Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Wednesday, October 17, 2012

refeeding : collagen dust toujours skin


lepas aku membaca entry kak nani rostam ni
baru ku sedar, 
kebaikan collagen dust toujours skin bukan sahaja untuk masa kini, 
malah untuk kesihatan jangka panjang.
di usia muda ni memang tak terasa sangat kot.
bila dah beranak 8 nanti baru tau !
(8 ke ?)

tibe2 terasa bersemangat balik
untuk amalkan collagen dust.

bersemangat balik ?

ye la, walaupon aku dah beli 2 pack (sebab terlalu teruja)
dari kak nani, melalui kek nis,
tapi aku tak amalkan pon.
hoohoo..

rerasanya, 
dah 3 bulan aku stop terus ambil collagen dust.
heeee....

masa awal2 dulu memang aku selalu rajinkan diri
masukkan collagen dust dalam minuman, dalam yogurt, dalam eskrem,
tapi lama2 aku rasa macam leceh,
sebab aku jarang minum minuman manis, jarang makan eskrem.
tapi yogurt selalu. i love yogurt.

walhal 1 pack collagen dust aku simpan kat office.
1 lagi kat rumah. 
supaya boleh diambil bila mana perlu. 

puncanya : MALAS.

che ta (rozita che wan) yang cun pernah berkata,
perlu rajin jika mahu cantik.

tade maknanya jika korang beli produk kecantikan riban2,
supplement 5 6 jenis, 
alat senaman 3 4 jenis tergeletak dalam rumah,
tapi korang peramkan je benda2 ni semua.

pastu cakap, 
huh, tak berkesan pon produk tu, produk ni, 
tak jadi pon supplement cap itik tu, 
tak kurus pon walaupun beli treadmill cap angsa ni,
harga je mahal.
dan lain-lain...







motivasi untuk aku hari ni :
sila rajin jika mahu sihat sepanjang hayat. 


* bila nak start  gi kelas aerobic balik ni ?



2 comments: