Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Sunday, September 30, 2012

teman pengganti

best yang amat lagu ni. 
kan ?

entri dengan suara black yang nyaring tapi sayu,
memang meruntun jiwa. 

belom lagi membaca dengan jelas 
bait2 lirik lagu ni. 
sadis.

patut la manusia2 yang obses dengan lagu ni dan malique 
sanggup buat gossip fanas
yang malique dah meninggal.
siap cakap ada barah bagai lagi.
hadoi...

jom karox ! 


Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


cuma video clip kurang best.
sangat simple.  dan macam biasa2 jer....
tapi aku tak kesah,
aku lebih suka mendengar dari melihat. 

tiap2 tahun berulang2 - ulangtahun

sesampainya di opis pagi ni, cam biasa,
membelek dan hupdate calendar boss.

oh, sekejap.
hari ni 30hb sept. 2012.
esok dah masuk bulan oktober.
dan bila terpandang tarikh 3 oktober, 
baruh kuh perasssan, ulangtahun perkahwinan kami. 


tapi....



hermmm...
sekarang mood merajuk ni, konon. 
macam mana ni ?
takkan la anniversary day nanti pon nak merajuk lagi.
rugi... rugi...

toinkk...toink...

pikir, pikir.
nak merajuk ke nak memujuk ?

ok,
tengok la dulu.
hehee...
masih mau jual mahal.

biasa la, wanita suka dipujuk2,
orang jantan je yang buat tak reti bahasa.
huuhhh!!!




Thursday, September 27, 2012

resepi kek pisang kukus simple

oleh kerana stok pisang agak banyak di rumah 
(pemberian ibu mertuaku),
makanya memikir nak buat apa dengan pisang2 ni.
sebelum lebam dan memburuk.

asik2 buat jemput2 je.
puah jugok.

nak try buat kek pisang, tapi oven tinggal kat umah ummi.
tape, kita cari alternatif lain.
buat kek pisang kukus.

cari kat my resepi.
dan sangatlah bahagia bila dapat resepi yang simple 
dan yang paling penting terus menjadi.
terasa diri ini sangat hebat.
(perahhh~saann!!)

so marilah kita kongsikan resepi mudah dan simple ni.

2 cawan tepung gandum
1 st serbuk penaik
1 st soda bikarbonat
4 biji telur gred A (aku ada gred B, bantai)
1 cawan pisang dilecek (+- 3-4 biji pisang-
orang kata pisang berangan/pisang kapas yang sedap buat kek)
3/4 cawan minyak masak
3/4 cawan gula
1 st esen pisang

 1. ayak gandum, soda bikarbonat dan serbuk penaik.

  2. dlm bekas lain, putar telur dgn mixer hingga kembang
(aku guna blender saja.)

 3. kemudian masukkan pisang lecek,gula, minyak.  putar lg sampai sebati

4.  masukkan gandum sedikit demi sedikit. putar lg. akhir sekali tambahkan esen pisang.
(aku kauk balikkan saja tepung itu).

5. kukus kek di atas api sederhana besar selama 40minit.

(size +- 22cm).

lopa nak amik gambar. nanti aku hupdate balik ye. 


tips membeli pisang :


jangan terpedaya dengan kulit pisang yang suci dan bersih dan licin mengguda.
sebenarnya lagi banyak bintik lagi bagoss.





9 months in my womb


masa prgenant dulu,
mak teringin sangat nak tengok apa yang kamu buat kat dalam perut mak.
sangat2 teringin.
tiap kali check up, 
misi check degupan jantung kamu.
bunyi kuat. 
dupdapduupppduupp !!!
macam bunyi tapak kaki kuda berlari.
sihat =)

pastu Dr scan.
walaupun tak jelas, mak pon bukan reti nak tengok,
tapi Dr explain la ini apa yang ni apa.
mak nampak jelas bentuk tulang belakang kamu, 
jantung kamu berdegup.
Dr cakap dia suka scan sebab boleh pantau kedaan baby dalam macamana.

