal2, 
bila adunan dah siap nanti, boleh kukus terus.

2. pukul bahan A sehingga kembang dan ringan.

3. masukkan bahan B.
pukul sehingga semuanya sebati dan bersatu hati.

4. masukkan bahan C sedikit demi sedikit, lama2 jadi bukit.
hahaaa !!
bila adunan dah sekata bersatu hati, dah sedia untuk dikukus.
(jangan ragu2 jika adunan korang sedikit cair
berbanding adunan kek yang biasa2 korang selalu buat.
dah betul la tu... aku pun mula2 rasa ragu2 jugak,
sampaikan mak aku cakap, ni coklat cair ke. walhal itu adalah 
adunan kek aku.  sigh...)



5. sapukan loyang dengan mentega bagi 
memudahkan kek berpisah dari loyang bila dah masak nanti.

baiklah,
adunan dah ready, loyang dah ready, 
air dalam pengukus dah mendidih,
makanya...

6. masukkan loyang dalam pengukus, 
dan curahkan adunan ke dalam loyang tersebut.

7. kukus selama lebih kurang 30 minit - 45 minit / sehingga masak.

tips :
- bagi mewujudkan elemen kejutan dalam kek korang :
masukkan separuh dulu adunan kek ke dalam loyang,
tutup pengukus.
lebih kurang 5 minit, adunan dalam periuk akan jadi sedikit pejal.
korang taburkan coklat cip di atasnya,
atau boleh jugak parutkan coklat masakan.
dan curahkan adunan yang selebihnya di atas taburan coklat cip tadi.

hasilnya...
bila kek dah masak nanti,
akan cairlah coklat cip ditengah2 kek tersebut,
makanya 
yummmeehh !!!
seperais sangat.

dan,
kalau korang kurang rajin macam aku,
dah tak payah susah2 nak sapukan coklat cair kat atas kek tu.
jadi tade la comot sangat bila nak makan.

tips sangat kan ?


sila tergoda untuk mencoba.

sila ke sini untuk resepi yang tak banyak iklan dan tips bagai :