Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Sunday, July 22, 2012

berita gembira untuk kita

berita gembira lagi ? 
hari tu kan dah berita gembira.
berapa kali nak gembira ?



al kesahnya semalam berSMS dengan member lama.
beshpren masa sekolah. 
dah lama sangat tak jumpa. 
keep in touching pon tak.
walhal masing2 ada nombor tepon masing2. (banyak masing2).

macamana boleh tiba2 TERcontact beliau?
semuanya hasil kerja tangan novya, yang memandai unlock telefon mak,
dan mendial nombor tepon sesape yang dia sendiri pon tatau.

dalam berborak2, bertanya khbar, tertanya la soalan cepu mas- 
dah ada ke belum?
biasa la kan, bila dah kawen mesti soalan tu yang akan diterima.

aku pon penah mengalaminya dulu.
bohsan dan penat nak menjawab.
yang tak besh bila dorang respon dengan jawapan yang sangat menyakitkan hati.
contohnya "tak subur ke? saya dulu lepas kawen terus melekat. biasa la, baka subur".
ada jugak yang macam ni "tak reti buat ke? hiihii ".
dan beberapa contoh lain yang memang tak sedap didengar.

lama kelamaan aku terima ngan hati terbuka.
lantak korang la nak cakap apa, dah Allah taknak bagi nak wat cane.
umi selalu cakap, kalau allah memang tanak bagi, buat la macamana pon tetap tak dapat.
kalau Dia nak bagi, makan nenas air tebu pon tetap akan melekat jugak.
sume tu keje Dia. yang penting kita dah usaha.

dan sekarang bila member2 yang alami perkara yang sama macam pernah aku alami,
aku bagi jawapan yang membina.
yang penting kita jangan stress, teruskan hidup dengan gumbira.
kalau makin kita piki, makin kita tertekan, makin susah nak melekat.
abaikan kata2 nista manusia2 yang tak berjiwa halus tu.
dorang cakap sedap, ce dorang yang rasa, baru dorang tahu.

aku dikira ok la jugak. lebih kurang 2 tahun je kot menanti.
mungkin sebab kami duk berjauhan kot. 
jumpa pun hari minggu je.
suami dengan rela hati bertandang tiap2 minggu dari kelantan ke putrajaya.

dalam tempoh tu, entah berapa hinggit duit berhabis untuk beli Urine Pregnancy Test (UPT).
dan semuanya kuar 1 garis je... 
pantang lewat sikit terus beli UPT kat farmasi.
sebab kita mengharap sangat kot. 
sampaikan ternanti2 next period. 
alhamdulillah 3 bulan lepas aku dapat pindah balik kelantan,
terima berita gembira.
masa tu sangatlah suka ko !

"untuk yang kesekian kalinya,
janji ngan suami nak test awal pagi la.
tapi aku terlupa looo...
sedikit keciwa suamiku. beliau siap tunggu aku depan pintu tandas. 
huuhuu...
muka agak masham pagi tu. hehehe... merajuk la konon.
oleh kerana tamau keciwakan beliau,
aku test kat opis.
sampai je opis masuk toilet, terus test.
Makanya !!! terasa nak meloncat2 dalam toilet.
huii..huii...
gumbira tak terkata. 
keluar 2 line ko...
pagi tu, 1 opis heboh dengan berita kegembiraan aku.
sukanya tak terkata.
alangkah indahnya kalau masa mula2 dapat tau aku pregnant tu,
suami ada bersama. kan?
silap2 aku ditimang2. hehee... 

aku sangat suka mengulang ingat kenangan bahagia tu.
tersenyum sokmo bila ingat2 balik.
UPT yang positif tu masih aku simpan lagi =)"

aku 2 tahun je.
ada member opis aku, 6 tahun ko.
lama tu... selama 6 tahun tu macamana la dia nak menepis mulot2 celopar kan?

sebenarnya ada hikmah dan sebab allah tak bagi lagi rezeki anak tu. 
yang kita mungkin tak nampak.
allah kan maha mengetahui.

macam member opis aku tu (yang di atas), dia dah habis sambung belajar.
ni tahun akhir dan tahun ni pregnant.
maha kuasa allah kan?
konvo nanti boleh bawak baby sekali.
seronok kan?

janganlah berhenti berusaha, berdoa.
selebihnya serahkan kepada yang Maha Mengetahui.

Firman Allah bermaksud, "Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, 
tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja." 
(Surah Al-An'am : 59)

dalam menghuraikan ayat ini, Ibnu Khatir telah menyatakan satu hadis daripada Imam Bukhari yang meriwayatkan daripada Salim bin Abdullah, 
daripada ayahnya bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud, 
"Sesunggunya anak kunci segala perbendaharaan itu ada lima, 
tidak mengetahui seseorang pun melainkan Allah swt."

Lalu Baginda membaca firman Allah yang bermaksud,

"Sesunggunya di sisi Allah jualah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat.  
Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenarnya-benarnya apa yang ada dalam rahim (ibu mengandung).  
Dan tiada seorang pun yang betul2 mengetahui apa yang akan diusahakannya esok 
(sama ada baik atau jahat); 
dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati,  
sesungguhnya Allah amat Mengetahui, Lagi Amat Meliputi Pengetahuannya. " 
(Surah Luqman : 34).



perot tecik. walaupun masa ni dah pregnant 7 bulan.
novya, tengok tu. kamu dalam perot mak.




2 comments:

  1. bim bilo nk bagi novya adik plop.buleh dh tu

    ReplyDelete
  2. soalan standard ye puan uteq, sejak akhir2 ini.
    mengikut perancangan keluargaku, 2014 novya bakal dapat adik.
    insyaallah....

    ReplyDelete