ada kes urine test positive,
tapi sebenarnya dah abort.
sebab melekat kat dalam.
hermm.. macam2.
mintak jauh benda2 macam ni.
alhamdulillah mak sihat walafiat sepanjang kandungkan kamu.

masa scan nak intai jantina, 
memang mak langsung tak paham.
tapi Dr tu memang terror, sekali tengok,
dia dah tau laki ke pompuan.





kerana sangat berminat nak tau apa yang kamu 
buat kat dalam perut mak,
mak cari kat youtube, dan jumpalah video yang syahdu ni.
excited sangat2 bila tengok video ni.
boleh dikatakan tetiap malam sebelum tido mak layan video ni.

macam kamu 
suka tengok upin ipin sebelom tido.

nanges mak tengok video ni.
lagu pon memang syahdu.
bait2 yang indah.

sekarang pon mak masih tengok video ni.
rindukan kamu duduk dalam perut mak.
tenggelam timbul kaki kamu.
rindu sangat2....

for you my dear...



title : Anakku 
by : Vina Panduwinata

Saat engkau tertidur
Kupandangi wajahmu
(sangat best tengok muka comel kamu tido ngan lena)
Masih ingin kumendekapmu
(tecik2 pon tetap best dipeluk, ketat2)
Masih ingin kumenciummu
(mak suka cium kamu banyak2 kali, beribu2 lemon !)
Tak pernah kusadari
Waktu cepat berlalu
Kini engkau menjadi besar
(masih teringat2 detik kali pertama kita jumpa)
Kini engkaulah harapanku
(yang terbaik untuk kamu)

Tumbuh-tumbuhlah anakku
Raihlah cita-citamu
Jangan pernah engkau ragu, Sayang
Doaku selalu bersamamu
membuat aman dihidupmu
Selamanya…

mak sayang kamu terlalu amat. 

kembang semangkuk muka mak 


kita beraya bertiga 

ayyyang mak !

*video lambat loading =(




Wednesday, September 26, 2012

jibam


hati terasa nak menjadi pembaca semula.
sesudah sekian lama aku tinggalkan hobi ni.

dulu memang best.
sebab ada hobi.
yang utama, membaca novel, pinjam kat library sekolah, pinjam ngan member. 
kumpul majalah gempak starz (aku suka lawak kampus), kumpul poster.
oh ye, galaxy, sangat lama aku tak beli majalah tu. 

dengar radio, salin lirik lagu dalam radio 
(1 buku yang hanya ada lirik2 lagu pebret-sekarang google je).

kumpul setem, kumpul pokok kaktus yang tomei2, 
kumpul dan menang. 

eh, tu bukan hobi.
hobi aku ni macam hobi syok sendiri la kan..
sebab lebih kepada untuk diri sendiri.

aku manusia yang kurang bergaul.
sadissss...

sekarang hobi aku apa eh ?
hobi ni sesuatu yang kita suka buat di waktu lapang, kan ?
waktu lapang aku sekarang diisi dengan bermain dengan novya, 
menyibuk cek status member kat wall fb, instagram, dan yang utama tido.
dan jugak balik kampung. hohooo...hati riang !

hermm... baru aku perasan, sangatlah tak bestnya hobi2 aku tu.
kecuali balik kampung dan 
 main ngan novya.
yang tu memang best2 giler2.
walaupun waktu tak lapang, pon aku suka buat hobi tu. 
* tu bukan hobi, tanngungjawab.

bangkitkan semula hobi kumpul pokok kaktus ok tak ?
pokok kaktus ni senang dijaga, sesuai dengan aku 
sebagai seorang insan yang 'sibuk' dan malas.
berpasu2 bunga kat rumah tu mati kehausan gara2 aku yang sangatlah 'sibuk'.
tak pasal2 rasa bersalah pulak kat pokok2 tu.
tapi tu la, bukan aku nak pon, 
ummi yang sibuk2 bagi suh letak kat umah.
katanya berseri sikit rumah bila ada pokok bunga.
walaupun... pokok yang diberi adalah dari spesis berdaun dan tidak berbunga, 
hermmm....

asenya tajuk entry pasal jibam,
tapi pendahuluan citer pasal hobi.
kalau exam, memang sah2 banyak kena tolak markah.
isi tade kaitan ngan tajuk.

citer jibam ni sangat terkesan di hati aku.
dulu pinjam kat library. 
(emm... sungguh asing rasanya perkataan library dalam hidup aku sekarang.) 


 citer ni best.
latar tempat dan latar masa cite ni kena ngan jiwa aku.
kawasan kampung, tanah peneroka.
orang2 kampung, suasana kampung yang bagi aku agak asli la.
terbayang2 cane keadaan tempat tu.
macam kampung aku masa aku tadika dulu kot.

watak yang sedih, agak meruntun jiwa.
si jibam yang daif. hidup dalam dunia dia je.
tapi biasa la... mesti ada watak jahat yang busuk ati.
yang best, macam ada sesuatu dalam diri dia.
yang lebih baik dari watak2 yang nampak luarannya sempurna, 
tetapi di dalamnya penuh kejahatan.
ayat dah macam penulis novel kan ?

aku mencari2 kat mana nak beli. 
tapi tak jumpa2.
MPH Online pon dah abih stok.

aku pon sebenarnya ingat2 lupa jalan cite ni.
tu yang nak baca balik, 
dan memasukkan diri ke dalam latar masa dan tempat yang best tu.
aku suka suasana kampung.
melalui lopak2 air untuk ke kebun.
 bersarapan dengan pisang rebus dan kopi o. 
menjamah hidangan tengahari berlaukkan gulai lemak pucuk ubi yang dikutip di belakang rumah, ikan jeruk goreng dan  sambal belacan.
* adehh... terngiangi2 bau ikan jeruk goreng. 
gulp ! telan liur.


Dunia yang bulat, adalah bersegi baginya. 
Benda yang hodoh menjadi cantik pada pandangan mata. 
Katak pisang dan binatang kecil adalah teman sepermainannya. 
Nyanyian untuknya amat pilu mengusik jiwa. 
Dia disambut, bukan di pesta besar. 
Sambutan yang diterima adalah sepak terajang dan penghinaan. 
Air mata adalah teman, tetapi tidak pernah dimengertikan. 
Dia terus hidup, terus bermain di dalam dunianya. 
Jibam terus melangkah, penuh gah, memburai rahsia kematian ayahnya. 
Namun, dia tetap tabah!

"Kalau Kau Menjadi Aku, Aku Yakin Kau Mengerti"

jika ada rejeki aku beli novel ni, 
aku baca sampai lebam, aku hupdate la kat sini.


* memikir2 untuk memiliki hobi. heemmmmhhh......




Tuesday, September 25, 2012

ayyang mak !

bila ditanya :

mak nama apa ?
tutti (suchi).
macam tutti fruitti pulak.

ayah nama apa ?
itaudtin (hishamudin).


mak sebut novya....
novya pulak sambung.
.... ittha ayah (delisha munawwarah).

okey,
cakap makin banyak.
protes pon dah pandai.
kalau mak tak ikut kemahuan,
mula la menari shuffle. 
herm...


*mak tgk muka kamu bulat ari ni.











pose pebret

Monday, September 24, 2012

bersyukurlah bila datang bulan =)

tiba2 terfikir kenapa allah berikan haid kepada wanita.
sebab kadang2 kita sebagai wanita tak berapa suka bila datang bulan/menstrual.
ye la, dengan senggugut, cramp, lenguh pinggang, perut memulas2, 
tak selesa, nak2 time bleeding banyak. 
dengan emosi yang kadang2 tanak stabil. kan?

tapi, tiap yang allah jadikan, pasti ada hikmahnya. kan ? 

macam nyamuk, 
ce korang piki, kenapa allah ciptakan nyamuk. kan ?
...... piki la sendiri.

cukuplah ber'kan?'.

jom baca page dr. hamid arshat, pakar sakit puan yang agak terkenal kat negara kita. 

segak dop ?

kupasan tentang haid yang agak jelas. 
baca ni pon aku dah rasa macam, 
ouh... bertuahnya menjadi wanita. 
syukur... alhamdulillah. 

aku petik sikit ye info dari page beliau.
meh kita jejak sikit asal usul haid, dari pandangan 2 agama yang berbeza.

ini adalah dari pandangan agama kristian :

Menurut kitab injil Genesis versi King James dalam the Fall of Man, sewaktu berada di syurga (yang dikenali sebagai garden of eden) Adam dan Hawa bebas berkeliaran dan menikmati keseronokan di syurga. 

Namun tuhan telah mengenakan satu sahaja larangan iaitu 
melarang mereka dari memakan buah dari pohon ilmu pengetahuan 
atau 'tree of knowledge'. Menurut orang Kristian terdapat seekor ular yang besar yang dipanggil 'the serpeant' duduk di situ dan ia merupakan jelmaan syaitan di syurga.  

Setiap hari ia menghasut Hawa untuk memakan buah itu.  
Hawa yang terpengaruh memakan buah itu 
dan seterusnya memujuk dan menghasut nabi Adam a.s. 
untuk memakan buah dari pohon tersebut. 

Hasilnya mereka berdua memakan buah larangan itu dan 
lantas menjadi arif tentang keadaan telanjang mereka 
dan timbul rasa malu dengan keadaan mereka itu. 
Mereka mengambil daun untuk menutup malu mereka. 
 Apabila Tuhan mendapat tahu Adam dan Hawa telah melanggar perintah , 
tuhan lantas terus murka dan mengenakan sumpahan.

Dikatakan haid berlaku ketika itu kerana tuhan telah 
menyumpah Hawa dengan haid, kehamilan dan beban menanggung anak 
lantaran dosa kerana menghasut nabi Adam untuk 
memakan buah dari pohon ilmu pengetahuan. 

Setelah itu mereka dibuang ke muka bumi. 
Maka lahirlah konsep 'Original Sin' di mana setiap bayi dilahirkan berdosa. 
Mereka menanggung dosa moyang mereka ini yang dilakukan sewaktu di syurga. 
Kaum Hawa dianggap sebagai punca segala kejahatan atau'The root of all evil' 
kerana menghasut nabi Adam a.s.

dari pandangan agama kita, agama islam : 

Al-Quran diturunkan untuk membetulkan penyelewengan 
yang dilakukan oleh paderi-paderi kristian Rom dalam sejarah nabi-nabi. 
Haid seolah-olah dibayangkan sebagai sesuatu yang malang dan hina. 
Wanita digambarkan sebagai teman syaitan. 

Namun menurut riwayat dalam Islam ceritanya ada 
yang berunsur hampir sama tetapi terdapat beberapa perbezaan asas 
mengenai konsep original sin serta siapa yang menghasut mereka berdua 
serta juga ia menyangkal dakwaan bahawa haid merupakan sumpahan Allah 
kepada kaum Hawa. 

Menurut riwayatnya di dalam Al-Quran
nabi Adam a.s. serta Hawa hidup di syurga dahulu. 
Mereka berpakaian elok dan cantik. 
Allah membenarkan nabi Adam a.s. dan Hawa bebas berkeliaran 
tetapi hanya melarang mereka memakan buah khuldi 
di pohon larangan sahaja dan memperingati mereka bahawa 
iblis merupakan musuh mereka yang nyata dan 
supaya mereka jangan mendengar hasutan mereka. 
Sebelum itu iblis yang dengki dengan kedudukan tinggi yang diberikan nabi Adam a.s., 
setiap hari menghasut mereka untuk memakan dari pohon larangan itu. 
Kononnya jika mereka memakan buah itu mereka akan menjadi 
malaikat dan juga boleh kekal di dalam syurga. 

Nabi Adam a.s. dan Hawa berdua masing-masing akhirnya 
terpengaruh dan apabila mereka memakan buah khuldi itu 
terus mereka berkeadaan bertelanjangan sehingga mereka lari bertempiaran 
mengutip dedaunan dari pohon-pohon di syurga lantaran merasa malu
 yang teramat sangat. Apabila Allah mengetahui tentang ini 
Allah murka kerana nabi Adam dan Hawa melanggar perintahnya 
dan berjumpa dengan mereka. Mereka berdua sangat sedih dan 
segera memohon maaf dan bertaubat pada Allah. 
Dari peristiwa itu Allah s.w.t telah melantik nabi Adam a.s. sebagai khalifah ke muka
 dan menyuruh nabi Adam a.s. dan Hawa duduk di bumi 
sehinggalah ke satu masa yang ditetapkan mereka akan dibicarakan 
menurut amalan yang mereka lakukan.

apa yang kita perlu faham, allah maha mengetahui. 
setiap apa yang dijadikan pasti ada hikmahnya (ayat berbunyi seperti di atas).
dan agama islam sangat memuliakan wanita.

sayangnya allah pada kita sebab tu allah bagi haid kepada kita.
apsal aku cakap gitu ?
meh kita tengok hikmah haid :

Hawa diberi haid untuk menerima tanggungjawab besar sesuai 
dengan peranannya sebagai seorang ibu kepada anak-anaknya di bumi kelak. 
Allah sudah mengkhususkan tanggungjawab ibu kepada kaum Hawa 
maka pendarahan haid yang berlaku selepas memakan pohon larangan 
merupakan satu persediaan proses fisiologi biologi wanita sebagai ibu di bumi kelak. 
Lebih tepat lagi haid bersifat memberi Kifaraah iaitu meluruhkan dosa-dosa kaum Hawa jika dia pernah melakukan dosa di masa-masa yang lalu. Islam senantiasa mengasihi umatnya dan setiap keuzuran atau kesakitan yang ditimpakan kepada umatnya yang diterima dengan hati yang redha akan menyebabkan dosa mereka yang lampau luruh dan digantikan dengan pahala. Haid bukan satu sumpahan tetapi merupakan rahmat Allah untuk kaum Hawa.

tu belum diambil kira lagi pahala yang kita dapat masa mengandung, melahirkan anak.
taat pulak pada suami, perbuatan baik yang lain2 yang kita buat.
 hebatnya wanita. 

ishkk... ishk... 
pasni aku akan rasa bersyukur sangat bila datang bulan.
hiihi...
jangan nak emo je bila time datang bulan. 
bersyukur ye.
jangan jadikan menstrual sebagai alasan untuk kita beremosi 
dengan insan2 disekeliling kita. 
(cewaaah... nasihat orang pandai.)


Siti Aisyah meriwayatkan bahwa Nabi S.A.W. bersabda : 
“Tidaklah seorang wanita yang haidh kecuali haidhnya merupakan 
kifarah bagi dosa2nya yang telah lalu. 

Dan pada hari pertama haidhnya membaca 
“Alhamdulillahi ‘ala kulli hal wa astaghfirullaha min kulli zanbin” 
maka Allah menetapkan baginya bebas dari neraka, dengan mudah melalui sirat, 
aman dari siksa bahkan Allah mengangkat ke atasnya derajat 40 orang syuhada 
apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya. “


"Segala puji bagi Allah atas segala hal dan Ya Allah aku bermohon keampunan kepadamu dari segala dosa²ku".

tu belom lagi jika kita menggoogle dan menggali fakta2 dari sumber2 lain 
berkenaan hikmah haid. hikmah tuhan jadikan kaum hawa. 
insyaallah ada masa dan peluang kita tambah lagi ilmu yang berguna ye. 
supaya kita sentiasa bersyukur dengan rahmatNya.
insyaallah.